Sebelum ini, nilai selipar berjenama terkemuka Louis Vuitton yang dipakai Tan Sri Annuar Musa ketika majlis tahnik cucunya mendapat perhatian warganet. Terkini, jam dipakai Menteri Wilayah Persekutuan itu pula buat ramai tidak senang duduk. Mana tidaknya, ia didakwa bernilai ratusan ribu ringgit. Apa yang membuatkan warga maya kurang senang adalah aksesori didakwa berjenama Richard Mille itu dipakai Annuar ketika bercakap mengenai isu lebih 3o ribu rakyat di Kuala Lumpur memiliki pendapatan di bawah RM2,200 dan berada di bawah garis kemiskinan.
"Di bandar (Kuala Lumpur) golongan ini tidak dapat memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal, kami anggap mereka perlu dibantu dengan pelbagai jenis kemudahan dan bantuan selain harus ada perancangan khusus agar mereka tidak ketinggalan," katanya selepas mengumumkan senarai 335 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021. Namun, jam di tangannya pula menarik perhatian ramai dan ada yang membuat carian di Google mendapati jam buatan Itali itu berharga RM953,024! Bagaimanapun, ada yang tampil mendakwa ia bukan jenama Richard Mille seperti diperkatakan, sebaliknya Annuar memakai jam jenama Hublot Spirit of Big Bang yang berharga lebih kurang RM175,000. Tidak kurang juga meminta orang ramai bersangka baik dengan mengatakan jam itu tidaklah semewah dan semahal didakwa segelintir pihak. - CARI
|
sharlenetexas replied at 3-2-2021 10:20 AM
Vvip ni tak cuba ambil hati rakyat ke? Pakai jam Casio je ke. Buat macam first lady of singapore kel ...
axl_bach replied at 3-2-2021 11:33 AM
Pelik aku, apa yg nk marah sgt dekat Nwamuso kalau dh dia mampu?
Dulu bila Atok buat statement Or ...
Orix replied at 3-2-2021 10:25 AM
che det pakai casio rege seratus lebih jah...
tripleid replied at 3-2-2021 01:21 PM
Tp x penah plak atok dgn tun semah penah kontroversi pakai barang2 mewah selama dia jadi pm wlaupu ...
ADVERTISEMENT