CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Mualaf Hanya Makan Biskut Kering Dan Mi Segera Setiap Hari

3-2-2021 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3942| Komen: 23

Bukit Mertajam: Diuji dengan kesempitan hidup, dua beradik mualaf di Taman Machang Bubok, di sini, terpaksa mencatu makanan dan hanya mengalas perut dengan mi segera atau biskut kering setiap hari.


Abdul Rahman Lim, 56, dan abangnya, Abdul Rahim Lim, 57, kadang kala hanya mendapat ihsan jiran tetangga yang menghulurkan bantuan makanan dan wang ringgit kepada mereka berdua untuk meneruskan hidup, selain menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Meskipun hidup susah, Abdul Rahman berkata, dia dan abangnya tetap bersyukur dengan rezeki yang diperoleh biarpun hanya dengan pemberian jiran dan sekadar menjamah mi segera serta biskut kering.

Katanya, dia juga berharap masyarakat tidak memandang serong dengan keadaan hidup yang dilalui mereka berdua.

Kredit foto: Harian Metro


"Saya pernah terbabit kemalangan September lalu menyebabkan sukar untuk bekerja, selain tidak mempunyai sebarang kenderaan.

"Untuk mencari wang, saya keluar berjalan kaki membuat pelbagai kerja sambilan bagi mendapatkan upah di kedai, namun bukan setiap hari sebab perlu menjaga abang yang mempunyai masalah sawan.

"Abang juga pernah terbabit kemalangan sehingga kehilangan kaki kirinya dan kini menerima bantuan RM200 sebulan daripada JKM.

"Mujur rumah yang didiami ini dibeli abang ketika bekerja dulu dan kami tidak perlu menyewa," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Abdul Rahman berkata, sejak memeluk Islam pada Mac tahun lalu, dia dan dan abangnya sentiasa bersyukur meskipun diuji dengan kesempitan hidup.

"Ramai (jiran) yang tahu keadaan saya dan abang, kadang kala terpaksa tebalkan muka untuk minta tolong sebab tak tahu nak cari duit untuk makan.

"Kami bersyukur kerana saudara sesama Muslim sentiasa membantu dan inilah keindahan yang kami nampak, bahkan kami lebih tenang walaupun diuji dengan masalah," katanya.

Bagi Abdul Rahim pula, dia memang hendak bekerja, malah sebelum kehilangan kaki akibat terbabit kemalangan dan kehilangan kerja, dia pernah bermain muzik untuk mendapatkan wang.

Bagaimanapun, katanya, lama kelamaan dia diuji pula dengan penyakit sawan dan tidak dapat bermain muzik lagi.

"Adik pula kerap mengambil upah dengan buat kerja sambilan tetapi disebabkan saya sering terkena sawan, susah untuk dia keluar.

"Tambahan pula sekarang penularan Covid-19 kian memburuk, semakin sukar mendapatkan kerja," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 3-2-2021 03:24 PM
Mana nak dpt no acc mereka?
Quote Ain_h 3-2-2021 04:53 PM
Alah siannyaaaa
Quote Artemesiaa 3-2-2021 05:27 PM
Nampak bersih dan kemas je rumah mereka.  
Quote TOPwind 3-2-2021 05:33 PM
Edited by TOPwind at 3-2-2021 05:35 PM

di neraga kita setiap mualaf dapat RM500 sebulan




Quote MontanaHannah 3-2-2021 05:34 PM
sesiapa disini tolong dapatkan nombor acc mereka berdua ni


Tolong !
Quote Manjahati 3-2-2021 05:37 PM
Allahhuakhbar siannya acik berdua ni. Moga ada pihak terdekat boleh membantu
Quote airmineral 3-2-2021 05:56 PM
kesiannyaaaaa
Quote Tinot7 3-2-2021 06:25 PM
berita slalu mcm ni.. takde info bagaimana nak bantu
Quote zehra2 3-2-2021 06:38 PM
kena daftar. kat kampung ni mualaf dpt bantuan bulan2.
Quote mejaputih 3-2-2021 06:41 PM
TOPwind replied at 3-2-2021 05:33 PM
di neraga kita setiap mualaf dapat RM500 sebulan

Sekepala ataau sefamily? Tp apapun rm500 besar juga tu .cukup utk mkn minum bil  air letrik. Sbb duduk berdua je.
Quote TOPwind 3-2-2021 08:18 PM
mejaputih replied at 3-2-2021 06:41 PM
Sekepala ataau sefamily? Tp apapun rm500 besar juga tu .cukup utk mkn minum bil  air letrik. Sbb d ...

satu kepala- dan jika hadir sekali  kursus dpt RM50 sebulan kekadang ada 2 tiga kursus.
tu tak termasuk jemputan dan lawatan free mcm OKUlah semua free.
mereka ni sebenarnya lebih terbela dari yg dilahirkan terus islam.

Quote mejaputih 3-2-2021 08:21 PM
TOPwind replied at 3-2-2021 08:18 PM
satu kepala- dan jika hadir sekali  kursus dpt RM50 sebulan kekadang ada 2 tiga kursus.
tu tak te ...

oh byk juga tu....maybe yg dalam artikel ni tak properly register kot...
Quote TOPwind 3-2-2021 08:34 PM
mejaputih replied at 3-2-2021 08:21 PM
oh byk juga tu....maybe yg dalam artikel ni tak properly register kot...

jika mualaf tu dah kira proper registerlah tu -mcm nikah juga, proper registered.
takut ada yg dari luar je.

tapi yg dari luar masuk islam ada juga sbb mereka boleh tinggal lebih lama -Visa extended. lagi dan lagi
Quote zjen 3-2-2021 09:00 PM
calling Ebit Lew ma ...  lagipon sesama cina yg masuk Melayu


Quote angio 3-2-2021 10:04 PM
Can anyone share their acct no. ?
Quote LadyCarefree 3-2-2021 10:09 PM
mejaputih replied at 3-2-2021 05:41 PM
Sekepala ataau sefamily? Tp apapun rm500 besar juga tu .cukup utk mkn minum bil  air letrik. Sbb d ...

Dan bantuan JKM juga plus bantuan khas sebab dia tak ada kaki dan sakit sawan.
Quote LadyCarefree 3-2-2021 10:10 PM
Bagus abangnya beringat dan beli rumah.
Quote jazaa100 3-2-2021 10:22 PM
ni memang layak dpt zakat.....
dikira muallaf selama 5thn selepas masuk islam
Quote jojie 3-2-2021 10:26 PM
Semoga sentiasa tenang dan dimurahkan rezeki..  bersih rumah mereka ..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.038915 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top