CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

3-2-2021 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4960| Komen: 27

Pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, meninggal dunia, 8.30 pagi, hari ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, kepada Harian Metro.


"Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian," katanya. 

Terdahulu, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.


Kredit foto: Harian Metro

Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.

Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital. 


Sebelum itu, Jamali diserang angin ahmar dan dijaga oleh isterinya sehingga pulih. 

"Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

"Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ," kata Isyraq. 

Apa yang berlaku membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

"Selepas itu... dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya," kata Isyraq lagi. 

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama 'Atan' bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GegarVaganja 3-2-2021 10:21 AM
   
Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman
Quote Redmyvi 3-2-2021 10:22 AM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.. Takziah buat keluarga beliau..
Quote Nnasda53 3-2-2021 10:22 AM
Innalillahi Wainna Ilaihi rojiun..

Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Quote newme11 3-2-2021 10:26 AM
Innalillahi Wainna Ilaihi rojiun..
Quote Manjahati 3-2-2021 10:28 AM
Innalillah moga dipermudahkan semuanya n ditempatkan bersama para solihin
Quote Supersirap 3-2-2021 10:33 AM
Innalillahi Wainna Ilaihi rojiun, salam takziah kepada keluarga allahyarham, semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman
Quote mamajawie 3-2-2021 10:33 AM
Salam takziah buat keluarga arwah..mungkin arwah terlalu rindunya arwah isterinya tu yg sampai sakit sebab makan hati..
Quote awanearisu 3-2-2021 10:36 AM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Salam takziah
Quote red_velvet 3-2-2021 10:40 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun
Quote aemon 3-2-2021 10:41 AM
orang kampung aemon ni kat pulau indah. salam takziah buat keluarga.
Quote Cassieopeia 3-2-2021 10:41 AM
Innalillahi Wainna Ilaihi rojiun
Quote kucingitam 3-2-2021 10:53 AM
Innalillahiwainnailaihi rojiun... salah sorang ikon tv pendidikan zaman dulu. selalu berlakon jadi tukang kebun sekolah.
Quote ad_hoc79 3-2-2021 10:56 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote rrgal 3-2-2021 11:18 AM
Takziah buat keluarga
Quote gummiebear 3-2-2021 11:19 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun

Salam takziah buat keluarga arwah.
Quote cap_ayam 3-2-2021 11:38 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Quote BawangCaramel 3-2-2021 12:21 PM
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Salam takziah
Quote Geeayden 3-2-2021 12:42 PM
Salam takziah utk keluarga arwah, semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah. AlFatihah
Quote Jitu 3-2-2021 03:00 PM
Innalillah...

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.045109 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top