CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fauziah Nawi Sanggup Jumpa Agong Dan PM Nak Mohon Kebenaran Shooting

4-2-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2874| Komen: 17

Pelakon veteran, Fauziah Nawi bersedia dan sanggup berjumpa pembesar negara termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri bagi memohon kebenaran untuk penggiat seni menjalankan penggambaran.


Ia susulan hantaran dimuat naik Fauziah di Facebook yang menyuarakan hasrat untuk merafak sembah untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong.

Fauziah ketika dihubungi berkata, hantaran itu ditulis sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak dengan niat untuk membela nasib semua anak seni dari pelbagai cabang.


Foto: Harian Metro
"Saya tidak kisah kalau Tuanku, Perdana Menteri atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) nak jumpa. Saya akan datang dan tidak takut pun. Ini bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua penggiat seni.


"Orang macam kami, ada kerja, ada gaji. Tidak ada kerja, tak ada gaji. Patik ampun kalau salah penggunaan bahasa. Tidak ada siapa suruh tulis.

"Itu saja boleh buat. Mana tahu ada yang nampak hantaran itu dan sampaikan pada Tuanku atau PM (Perdana Menteri). Saya difahamkan sudah ramai kongsikan hantaran itu dan 'tag' Tuanku dan PM. Apa saya tulis bukan nak marah, tapi memberitahu keadaan sebenar anak seni yang mana kehidupan perlu diteruskan," katanya kepada Harian Metro.

Fauziah berkata, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 pada 13 Januri lalu, semua drama dan telefilem membabitkan dirinya ditangguh.

"Saya tertanya-tanya kenapa kami masih tidak dibenarkan menjalankan penggambaran termasuk aktiviti seni lain sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kami semua ikut prosedur operasi standard (SOP). Alhamdulillah, tidak ada lagi kluster dari penggambaran.

"Mereka yang mempunyai simpanan pun akan habis juga jika perkara ini berterusan. Saya faham sekarang ini semua orang susah. Malah ada yang 'nazak' dari segi kewangan.

"Saya bersuara bukan untuk saya seorang. Kalau untuk saya saja, esok lusa tidak ada makanan, saya hubungi sesiapa pun, Insya Allah mereka boleh bantu. Tapi, macam saya masih ada tanggungan. Apatah lagi orang lain. "Macam saya, semua 'job' terpaksa ditangguhkan termasuk beberapa projek teater di bawah syarikat saya. Nak buat secara dalam talian bukan mudah. Perkara sebegini kena dibuat secara empat mata. Jadi, saya berharap sangat sekarang ini cari penyelesaian apa yang boleh dibuat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 4-2-2021 05:20 PM
Bukan retis je nek pojiah oiii yg terkesan. Ramai lg la... Sementara tu retis mane yg sehat pegi la buat grab food or grab car.  Jual mknn online ke. Xkn la hrp duit berlakon je. Tp sng xmenyimpn ke.  Lainlah rkyt marhaen. Dh la cukop mkn je sblm pkp. Kena buang kje lg la melarat. Xkecoh nk jmp agong pun. Mencuri pun suatu pendapatan gak.
Quote Kurex 4-2-2021 05:25 PM
Buang masa kalau semua cerita adalah sampah
Quote LadyCarefree 4-2-2021 06:22 PM
Apa special sangat golongan retis ni semua? Drama nyanyi apa semua kalau xde pon bagus. Ulang tayang je pilem lama drama lama yg bagus bagus.
Nanti semua bidang pon jumpa agong.
Sampahnya.
Quote dino 4-2-2021 06:58 PM
LadyCarefree replied at 4-2-2021 06:22 PM
Apa special sangat golongan retis ni semua? Drama nyanyi apa semua kalau xde pon bagus. Ulang tayang ...

bidang seni tu depa cari mkn
yg keje blkg tabir pun effect, klau kite keje bidang sama pun buat camtu jugak

pandemik ni dah setahun.. ade simpanan hbis jugak

klau retis mcm shuib tetiba ckp mcm ni faham la nak kutuk

ni retis veteran yg sampai tya koje
Quote gigahertz 4-2-2021 07:10 PM
Kurex: Buang masa kalau semua cerita adalah sampah

Kalau dia buat image dia dalam drama sekeras kerikil tu pastu ada background salam terakhir sedih gak.
Quote LadyCarefree 4-2-2021 07:13 PM
dino replied at 4-2-2021 05:58 PM
bidang seni tu depa cari mkn
yg keje blkg tabir pun effect, klau kite keje bidang sama pun buat c ...

Nope. Semua pun sama. Retis knape jd golongan spesial pula? Pergilah kerja mcd atau jual makanan atau apa2 online. Adapt untuk survive. Bukan meroyan manjang tanpa usaha.
Quote dino 4-2-2021 07:24 PM
LadyCarefree replied at 4-2-2021 07:13 PM
Nope. Semua pun sama. Retis knape jd golongan spesial pula? Pergilah kerja mcd atau jual makanan a ...

diorg tak dpt treatment spesel pun
mslh persatuan ade tp tak guna, sptutnya depa la guide. tak semua org tahu jln
Quote LadyCarefree 4-2-2021 10:03 PM
dino replied at 4-2-2021 06:24 PM
diorg tak dpt treatment spesel pun
mslh persatuan ade tp tak guna, sptutnya depa la guide. tak se ...

Ok. Apapun harap semua survive kobid dn creatip serta berpeluang jana duit walau kena cari jalan lain.
Quote CaqJora 4-2-2021 10:57 PM
Aku nyampah betul ngan golongan retis ni. Mcm la depa je yg terkesan ngan covid ni. Kalu dah x leh shooting, x blh ke cari alternatif lain. Bidang pekerjaan sektor lain pun terkesan, tp ada ke dorang mintak special treatment dr gomen? Hadoiii la... Retis2 ni rasa dorang org terpenting ke kat msia ni? Kalau org lain blh cari makan ngan buat mcm2 keja, dorang x leh buat ke?? Atau takut jatuh popularity?
Quote Nenasketum 4-2-2021 11:17 PM
Ngada2 sungguh. Macam dilahirkan spe sial dari orang lain. Pi lah sunting, dia nak jumpa anak lelaki dia agaknya. Sorri, aku stress dengan perangai tak sudah2 nyusahkan orang.
Quote -electrifying- 4-2-2021 11:42 PM
LadyCarefree replied at 4-2-2021 07:13 PM
Nope. Semua pun sama. Retis knape jd golongan spesial pula? Pergilah kerja mcd atau jual makanan a ...

Kan, salu perasan dorg ni mcm acah2 another level special dri kte rakyat marhein ni.Try cri bidang lain, jgn harapkan 1 tu je
Quote damian_lee 4-2-2021 11:52 PM
-electrifying- replied at 4-2-2021 03:42 PM
Kan, salu perasan dorg ni mcm acah2 another level special dri kte rakyat marhein ni.Try cri bidang ...

Seperti abam2 dan adik2 diawan biru
Yang terpaksa ke bidang yang lain
Quote LadyCarefree 5-2-2021 12:00 AM
-electrifying- replied at 4-2-2021 10:42 PM
Kan, salu perasan dorg ni mcm acah2 another level special dri kte rakyat marhein ni.Try cri bidang ...

Ya. Mereka retis dan selainnya rakyat biasa. Tp bagaimana tidak sbb public yg puja puji idolakan mereka.
Quote Perawankota 5-2-2021 12:34 AM
Wlupon aku terlibat gak dalam bidang ni, tapi aku tak setuju apa dorg cakap.. Ada kederat kan, p lah carik keje lain.. Byk LG keje yg dorg boleh buat.. Dah lah Sah2 masing2 bila dah berjumpa mulalah lupa SOP..
Quote Ain_h 7-2-2021 01:16 AM
Semoga dpt yg terbaik
Quote minah_gesek 7-2-2021 07:49 AM
bodoh itu simpan sikit......FINAS patut sediakan SOP proposal utk di hantar ke MKN

dah hantar ke belum?
Quote Rainsack 13-3-2021 04:27 AM
Tunggu lah sikit lagijj{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:shy{:run{:run{:run

Apalah

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.046897 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top