Seorang wanita berdepan detik menakutkan apabila rumahnya di Gelang Patah, Johor sering menerima gangguan mistik. Menurut Rina Azhar, 31, dia yang juga isteri kepada seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula diganggu sejak tahun 2013 dan ia berlarutan hingga sekarang.
Mesra disapa Rina, ibu kepada lima cahaya mata itu sempat memperincikan kejadian pertama yang berlaku sewaktu dihubungi mStar. "Saya menetap di berek polis. Kejadian pertama pada tahun 2013. Masa tu suami saya keluar bekerja, dia ada sekatan jalan raya dan sepatutnya balik pagi. "Saya pula di dalam bilik bersama anak-anak. Tiba-tiba dengar ada orang balik, nampak bayang-bayang di bawah pintu.
"Kemudian dengar bunyi peti dibuka, ambil pinggan. Macam nak makan... Mula-mula takut, kemudian saya fikir, mesti suami saya yang balik nak makan. "Saya minta anak sulung keluar tengok, tapi tak ada sesiapa. Mesej suami, dia kata dia masih bekerja," imbas wanita itu. Tambahnya, suami yang kerisauan sempat pulang menjenguk dia dan anak-anak pada malam itu sebelum keluar semula untuk bertugas. Kata Rina, ia tidak terhenti di situ apabila hari-hari berikutnya dalam kehidupan mereka sekeluarga turut dihantui dengan gangguan-gangguan lain. Selain penampakan lembaga berjubah hitam setinggi kabinet dapur, dia turut diganggu dengan bau-bau harum, busuk dan hanyir dalam kediamannya. "Selepas kejadian pertama, lepas tu makin kerap. Pernah nampak lembaga pakai jubah hitam, tapi muka tak nampak sebab gelap. Ia berlaku pada waktu Maghrib. "Dulu pernah panggil jiran-jiran datang baca Yassin. Tapi tak ada perubahan. Saya pun masih menetap di rumah sama sampai sekarang. "Pernah juga dengar bunyi melompat, bunyi macam suara suami panggil saya. Kalau dengar tu, tipulah kalau tak takut. "Tapi saya tak hiraukan sangat," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Rina juga kerap berkongsi kisah seram yang berlaku menerusi TikTok.
|
Rara77: gigih buat contenthasanah kodanahkalau aku dh lari cabutnetijen skrg sanggup buat apa shj demi conten dan uwang
nanies: wow. umur 31, anak 5. awal kawen, awal peknen
nanies replied at 3-2-2021 01:10 PM
wow. umur 31, anak 5. awal kawen, awal peknen
linsh replied at 10-2-2021 02:36 AM
Menyeramkan tapi sempat buat content Pula ya
ADVERTISEMENT