CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Suka Nora Dapat Title Datuk? - "Maaf, Saya Tak Baca Komen Negatif"

3-2-2021 11:56 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5631| Komen: 32|Original author: Oleh: LilRose

Menerima anugerah pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW), rupa-rupanya ramai tidak senang melihat Nora Ariffin membawa gelaran Datuk.

Nora bagaimanapun berkata, dia tidak membaca komen-komen negatif dilemparkan warganet kepadanya itu.



Kredit foto: IG

Ketika dihubungi Gempak, Nora meminta mereka yang tidak berpuas hati dengan anugerah dikurniakan kepadanya itu supaya merujuk kepada Kementerian atau badan yang sepatutnya.

"Saya sujud syukur kerana tidak pernah menyangka akan menerima pingat ini. Menjunjung kasih kepada Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan atas anugerah dikurniakan ini.

"Apapun, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan kata-kata semangat. Saya juga memohon maaf kerana tidak baca komen negatif.




"Saya sudah berada dalam industri muzik hampir 30 tahun dan rasanya tidak wajar saya komen banyak-banyak mengenai isu ini," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bintangct 3-2-2021 12:11 PM
manis je wajah dia ni
udoh rezeki dia bior je la hmm
Quote harisbee 3-2-2021 12:16 PM
Moti jeles dgn nora? Rezeki masing2 kan...buat apa nak sakit hati
Quote doubleA 3-2-2021 12:24 PM
Bior la dia, dah orang nak bagi, bukan dia beli
Quote EvieWanKenobi 3-2-2021 12:26 PM
orang cuma nak tau apa sumbangan dia kepada Wilayah Persekutuan..
ada pi melawat gelandangan ka.. dan yang lain2 berkaitan Wilayah Persekutuan..
tu je..
Quote cruz2 3-2-2021 12:38 PM
Betul2 nk bertanya cik tn pn evie ni sampai byk kali tanya yg sama
Quote slyfynx 3-2-2021 12:53 PM
Pada aku, yes, ade yang jeles sbb die dpt, tp mostly yang orang nk tau sgt2 ialah apa sumbangan die pada wilayah sehingga melayakkan die dpt dato.
Untuk mana2 retis yang dpt pun. Sbb mainly, title dato ni dah jd sgt mengarut.
At least British honorary tu pun xde la retis deme dapat mcm tu je.
Quote NazRysha 3-2-2021 01:34 PM
bintangct replied at 3-2-2021 12:11 PM
manis je wajah dia ni
udoh rezeki dia bior je la hmm

kulit cantik betul
cantik asli Dato Nora ni
Quote September14 3-2-2021 02:06 PM
Jadi retis ni bolayan je lah apa kata netizens

Lg bgus klu x baca komen2 nanti lelama senyap lah
Quote bintangct 3-2-2021 02:07 PM
slyfynx replied at 3-2-2021 12:53 PM
Pada aku, yes, ade yang jeles sbb die dpt, tp mostly yang orang nk tau sgt2 ialah apa sumbangan die  ...

betul.. yg dpt title kat msia ni sgt2 mengarut Jd iols pun malas dh  nk amik tau Dh xde nilai dimata masyarakat kita Govt penuh dgn org korup
Quote bintangct 3-2-2021 02:07 PM
NazRysha replied at 3-2-2021 01:34 PM
kulit cantik betul
cantik asli Dato Nora ni

rasanya naturally born with it sb dr muda mmg kulit dia cantik
Quote BoongaKertas 3-2-2021 04:55 PM
slyfynx replied at 3-2-2021 04:53 AM
Pada aku, yes, ade yang jeles sbb die dpt, tp mostly yang orang nk tau sgt2 ialah apa sumbangan die  ...

Ni lah persoalan iols. Bukan nak jealous ke hape. X kuasa nak jeles tapi...tulah.
Quote EvieWanKenobi 3-2-2021 05:46 PM
cruz2 replied at 3-2-2021 12:38 PM
Betul2 nk bertanya cik tn pn evie ni sampai byk kali tanya yg sama

ya ampun.. tak tau apa problem tadi..
dia bantai keluaq notification yang pelik2..

tq tuan mod tolong delete..


Quote fadz84 3-2-2021 06:05 PM
slyfynx replied at 3-2-2021 12:53 PM
Pada aku, yes, ade yang jeles sbb die dpt, tp mostly yang orang nk tau sgt2 ialah apa sumbangan die  ...

Artis yg dpt British honorary tu pun mmg yg kita nmpk achievement dorg mcm Sir Elton John (popular serata dunia & byk buat charitable works)..
Quote biozipstar 3-2-2021 07:22 PM
katanya ada bukak apps tu kan..
Quote unta2 3-2-2021 07:28 PM
rasanya lepas ni yg bukan  datuk lagi rare dari datuk
Quote 234126 3-2-2021 11:41 PM
Dato ke datuk ni? Lain level tu. Dato tu agak picisan boleh dibeli kikiki. Datuk tu susah sikit
Quote sleepandream 4-2-2021 12:44 AM
cantiknye dress putih itam tu...

alaaaa nak komen banyak2 pon... buang karen jah....
sultan kat malaysia ni je dah berapa...
lepastu bukan ada kuota pun datukship segala ni... kowserrrrr
Quote mohdcrow 4-2-2021 12:48 AM
Penganugerahan dato ni patutnya disertakan sekali dengan senarai sumbangan mereka pada negara...

Barula orang paham dan boleh terima...at least boleh dijadikan inspirasi pada orang ramai
Quote jojie 4-2-2021 12:56 AM
mohdcrow replied at 4-2-2021 12:48 AM
Penganugerahan dato ni patutnya disertakan sekali dengan senarai sumbangan mereka pada negara...

...

Yess sgt btul apa u cakap!

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035620 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top