CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aeril Zafrel Terus Ambil Wisma, Nak Bantu Ramai Orang

3-2-2021 02:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14313| Komen: 117

Foto: IG

Pelakon, Aeril Zafrel membuka perniagaan baharu berasaskan makanan ringan di bawah jenama Rielkies yang bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat yang terjejas ekoran penularan Covid-19.

Aeril berkata, dia sudah mendapat 2,000 peniaga yang mahu memasarkan produk itu yang bakal dilancarkan pada 21 Februari ini.



"Produk untuk perniagaan ini belum dilancarkan lagi, tapi alhamdulillah sudah 2,000 peniaga yang mahu turut serta. Pada awalnya saya mencari 1,000 saja, tapi atas permintaan saya tambah lagi.

"Kebanyakan yang menghantar mesej peribadi (DM) adalah mereka yang diberhentikan kerja, ingin membantu suami dan gaji dipotong. Malah, ini juga tujuan utama saya mewujudkan perniagaan ini yang mana ingin membantu mereka yang benar-benar memerlukan sumber pendapatan," katanya.

Foto: IG

Aeril berkata, dia yakin perniagaan itu akan berkembang maju dan disebabkan itu dia memilih untuk menjalankan operasi perniagaan di wisma.

"Doakan saya menjadi sebaik-baik manusia dan menjadi sebaik-baik ketua, Insya-Allah. Jika orang tanya kenapa terus ambil wisma untuk perniagaan baru ini, sebab saya yakin perniagaan baru saya ini memang boleh pergi jauh.

"Niat saya untuk melabur dalam perniagaan adalah untuk membantu lebih ramai lagi dan semoga memberi manfaat kepada mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lifeline 3-2-2021 02:51 PM
ok la kdng2 ayat dia ni kelakar jugak tp selalu sgt pon boring
plus aku rasa dia ni mcm xde kwn
kwn2 dia yg duk tgk / komen tt/ig/twitter dia je lah
Quote bakingsoda 3-2-2021 02:57 PM
cekedis harga yahooodi kew? mcm kerepek hajbil dlm botol tu kalau mr potato ke pringles 3-4 ringgek je dia jual rm35 ke 40 tah
Quote Boomibulat 3-2-2021 03:01 PM
bakingsoda replied at 3-2-2021 02:57 PM
cekedis harga yahooodi kew? mcm kerepek hajbil dlm botol tu kalau mr potato ke pringles 3-4 ringgek  ...

Golongan kayangan harga pun musti la kayangan..
Quote cikatilia 3-2-2021 03:11 PM
bakingsoda replied at 3-2-2021 02:57 PM
cekedis harga yahooodi kew? mcm kerepek hajbil dlm botol tu kalau mr potato ke pringles 3-4 ringgek  ...

kalau rega sampai 40

baik aku beli beras dpt sekampit 10kg, ayam sekor
kenyang makan seisi keluarga
Quote dudaberhias 3-2-2021 03:13 PM
Tu bukan wisma... Urmmm nevermind, macam wisma mamasab la... Mula2 iols dengar ya anpunn besarnyaaa hebat betul mamasabariah, lalu2 rhopernyaaaa kedai tiga tingkat jah...
Quote minguk 3-2-2021 03:22 PM
i hari tu beli fish skin tu dengan niat nak bantu kawan sebab kena buang kerja.
RM50 i pejam mata je lah. lagipun niat nak membantu kan. tapi sumpah tak sedap. ahahah.

semoga cips airel ni sedap dan berbaloi la dengan harga.
Quote exclusive_vvip 3-2-2021 04:09 PM
dah dpt 2000 peniaga? mmg untung sgt dah la,nak2 kalu letak harga kayangan bak kata forumer2 kat atas..kalu 2000 peniaga tu wajib amik minimum sorang 50-100, mmg aeril terus dah leh dapat untung dlm million dah lah (ini kalu kira harga kayangan 30-40 seunit)..untung dia x perlu susah2 cari customers..sekali meniaga pun jadi dah, pastu kalu xde permintaan dah,leh bungkus je bisnes tersebut..yg kesian, kat peniaga2 yg jadi agen la...eh, ni i anggarkan kalu dia jual harga kayangan lah
Quote Masukkeluar 3-2-2021 04:14 PM
exclusive_vvip replied at 3-2-2021 04:09 PM
dah dpt 2000 peniaga? mmg untung sgt dah la,nak2 kalu letak harga kayangan bak kata forumer2 kat ata ...

macam tu la nak jd jutawan cepat. sebab tu skrg berlumba lumba artis atau instafemes keluarkan produk. cari je agent terus dpt untung walaupun agent tu tak tahu terjual ke tak stok diorang. ni semua ajaran tok guru jijan semang.

lepas tu jual produk lain plak. ulang ulang MO yg sama je..
Quote exclusive_vvip 3-2-2021 04:16 PM
minguk replied at 3-2-2021 03:22 PM
i hari tu beli fish skin tu dengan niat nak bantu kawan sebab kena buang kerja.
RM50 i pejam mata  ...

fish skin yg utk pasaran mmg x sedap agaknya..i penah order kat 1 restoran ni..sedap gila..sbb goreng panas2 kan..pastu ada one time beli yg dlm bungkus mcm jajan, yikessss, pelik rasanya..xleh nak abihkan..tapi x mahal sgt la smpi puluh2 ringgit, sbb bukan retis punya brand..pastu kalu nak makan, i order kat restoran je la..prefer makan panas2..
Quote doubleA 3-2-2021 04:16 PM
Cikedis kalau retis jual tak hadap la iols. Baik beli yg kat supermarket, ataupun seller2 home made kat shopee pipipi tu
Quote hatikudus 3-2-2021 04:19 PM
Niat yg baik moga dipermudahkan & berjaya dicapai
Quote slyfynx 3-2-2021 04:24 PM
Hahahha, tolong dptkan pekerjaan ke, tolong abiskan produk korang sbg stokis?
Sorry, x dapek nk fikir positif da
Quote adawiyah_hakim 3-2-2021 04:24 PM
betul2.... mknn berlandaskan nama retis ni melampau sgt reganya. rasa belum tentu sedap, sedap lagi keropok moni!
Quote exclusive_vvip 3-2-2021 04:39 PM
Masukkeluar replied at 3-2-2021 04:14 PM
macam tu la nak jd jutawan cepat. sebab tu skrg berlumba lumba artis atau instafemes keluarkan pro ...

dengan xde rasa bersalah diorg buat statement kata nak bantu orang ramai..hmmm
Quote Masukkeluar 3-2-2021 04:43 PM
exclusive_vvip replied at 3-2-2021 04:39 PM
dengan xde rasa bersalah diorg buat statement kata nak bantu orang ramai..hmmm

bantu tu satu hal..tapi sbnrnya nak cepat kaya. agen stokis pulak terkial kial nk habiskan barang..

aku kurang respek cara berniaga mcm ni. aku lagi respek org bisnes yg tak pakai agent stokis. stkt pakai agen stokis kita kita ni pn boleh jd jutawan. artis follower ramai apatah lagi. lol
Quote SalenaGomez 3-2-2021 04:43 PM
doubleA replied at 3-2-2021 04:16 PM
Cikedis kalau retis jual tak hadap la iols. Baik beli yg kat supermarket, ataupun seller2 home made  ...

Ya mcm SG penah comment sebelum...coklat ala ala nini jozlyn jual rm28 se tub tu...gila mahal ya
Quote irish_ieka 3-2-2021 04:48 PM
modus operandi jijan seman ni sentiasa la pakai ayat 'nak tolong orang nak tolong orang' helo orang bekerja utk ko ko bayar gaji. lainla ko business pastu bagi duit free kat orang. acah ayat twist nak org buat sales utk ko
Quote irish_ieka 3-2-2021 04:48 PM
modus operandi jijan seman ni sentiasa la pakai ayat 'nak tolong orang nak tolong orang' helo orang bekerja utk ko ko bayar gaji. lainla ko business pastu bagi duit free kat orang. acah ayat twist nak org buat sales utk ko
Quote laksmanabentan 3-2-2021 04:49 PM
bakingsoda replied at 3-2-2021 02:57 PM
cekedis harga yahooodi kew? mcm kerepek hajbil dlm botol tu kalau mr potato ke pringles 3-4 ringgek  ...

apaaaaaa????? harga 30 - 40 hengget???

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.054659 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top