Pelakon Ika Nabella mengakui keinginan menjadi insan lebih baik dan tenang menjadi antara sebab dia berhijab. Kata Ika, motivasi utamanya adalah anak lelakinya, Muhammad Noah Zayn.
"Ada yang tanya kenapa Ika berhijab? Lillahitaala kerana Dia," tulisnya di Instagram. Katanya, dia sering membayangkan dirinya dengan imej berbeza, menutup aurat dengan sempurna dan perwatakan jauh lebih menyenangkan ketika menghantar anak ke sekolah. Malah, katanya dia pernah berasa segan di hadapan keluarga apabila suaminya menghadiahkan mereka tudung. Terasa hati apabila iparnya berada di rumah ketika suaminya menghadiahkan mereka tudung. "Sebab saya seorang yang free hair dalam kedua-dua keluarga kami. "Pergi mana-mana, saya seorang je bogel, tapi dia selalu cakap sayalah wanita paling cantik pernah dikenalinya," katanya. Bapanya juga menjadi insan terawal dia memohon kempunan sebaik berhijab. Ika mula berhijab pada November tahun lalu selepas empat tahun mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zaid - CARI
|
djzara81 replied at 3-2-2021 02:20 PM
Aku yg berhijab pon tak gemar org baru berjinak2 berhijab humble brag psl hijab. Contohilah mizz nin ...
ADVERTISEMENT