Dua beradik berusia empat dan dua tahun mati lemas di dalam tangki kumbahan ketika ibu ralit berkaraoke di dalam rumah. TribunNews seperti dipetik Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Kampung Alurtani 1, Tamiang Hulu, pada Selasa lalu.
Pada hari kejadian, tangki di belakang rumah mangsa dikatakan sedang dibersihkan ibu mereka, Suhar, 35, dan ketika kejadian Alfizil Aini dan adiknya, Zikra Hidayatullah, bermain di kawasan berkenaan. "Suhar berehat sebentar dan menghabiskan masa itu dengan berkaraoke, dengan nada suara yang tinggi. "Tidak lama selepas itu, baru Suhar tersedar kedua-dua anaknya tidak berada di dalam rumah. "Selepas keluar mencari, wanita berkenaan menemui mangsa di dalam kolam berkenaan," katanya. Jeritannya apabila melihat anaknya tidak bergerak di dalam tangki berkenaan didengari jirannya, Sumarlan, 38, yang melompat ke dalam tangki untuk menyelamatkan mangsa.
Usaha mereka bergegas membawa mangsa mendapatkan rawatan awal gagal dan petugas perubatan mengesahkan mangsa meninggal dunia. - CARI
|
ADVERTISEMENT