INDONESIA - Seorang wanita warga emas ditangkap penjual dan pengunjung sebuah pasar di Mandiraja, Banjarnegera, Jawa tengah kerana cuba menyeluk saku salah seorang penjual di pasar. Memetik Kompas.com, nenek itu kelihatan hanya terdiam pasrah ketika lehernya dicengkam dan dimaki hamun dengan bahasa kasar oleh seorang lelaki. Selain itu, tudungnya turut ditarik-tarik oleh orang ramai ditempat kejadian. Turut didengari suara teriakan dari seseorang yang mengatakan "pateni bae" (bunuh saja) kepada nenek tersebut.
Orang ramai yang berang kemudian mengarak nenek itu ke balai untuk membuat laporan polis. Menurut Pesuruhjaya polis Mandiraja, AKP Suyit Munandar, mengesahkan kejadian itu yang berlaku pada Sabtu lalu ketika pasar sibuk dengan aktiviti jual beli. Setelah disiasat, nenek itu pergi ke Mandiraja dengan menggunakan pengangkutan awam kerana dia buntu untuk mencari duit. "Mangsa adalah peniaga di Pasar Mandiraja, dia menyedari beg miliknya telah diseluk oleh pelaku dan mangsa terus menjerit," kata Suyit. Tambah pegawai polis itu lagi, nenek itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal semasa tiba di balai polis itu. Nenek itu mengaku dia memang cuba meragut dan dengan linangan air mata dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. "Mangsa sudah memaafkan dan tidak akan melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, ia diselesaikan secara baik, dia juga cuma hilang sebanyak Rp 100, 000 (RM28)," jelas AKP Suyit. Dengan keadaan pandemik COVID-19 ketika ini, nenek tersebut memberitahu dia mengalami kesempitan wang malah suami dan anaknya pula merantau ke luar bandar dan sudah lama tidak memberikan khabar berita. Walau bagaimanapun, nenek itu akhirnya dibenarkan pulang ke rumah tanpa sebarang dakwaan namun wajib hadir ke balai polis setiap hari Isnin dan Khamis untuk lapor diri (pengawasan) sehingga suatu masa yang ditentukan. Menurut AKP Savit, jika nenek tersebut hadir seperti yang dipinta, bantuan keperluan dan duit tambang akan diberikan. - CARI |
Cyempaka replied at 5-2-2021 06:44 PM
Macam dalam sinetron pulak. Rupanya yang dalam drama2 derang tu betul2 la berlaku kat sana. Ingatkan ...
ADVERTISEMENT