CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Pengantin Dan 17 Rakan Ditahan, Kompaun RM19 Ribu Langgar PKP

6-2-2021 02:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9374| Komen: 68



LANGKAWI, 5 Feb (Bernama) — Asyik merakam gambar kenangan secara berkumpulan berhampiran sebatang sungai, 19 individu termasuk satu pasangan pengantin ditahan polis dan dikenakan kompaun, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, ACP Shariman Ashari berkata anggotanya yang membuat rondaan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dipatuhi di sekitar kawasan perumahan di Ayer Hangat, telah mengesan kehadiran kumpulan berpakaian sedondon itu, kira-kira 6.30 petang.

“Semasa rondaan, anggota polis ternampak kumpulan tersebut yang terdiri daripada sepasang pengantin dan 17 individu termasuk pengiring pengantin (seorang lelaki, 16 perempuan) berada berhampiran sungai dan mengambil gambar beramai-ramai. Hasil siasatan mendapat mereka tinggal di kawasan perumahan tersebut serta ada yang datang daripada beberapa lokasi lain sekitar pulau ini,” katanya hari ini.


Shariman berkata anggotanya kemudian menahan mereka kerana berkumpul dan tidak mempunyai asas yang kukuh untuk keluar rumah.

Katanya, mereka yang berusia antara 17 hingga 28 tahun itu telah dibawa ke Balai Polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang sebelum dibebaskan.

Pada 28 Jan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan nikah, cerai serta rujuk dibenarkan seperti biasa mengikut SOP ditetapkan mulai Isnin (1 Feb) dan majlis akad nikah hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah.


Sumber: BERNAMA

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote notM 6-2-2021 02:42 AM
Boleh la denda tu tampung kos Muhyiddin pergi cikcur ke Indonesia
Quote iza_yuss 6-2-2021 02:43 AM
yg upload kat socmed tu, apa citer? tak kena saman jugak ke?
Quote KIM.K 6-2-2021 03:26 AM
Aku sekali sekala cium sabun. Sebab takut positif tapi tak bergejala

Pegi spital jumpa org kampung boleh plak diorg hulur tangan. Aduh..tersalam la sekali
Quote -electrifying- 6-2-2021 03:36 AM
terus achieve target "sales" la kan tuk bulan ni
Quote chinta89 6-2-2021 04:05 AM
Elisya sandha ape cte buat mjls even tmpt tertutup pun ramai jgk tu hadir siap buat video kat luar lg??? {:question
Quote salmon-suki 6-2-2021 04:22 AM
Ai nk padankan muka semua y kena denda dek kebodohan diri sendiri..n harap2 pihak berkuasa pn telus jgk yee..xkesah laa anak menteri ke,cucu cicit org ternama ke,tlg saman mereka kalau mereka lnggar sop..ingat,halal haram rezeki tu atas amanah y korg jalankan..tp wat to expect,ramai anggota pihak berkuasa ni mjn rasuah..so.....dah xkesah halal haram kan .
Quote cmf_premierleag 6-2-2021 04:37 AM
padan muka la kan
dah sah2 skang pkp lg dikkkk..bodoh ke dik?? ko sekolah tak?
selayaknyalah duit kome memasing terbang melayang
Quote edayildiz 6-2-2021 05:01 AM
adan uke
sdp2 dk bergmbr reramai..yg kita ni keluar umah sbb g keja jer..selain g opis topup mknn jer..kt ofis pun xbuka mask pdhl xramai pun masuk ofis sbb rmai wfh
punya la ikut sop tp hampeh jer org sekeliling..i hrp kwn i kena mcmni..
dh lama dia guna surat kerja balik kg time weekend..tp xpnh kena..
Quote asma87 6-2-2021 05:05 AM
Lainkali kawen dgn retis / anak vip/ anak politician...confirm ko bergambor ramai2 pon selamat
Quote LadyCarefree 6-2-2021 07:29 AM
Yg penting maklumat 1 lelaki 16 perempuan. Hehe
Quote helicornia 6-2-2021 07:45 AM
yg kawan2 tergedik2 nk bergambar sekali kenapa?iols rasa klu pengantin n fotografer je tkde la polis nk saman
Quote aechae 6-2-2021 07:57 AM
Ni siap video tiktok lg kn dh kna saman pn...
Korg tu muda2 lg ntah2 1k pn menggagau nk cari or pnjam mak ayah, x malu ke bbnu ni?
Quote sukacactus 6-2-2021 07:57 AM
Waktu2 gini pun gatal berbridesmaid bagai, ha mendapatlah!
Quote aechae 6-2-2021 07:59 AM
LadyCarefree replied at 6-2-2021 07:29 AM
Yg penting maklumat 1 lelaki 16 perempuan. Hehe

Nmpk x kemain fefeeling bride nya smpai 16 org bridesmaid dia ada...
Quote balakkampung 6-2-2021 08:13 AM
kunun nak hari bersejarah jadi kenangan yg paling abadi kan..memang abadi sangat kenangan perkahwinan ko dik..sampai tua ko akan ingat..yg pengiring tu sekali tak kan lupa..bayorrrr yer...
Quote Rob07 6-2-2021 08:15 AM
1 lelaki , 16 pompuan? ke aku salah baca
Quote kelapaparut 6-2-2021 08:16 AM
sesi fotografi yg plg mahal rm1000 sorang, tahinah la korang!
Quote jazaa100 6-2-2021 08:25 AM
mahal gmbar dorang .....
satu riboooo......
Quote Belibis 6-2-2021 09:09 AM
-electrifying-: terus achieve target "sales" la kan tuk bulan ni

Belummmmm..masih ada dua minggu lagi.

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.056006 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top