CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Biri-biri, Tangki Air - Siti Zailah Jawab Kecaman Netizen

4-2-2021 01:07 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 4037| Komen: 12|Original author: Cari-Azza


Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 disambung lagi hingga ke 18 Februari, ramai warganet makin berasa terbeban dengan arahan yang tidak menentu.

Lebih memburukkan keadaan, menteri-menteri dilihat tidak menjalankan tugasan masing-masing sedangkan perintah darurat sudah dikuatkuasakan.

Namun, berlainan dengan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff yang giat mengemaskini media sosial dengan kerja-kerjanya.

Bagaimanapun, ramai warganet mendakwa ianya tidak memenuhi spefikasi yang sebenarnya. Sebagai contoh, jalan rosak tetapi dibancuh simen sebagai pengganti, bukannya tar dan juga tindakannya menyediakan satu tangki air untuk 27 keluarga dianggap satu jenaka.


Lebih membuatkan ramai bengang ialah kerana kecuaian dan lambat bertindak ke atas kes penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kematian adalah disebabkan sibuk membeli biri-biri.


Foto : Twitter

Foto : FB

Foto : Twitter

Warganet mempunyai hujah mereka sendiri mengenai isu-isu yang disebut di atas. Mengenangkan kes arwah adik Amir yang mengegarkan negara, apa yang telah dilakukan kementerian selain ucapan takziah? Apakah tindakan susulan yang dilakukan? Dan bagaimana pula dengan isu biri-biri itu?


Foto : Twitter

Tidak hanya itu, tindakannya memuat naik kerja membetulkan jalan dan menyediakan tangki air dianggap idea separuh masak serta ibarat melepas batuk di tangga. Namun, dia menganggap ianya telah membantu menyelesaikan masalah rakyat. Hal inilah mendapat kritikan bertalu-talu daripada warganet.


Foto : Twitter

Bagaimanapun, Zailah kemudiannya menjawab di dalam sebuah video di Facebook lalu membuat penjelasan mengenai tangki air bahawa ianya adalah dengan kerjasama penghulu dan Kementerian Kesihatan, kosnya pula tidak sampai RM15,000.

"Mungkin orang di bandar rasa pelik, sistem  tangki air ini sentiasa ditambah, jadi tiada masalah. Nampak kecil dalam gambar, untuk 50 keluarga pun tiada masalah. Ini satu ilmu untuk anak muda mengenai suasana di kampung."



Dengan penjelasan tersebut, isu tangki air dianggap selesai manakala bagi isu lain pula mungkin akan ada penjelasan di lain waktu. Jadi, adakah warganet terlalu paranoid menuduh atau menteri yang tidak menjelaskan terperinci? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 4-2-2021 01:39 PM
First time aku dgr reban biri biri. Biasa kdg kandang. Apa tahap pendidikan puan menteri ni ye
Quote CiliPadiSedap 4-2-2021 01:40 PM
cerdiknya dia ni. beruntung siapa undi dia.

Quote shamsadis 4-2-2021 01:45 PM
salah pengundi
Quote bakingsoda 4-2-2021 02:24 PM
walaupon aku benci lobai tapi yg ni tak fair lah, mcm la arwah amir ni dah sedia diketahui umum berpanjangan didera tapi zailah buat bodo sampai mati budak tu. lagi kan jiran pon tatau. amir meninggal takde kaitan pon dgn zailah tgh nego nak beli biri2. cuma dari segi keutamaan isu mmg nampak bangang, sda isu lebih besar yg kecik jugak dia fokus.

"Lebih membuatkan ramai bengang ialah kerana kecuaian dan lambat bertindak ke atas kes penderaan kanak-kanak hingga menyebabkan kematian adalah disebabkan sibuk membeli biri2"
Quote Boomibulat 4-2-2021 02:28 PM
SayaSayangMama replied at 4-2-2021 01:39 PM
First time aku dgr reban biri biri. Biasa kdg kandang. Apa tahap pendidikan puan menteri ni ye

Mgkn saiz kecik kut sbb sy pnh dgr org sebut reban kambing..klu kandang lg besar..contoh ayat
'ada hati nak ngorat aku..muka mcm reban kambing'..
Quote ajinomotonosuga 4-2-2021 03:06 PM
Lebai bodoh Lebainita bangang..Pas parti setan!
Quote DayangKirana 4-2-2021 04:15 PM
bile budak kelas belakang dipilih jadi muntri..
Quote SayaSayangMama 4-2-2021 05:19 PM
Boomibulat replied at 4-2-2021 02:28 PM
Mgkn saiz kecik kut sbb sy pnh dgr org sebut reban kambing..klu kandang lg besar..contoh ayat
'ad ...

Haha ni first time gak dgr ni klu x org ckp muka mcm jambatan xsiap huhu.
Quote Ain_h 5-2-2021 01:32 AM
Hmm kalau org kampung puas hati dan air itu mencukupi.. Kira OK lah kan?
Quote cikdot 5-2-2021 11:51 AM
tapi memang nampak kecik beno tangki tu. mampu ke nak tampung 27 keluarga? berapa titik je sorg boleh dapat kalau air takde?

tangki air rumah aku kat kg macam lagi beso je..siap ada 2 lagi (1 lagi kecik sikit la utk tangki jamban je)
Quote raxief 5-2-2021 12:31 PM
kak lah ni aku tak kenal.. tapi kalau kak sah adik dia yg bukak biz bridal tu aku kenal sgt.. jiran nenek bini aku

bodo ke pandai ke, kak lah ni mmg kesukaan org rp la hehe.. calon lain masuk bertanding mmg bungkus la
Quote Lagubestbest 7-2-2021 07:10 PM
menteri, tapi kerja2 dia tunjuk macam skop kerja ketua kampung je.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034161 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top