Penyanyi Nick Jonas, 28, teruja dan bersedia menimang anak seramai yang boleh bersama isterinya yang juga pelakon Bollywood popular, Priyanka Chopra, 38.
Jonas berkata, menjalani kehidupan sebagai ibu bapa pastinya satu perjalanan yang indah pada suatu hari nanti. "Kami bertuah saling-memiliki dan menyimpan hasrat sepenuh hati untuk masa depan. Semestinya perjalanan itu sesuatu yang indah. "Lihatlah bagaimana nanti apabila sudah tiba masanya (menimang anak). Namun buat masa sekarang, kami mahu pastikan semuanya baik dalam hubungan kami," katanya. Bulan lalu, Priyanka berkata, dia sudah bersedia untuk menimang cahaya mata dan turut berseloroh inginkan anak seramai satu pasukan kriket iaitu 11 orang.
Pasangan terbabit berkahwin pada Disember 2018 dalam majlis yang sangat meriah dan mewah di India. Majlis terbabit mendapat liputan luar biasa di seluruh dunia. Dalam pada itu, Jonas bakal kembali ke kerusi jurulatih untuk program The Voice. -CARI Sumber: Harian Metro
|
MadameOnion replied at 3-2-2021 07:49 AM
ayda jebat dgn laki dia lagi hebat..13...takat 11 apalah sgt
Ain_h replied at 5-2-2021 01:39 AM
Nak tanya kiranya Jonas dgn Priyanka ni agama Kristian ke Buddha?
belacan_gurl replied at 21-2-2021 02:58 PM
Kira lama juga ekk...aku sangkakan setahun je mampu bertahan ...kuasa kari
ADVERTISEMENT