CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Mulai Hujung Bulan Februari

4-2-2021 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4121| Komen: 50

Kerajaan akan memulakan roll-out pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebanyak 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu akan menerima vaksin ini yang akan diberikan secara percuma kepada rakyat Malaysia.


Menurutnya, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini akan membabitkan tiga fasa.


Foto: pmo.gov.my

"Fasa pertama akan membabitkan sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan.

"Fasa ini amat penting untuk melindungi petugas barisan hadapan kita dalam memerangi pandemik Covid-19. Fasa pertama program imunisasi ini dijadualkan tamat pada April," katanya ketika sidang media khas sebentar tadi.


Manakala bagi fasa kedua pula, Muhyiddin berkata ia akan membabitkan kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti Covid-19.

"Mereka ialah warga emas dan golongan rentan iaitu yang berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi. Golongan orang kelainan upaya (OKU) turut termasuk di dalam fasa ini.

"Sebanyak 9.4 juta orang dianggarkan akan menerima vaksin di bawah fasa kedua ini, yang akan berlangsung mulai April hingga Ogos 2021," katanya.

Bagi fasa ketiga pula, kata beliau, baki penerima vaksin adalah golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari bulan Mei 2021 hingga Februari 2022.

"Fasa ini penting untuk membentuk perlindungan kelompok atau herd immunity dan seterusnya mengawal pandemik ini secara menyeluruh.

"Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar, teratur serta memudahkan orang ramai, lebih 600 pusat simpanan yang juga pusat pemberian vaksin akan dibuka di seluruh negara.

"Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa supaya menggunakan pelbagai kemudahan termasuk fasiliti kesihatan awam dan swasta, stadium, pusat konvensyen, dewan orang ramai serta universiti sebagai pusat vaksinasi.

"Peruntukan di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan digunakan oleh Kerajaan untuk mengambilalih secara sementara dewan dan kemudahan yang lain bagi tujuan persediaan untuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan," katanya.

Beliau berkata, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini adalah program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan di negara ini.

"Justeru, saya menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menggembleng tenaga dan segala sumber yang ada bagi menjayakan program ini.

"Anda semua boleh bersama-sama menghulurkan bantuan sama ada dari aspek perubatan dan bukan perubatan, khususnya aspek pendidikan kesihatan di pusat-pusat vaksinasi bagi menjayakan program ini.

"We are all in this together, and only together can we win. Lindung diri, lindung semua," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 4-2-2021 05:06 PM
Ewww gilo ko mudin. Takut aku nak vaksin, side effect banyak vaksin pun belum tentu terbukti berkesan. Silap2 mati kojol
Quote songhara1226 4-2-2021 05:13 PM
Itzy replied at 4-2-2021 05:06 PM
Ewww gilo ko mudin. Takut aku nak vaksin, side effect banyak vaksin pun belum tentu terbukti berkesa ...

Iolls takut jarum
Quote sarah82 4-2-2021 05:22 PM
Tak vaksin.. Marah.. Bagi vaksin marah.. Pilihan kan?

Aku alahan.. Jadi aku rasa lambat lagi aku akan divaksin
Quote Belibis 4-2-2021 05:23 PM
Kalau tak wajib,aku taknak.bukan antivak tapi tahap yakin 10% jer.
Quote LadyCarefree 4-2-2021 05:25 PM
Edited by LadyCarefree at 4-2-2021 09:37 PM

Yiddin pleaselah bg sepital private buat juga. Hadoi. iols nk pilih vaksin mana dn iols nk cepat dapat.
Quote Beribear 4-2-2021 05:29 PM
Semoga nenek ku di lindungi.. Elok2 sihat kang tetiba sakit pulak sbb cucuk vaksin ni.  Mintak jauh
Quote notM 4-2-2021 05:48 PM
Suntik lah dulu Abahcow, Zahid Hamid, Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Hadi Awang dulu
Quote midori_katana 4-2-2021 05:51 PM
Akak percaya dan nak ambik vaksin.... rasa macam fasa ke-3 tu lambat sangat...
Quote aechae 4-2-2021 05:53 PM
Bercintaaa lh nk tggu turn kna vaksin nmpak nya...thn dpn bru nmpk harapan ni
Quote CiliPadiSedap 4-2-2021 05:57 PM
lazada takde alahan pula , vaksin ada alahan. hmm.
Quote Orix 4-2-2021 06:19 PM
LadyCarefree replied at 4-2-2021 05:25 PM
Yiddin pleaselah bg sepital private buat juga. Hadoi. iols nk lilih vaksin mana dn iols nk cepat dap ...

iols pun nak vaksin pfizer jah... lain2 takmo...
Quote GigaMom 4-2-2021 06:49 PM
Belibis: Kalau tak wajib,aku taknak.bukan antivak tapi tahap yakin 10% jer.

Same here
Bukan antivak
Tapi belum ada keyakinan dengan vaksin baru tu
Quote gigahertz 4-2-2021 07:33 PM
songhara1226: Iolls takut jarum

I takut jarum patah.
Xpun tetiba blackout
Xpun tetiba tercucuk kat punai i
Quote giyomi 4-2-2021 07:52 PM
akak bk antiwaksin tp akak is anti side effect. so selagi tak terbukti keberkesanannya, pls count me out. saja nak tanya yg bijak pandai di luar sana, incase something happen after taking this wak-sin, what option do we or waris can do?
Quote MontanaHannah 4-2-2021 08:31 PM
Orang bodoh sahaja yg suka diri dia divaksin .

Di cucuk cucuk serupa ayam.

Boleh bikin mandul vaksin nakharom itu semua.

nafsu seks pun xde

Quote notM 4-2-2021 08:42 PM
MontanaHannah replied at 4-2-2021 08:31 PM
Orang bodoh sahaja yg suka diri dia divaksin .

Di cucuk cucuk serupa ayam.


Makin takut la meols.......notM memang takut apa2 yg dimasukkan dlm badan
Quote watatakut 4-2-2021 08:47 PM
aku tak nak.. kalau datang aku lari masuk hutan
Quote biozipstar 4-2-2021 09:16 PM
janganlah bagi tester awal kt DG hisham. takut ada side effect. nanti siapa nak jaga malaysia.. hukhuk
Quote MontanaHannah 4-2-2021 09:16 PM
notM replied at 4-2-2021 08:42 PM
Makin takut la meols.......notM memang takut apa2 yg dimasukkan dlm badan

Aku pun xnak, yg lelaki nanti penis mati ataupun xde benih

yg perempuan  xdatang period ,xsubur

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.097441 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top