CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular Wanita Terlepas Masuk Wad Pesakit Covid-19, Hospital Miri Beri Penjelasan

4-2-2021 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2480| Komen: 2

Pengurusan Hospital Miri tampil memberikan penjelasan susulan tularnya sebuah video yang mendakwa seorang wanita terlepas masuk ke wad pesakit Covid-19 untuk melawat salah seorang ahli keluarganya di hospital tersebut.


Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan hospital berkata insiden dari rakaman video tular itu berlaku akibat keengganan ahli keluarga pesakit memberikan kerjasama dalam mematuhi polisi hospital.

"Setelah sesi kaunseling diberikan, ahli keluarga berkenaan mengaku bahawa dia mengalami kerisauan terhadap pesakit sehingga menyebabkan tekanan emosi yang tinggi.

"Hospital ingin menjelaskan bahawa insiden ini bukan berlaku di Wad Pesakit Covid-19," menurut kenyataan itu.


Foto: mStar Online


Sehubungan itu, pengurusan Hospital Miri meminta orang ramai menghentikan penyebaran video tersebut di media sosial bagi melindungi kepentingan pesakit dan keluarga mereka.

Pihak pengurusan hospital berkata insiden tersebut juga telah selesai dengan bantuan daripada pihak polis.

Terdahulu, dalam rakaman yang tular di media sosial pada Rabu menunjukkan seorang wanita yang juga ahli keluarga pesakit bertekak dengan beberapa petugas kesihatan di dalam sebuah wad.

Kelihatan beberapa petugas yang memakai pakaian peralatan perlindungan diri (PPE) cuba berkomunikasi dan menerangkan polisi hospital.

Mereka turut meminta wanita terbabit beredar, namun wanita berkenaan tetap berkeras enggan berbuat demikian.

Insiden tersebut dirakam oleh salah seorang petugas kesihatan hospital itu.

"Kakitangan hospital telah bertindak untuk mengambil video dengan tujuan untuk memaklumkan kepada ketua jabatan dan rakan sekerja yang lain bagi mendapatkan bantuan.

"Kaedah rakaman video dibuat memandangkan pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) telah menyukarkan komunikasi di antara kakitangan wad dengan pihak luar," menurut kenyataan itu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah 4-2-2021 11:57 PM
Ssh org bebal xpaham bahasa
Quote Ain_h 7-2-2021 01:09 AM
Ok cased close

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036475 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top