CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Haruan makan anak' antara punca kehamilan remaja di Sarawak

3-2-2021 04:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3783| Komen: 16

Gambar sekadar hiasan



Kuching: Jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan remaja antara punca berlaku kehamilan remaja di bawah umur 15 tahun di Sarawak.

Menurut Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, sepanjang 2020, 130 kes kehamilan yang direkodkan membabitkan mereka yang berusia 10 hingga 15 tahun.

"Bagi remaja berumur 16 hingga 17 tahun, kami merekodkan 595 kehamilan.

"Ini bererti, peratusan kumulatif bagi kanak-kanak dan remaja hamil di Sarawak dalam kumpulan umur 10 hingga 17 tahun pada 2020 adalah 34.5 peratus," katanya pada sidang media mengenai Kehamilan Remaja dan Isu Jenayah Seksual di Sarawak hari ini.


Menurut Fatimah, berdasarkan statistik daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, 31 kes mangsa jenayah sumbang mahram yang hamil direkodkan antara 2015 hingga tahun ini.

Fatimah berkata, dua daripada kes itu membabitkan individu bawah umur 12 tahun, 18 kes berumur 13 hingga 16 tahun, lima kes berusia 17 hingga 18 tahun dan enam kes berumur 19 tahun ke atas," katanya.

Kuching merekodkan jumlah tertinggi iaitu lapan kes, diikuti Sri Aman, Sibu, Miri dan Samarahan yang masing-masing merekodkan tiga kes.

Pada masa sama, menurut Fatimah, secara keseluruhan, 119 kes mangsa jenayah sumbang mahram direkodkan di Sarawak sejak 2015.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 21 kes membabitkan individu di bawah umur 12 tahun, 68 kes berumur 13 hingga 16 tahun, 20 kes berusia 17 hingga 18 tahun dan 10 kes berumur 19 tahun ke atas.

"Kuching merekodkan jumlah kes mangsa jenayah sumbang mahram yang tertinggi iaitu 33 kes, diikuti 18 kes di Miri, 13 kes di Samarahan, 11 kes di Sibu, masing-masing sembilan kes di Bintulu dan Betong serta masing-masing enam kes di Serian juga Limbang.

"Berdasarkan hubungan antara mangsa dan pelaku kes rogol sejak 2015 pula, rekod menunjukkan 45 kes membabitkan bapa kandung, 25 kes membabitkan bapa tiri, satu kes anak sendiri manakala 19 kes membabitkan datuk," katanya.

Selain itu, 30 kes pula membabitkan bapa saudara, enam kes adalah abang ipar, 10 kes adalah abang kandung, 444 kes membabitkan teman lelaki, 283 kes membabitkan individu yang dikenali selain 55 kes membabitkan individu tidak dikenali.



Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote c===8 3-2-2021 04:37 PM
penah terbaca kat mana ntah ada minah sabah cerita daranya direnggut atuk sendiri, seolah2 kat sana atuk atau bapak ada hak nak tapau anak sendiri
Quote manehnya 3-2-2021 04:50 PM
kesiannya wei... tlg la JKM bantu
Quote asma87 3-2-2021 05:35 PM
Kalau kat semenanjung, kes rogol tertinggi dari negeri ganu. Ni staff jabatan kimia cite Kat adik aku. Sbb sampel kes rogol paling banyak dari ganu.
Quote lattehazelnut 3-2-2021 05:50 PM
Sbb ikan ke?
Quote dubuk 3-2-2021 05:53 PM
asdan betul
Quote notM 3-2-2021 06:02 PM
Sebab mabuk....


Quote ifanonline 3-2-2021 06:02 PM
ramai sangat pemakai cawat kat sana...
Quote Afifi82 3-2-2021 11:40 PM
Wtf.. Disgusting..
Quote piao 4-2-2021 09:20 AM
haruan 3 cekak ke min?
Quote Tinot7 4-2-2021 09:24 AM
apa kesudahan budak2 tu? kesian baca
Quote kakikuDibibirmu 4-2-2021 09:24 AM
Haruan makan anak, anak makan haruan, ke kiri lah ahai, ke kanan lah ahai, desa tercinta
Quote gigahertz 4-2-2021 07:14 PM
asma87: Kalau kat semenanjung, kes rogol tertinggi dari negeri ganu. Ni staff jabatan kimia cite Kat adik aku. Sbb sampel kes rogol paling banyak dari ganu.

Diorang sana keje tak berapa nak ada. So berlingkar la kat rumah. Kita semenanjung " kecuali kelantan & terengganu " kos sara hidup tinggi. Pagi keje hadap jamm balik keje kul 5 hadap jamm. Mana ada masa nak pikir sex ni semua.kalau tak caya. Cuba tgk background yang terlibat sumbang mahram.
Quote gigahertz 4-2-2021 07:15 PM
c===8 replied at 3-2-2021 08:37 AM
penah terbaca kat mana ntah ada minah sabah cerita daranya direnggut atuk sendiri, seolah2 kat sana  ...

Drama tv3 pun ada tunjuk.
Rumah siti khadijah. Tak ingat episode
Berapa. Yang jadi datuk tu si pelakon gagak hitam
Tu. Berlakon tak pernah jadi baik
So mmg sajak la.
Quote HuoJingJue 4-2-2021 08:57 PM
misleading betul tajuk ngan komen..jauh merentas Lautan Teduh,,hehe
Quote dizekni 4-2-2021 08:58 PM
Kampung @dodolgemok ka
Quote Ain_h 5-2-2021 01:43 AM
Sebab dua serumah dgn keluarga besar ke, jadi camni?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.187300 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top