CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa ‘Lari’ Ketika Dirakam Makan Nasi Kosong - "Bukan Sebab Malu Hidup Susah"

3-2-2021 02:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 15836| Komen: 190

Seorang bapa dilihat menjamah nasi putih hanya dengan kicap, itu pun baki selepas anaknya makan tengah hari!

Kisah ini tular di laman Facebook apabila anak kepada lelaki berkenaan, Nik Aswan yang baru berusia 10 tahun memuat naik video bapanya di akaun TikTok miliknya.




Bapanya, Ngah Misnum, 36, bagaimanapun segera memadam video tersebut sebaik sahaja mendapat tahu ia tular dalam masa beberapa jam.

"Sejujurnya saya tak sangka langsung dia akan muat naik video tu sebab masa saya sedar dia tengah rakam, saya terus bangun dari tempat duduk.

"Tahu-tahu tular sampai dekat Facebook, memang terkejut sangat. Saya terus ambil telefon dia dan padam video tu," katanya kepada mStar, mengimbas kembali video yang memaparkan 'adegan' dirinya makan nasi tanpa lauk.

Bagi mereka yang sempat menonton video tersebut, rata-rata mengakui sebak melihat kehidupan dua beranak itu yang serba sederhana tetapi bahagia.




Ngah, yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu, berkata dia memadam video tersebut kerana tidak mahu timbul isu lain selain enggan meraih simpati orang ramai yang melihat kehidupan mereka dua beranak.

"Saya padam bukan sebab malu hidup susah tapi saya tak nak anak saya sedih dengan keadaan saya serba kekurangan ini.

"Selama ini saya tak kongsi keperitan hidup dengan dia apatah lagi nak kongsi dengan orang ramai, tetapi bila dah viral saya rasa perlu memberi sedikit penjelasan," jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai apa yang ditonjolkan dalam video tersebut, Ngah berkata pada hari itu dia cuma mempunyai wang sebanyak RM5 sebelum mendapat upah melakukan kerja memotong rumput pada sebelah petang.

Dengan wang RM5 tersebut, dia membeli lauk seekor ikan keli pada harga RM4.

"Bila sampai rumah saya terus masak nasi dan pesan dekat anak saya untuk makan. Saya tak makan sebab nak terus keluar pergi mesin rumput.

"Balik dari mesin rumput, saya lapar sangat dan tengok lauk anak saya dah makan habis... Alhamdulillah... dia tak membazir.

"Saya intai tengok dia dalam bilik leka main telefon, terus saya ambil lebihan nasi putih dan makan. Masa tu la tiba-tiba dia keluar dan rakam sambil tanya saya makan tak ada lauk ke?" ujarnya.

Ngah yang bekerja mengambil upah mesin rumput berkata, dia telah menasihati anaknya agar lebih berhati-hati dengan tidak memuat naik video seperti itu lagi selepas ini.



Tambahnya, dia juga akan memantau penggunaan telefon bimbit yang baru dibeli itu untuk tujuan belajar secara dalam talian, menggunakan duit tabung anaknya.

Jelasnya, sebagai kanak-kanak yang dibesarkan tanpa ibu, dia mempunyai cara sendiri dalam mendidik anak supaya anaknya itu tidak bersedih dan tidak memberontak.

"Saya tak pernah pukul dia, hanya nasihat saja itu pun dalam nada bergurau bimbang dia terasa hati atau memberontak.

"Maklumlah hidup hanya berdua dengan anak, dia tak dapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu jadi saya perlu faham dia dengan lebih mendalam," katanya.

Dalam pada itu, Ngah juga memohon maaf atas tindakan anaknya sehingga menimbulkan kerisauan dan mengundang simpati masyarakat.

Malah dia berharap netizen akan berhenti mengecam dirinya dan anak kerana tiada seorang pun faham keadaan yang mereka lalui sekarang ini.

"Bila saya dihubungi, bagus juga sebab saya nak mohon maaf atas apa yang berlaku dan boleh beri penjelasan," katanya.

Bagaimanapun, Ngah berkata dia tidak memerlukan sumbangan wang, cukuplah sekadar mendoakan mereka murah rezeki dan kekal bahagia bersama.



"Sejujurnya kami tak perlu sumbangan, hami hanya perlu saham akhirat.

"Biarpun kami makan tak ada lauk, doa kalian adalah lauk kami sampai ke akhirat," katanya yang sering berkongsi kisah hidup bersama anak tunggalnya di akaun TikTok.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Laisa 3-2-2021 02:52 PM
Sedih & simpati bila baca benda mcm ni... bersyukur lah kalau hidup kita lebih senang sikit dari mereka... nasib org tak sama kan.. ada setengah org miskin tapi happy.. ada org pulak kaya tp tak happy...
Quote CiliPadiSedap 3-2-2021 02:53 PM
org cmni patut dibantu sbb nak berusaha. ada maruah diri.
Quote Glass_shoes 3-2-2021 02:53 PM
Ni barulah namanya ayah..Sanggup berkorban demi anak..Bukan mcm aimy..dia sedap melantak SR..anak tunggu kat luar..@dino
Quote sayawifenikmie 3-2-2021 02:54 PM
.... alaaa .. kasihan ... ada no HP anak beranak ni ke ?
Quote doubleA 3-2-2021 02:54 PM
Semoga murah rezeki. Banyak yg miskin tapi tak meminta, masih berusaha tanggung hidup dengan kudrat yg ada. Semoga anak dapat mengubah nasib keluarga kelak
Quote Zack8hunter 3-2-2021 02:55 PM
sebak lak tgk video. Kebahagian wujud dari cara kita melihat dunia..
Quote xy_daen 3-2-2021 02:55 PM
Alhamdulillah... Dia x jual akidah untuk hidup..
Quote vee_zara 3-2-2021 02:58 PM
Ni lah namanya ayah. Bukan macam sohai. Nasi penuh lauk membukit kat pinggan dia, tapi anak2 makan kongsi sepinggan 2 orang.
Quote mongoose_kidz 3-2-2021 02:58 PM
semoga keluarga kecil ni dimurahkan rezeki...
ayahnya dpt upah byk2..boleh mkn yg mncukupi utk diorg berdua
sebak tgk ayah dia...x meminta2..explain pun elok2...malas nak bnding dgn sorg lagi tu...tiba2 darah kita naik
Quote kakakko 3-2-2021 02:59 PM
Sedih lak aiii.... Moga Allah sentiasa merahmati Ngah and anak..
Quote jazaa100 3-2-2021 03:04 PM
Zack8hunter replied at 3-2-2021 02:55 PM
sebak lak tgk video. Kebahagian wujud dari cara kita melihat dunia..

kat mana nk tgok bideo tu...
Quote Belibis 3-2-2021 03:10 PM
Kalau miskin jangan beranakkkk.
Kata sorang acik forum yang kaya raya.
Quote any42 3-2-2021 03:13 PM
Aduhai sedih tgk kekurangan fmly ni & sebak dgr pndirian mereka. Wlau xkaya didoakn smoga rezeki korang bdua xkn putus. Hrap adik ni dh besar nnti jd mnusia bguna yg mmpu jga ayh sebaik mngkin.
Quote seri_mawr 3-2-2021 03:17 PM
semoga abang ni  perbayakkan rezeki...untuk dia dan anak nya....
Quote Tinot7 3-2-2021 03:17 PM
semoga dipermudahkan urusan utk dpt keje
Quote KIM.K 3-2-2021 03:18 PM
Kuat pendirian ayah dia..anak ni saja kesian ayah. Besar tu pun dah pandai fikir
Quote minahsenget 3-2-2021 03:19 PM
semoga tambah rezeki utk keluarga ni
Quote asma87 3-2-2021 03:21 PM
[fbp]https://www.facebook.com/569086473101387/posts/4070596032950396/[/fbp]

YB dah turun padang Bantu 2 Hari lepas
Quote e.gurl 3-2-2021 03:25 PM
murahnya dia amik upah potong rumput..

Lihat semua komen(190)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.095266 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top