CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'SOP Tahun Baru Silap, Tarik Balik Dan Betulkan Cepat!' - Lian Ker

5-2-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5713| Komen: 37

“Seseorang telah melakukan kesilapan di sini. SOP ini mesti ditarik dan dibetulkan dengan cepat!”


Kredit foto: MalaysiaKini


Itu reaksi Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker mengenai prosedur operasi standard (SOP) kerajaan mengenai sambutan Tahun Baru Cina semalam.



Walaupun Naib Presiden MCA itu tidak memperincikan apa kesilapan dalam SOP dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara itu, namun ia ada kaitan dengan larangan keluarga pulang ke rumah untuk majlis makan besar.

Dalam SOP itu hanya membenarkan keluarga yang tinggal di dalam rumah yang sama sahaja untuk makan besar bersama.



Semalam, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan membenarkan aktiviti majlis ‘makan besar’ bersama keluarga serta upacara sembahyang di rumah dijalankan sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 11 dan 12 Februari depan.

Bagaimanapun, katanya, aktiviti persembahan dan kebudayaan seperti tarian singa, naga, perarakan tanglung dan chingay serta persembahan opera Cina tidak dibenarkan.

Peraturan hanya membenarkan ahli keluarga dalam satu rumah sahaja untuk makan besar menimbulkan persoalan kepada ramai pihak terutama parti pembangkang.

Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berkata, arahan itu seolah-olah untuk makan malam biasa sahaja dan bukan makan besar sempena Tahun Baru Cina.



1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 5-2-2021 11:50 AM
@bangcak tersenyum sinis
Quote underground 5-2-2021 11:51 AM
Ramai je umah suci beranak, anak tak menjadi+pemalas, jobless, duduk satu rumah ramai2, tunggu mak bapak mampus nak rebut harta.
Quote Kurex 5-2-2021 11:59 AM
Ngade           
Quote prettyuglybabe 5-2-2021 12:24 PM
kalau gomen tunduk pada sepet ni, sah la tak guna..
Quote putericahaya999 5-2-2021 12:26 PM
Orang melayu elok je taat aritu
Tahun ni belum tentu blh beraya lg
Quote merrissa 5-2-2021 12:28 PM
SOP...SOP....

rakyat perlu patuh SOP...SOP

monterik...suka hati terbang sana sini....pegang pisang goreng xpakai glove

patut buat jelaaa SOP khas untuk PAK MOTERIK ni je...nyampah aku
Quote c===8 5-2-2021 12:29 PM
time ni la konon nak kumpul anak beranak sepupu sepapat

selama ni time cny la lu org bercuti tempat lain
Quote AbukRokok 5-2-2021 12:42 PM
tukarlah sop eko kepada sop topedo
Quote Artemesiaa 5-2-2021 12:48 PM
Itulah yang dah diluahkan orang mereka yang dah merayakan hari raya, deepavali dan xmas sebelum ni.  Bising2 pun tak ada siapa nak peduli tetap kena ikut sop katanya.
Quote kurenblack 5-2-2021 12:52 PM
Oh tak bagi tau apa kesilapan. Mungkin lagi ketat kot. Dilarang makan besar sama sekali walau duduk serumah.
Quote JunkMail 5-2-2021 12:53 PM
Kalau gomen tukar SOP CNY ni memang sejenis batak laaa. Memang mengundang cercaan dan kompom tak dapat undi melayu.
Quote harkktuih 5-2-2021 12:57 PM
Tp mmg bongok pun SOP nya.. Boleh plak AKTIVITI ZIARAH HANYA UNTUK SEISI KELUARGA DALAM RUMAH YANG SAMA SAHAJA. ckp je lah ziarah tidak dibenarkan
Quote shuerin 5-2-2021 12:58 PM
kurenblack replied at 5-2-2021 12:52 PM
Oh tak bagi tau apa kesilapan. Mungkin lagi ketat kot. Dilarang makan besar sama sekali walau duduk  ...

klau dibuat mcm tu konfirm kna pijak beramai2 apek ni...

hero to zero terus...
Quote kurenblack 5-2-2021 01:31 PM
shuerin replied at 5-2-2021 12:58 PM
klau dibuat mcm tu konfirm kna pijak beramai2 apek ni...

hero to zero terus...

Ko tu timbalan menteri perpaduan tapi buat kenyataan di medsos membelakangkan pengumuman rasmi kerajaan. Apa guna duduk dalam kerajaan kalau tak boleh buat pembetulan dari dalam. Pijak saja la trojan horse mcm ni. Buat orang pecah belah lg ada
Quote nuralisa 5-2-2021 02:34 PM
senang2 tulih je lah..
"reunion dan aktiviti ziarah tidak di benarkan "

tak payah nak ada kecuali2 la...
Quote Suchi 5-2-2021 02:41 PM
Takyah la tukar sop nnt ummah melayu sibuk nak rentas gak jumpa kerabat depa.
Quote Nenolen 5-2-2021 02:48 PM
Aiyaaa...masa mkn besar bersiaran lansung ler...or video call dgn family yg lain...zaman teknologi maaa...norma baru maaa...angpau pun bole online transfer maaa...nnt dah abis pkp bole makan besar 2nd time maaa...raya 2 x maaa
Quote akusukaq 5-2-2021 03:07 PM
prettyuglybabe replied at 5-2-2021 12:24 PM
kalau gomen tunduk pada sepet ni, sah la tak guna..

Sah gomen ini akan dicemuh kerana tidak konsisten semacam flip flop  hilang kredibility
Quote cik_chili 5-2-2021 03:08 PM
Ok laa tu...kitorg raya pun ala kadar jer thun lpas...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.043979 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top