Agensi Perlindungan Pekerja Asing Indonesia (BP2MI) Nunukan, Kalimantan Utara meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan kawalan sempadan dengan Malaysia. Lapor Kompas.com, langkah itu dibuat susulan banyak kes melibatkan pekerja dari negara ini melarikan diri dari Malaysia dengan menggunakan jalan tikus di kawasan sempadan.
Ketua BP2MI Nunukan, Hotma Victor Sihombing berkata, kebanyakan pekerja yang melarikan diri akan menggunakan jalan di wilayah Krayon dan Pulau Sebatik yang menghubungkan kedua-dua negara. “Kita sudah mengendalikan tiga kes berkaitan pekerja Indonesia lari dari Malaysia. Mereka mengambil kesempatan di sempadan Krayan dan Sebatik untuk ke kampung halaman di Nunukan,” katanya. Menurut Victor, kes terakhir dikendalikan pihaknya melibatkan 11 pekerja yang berasal dari Bulukumba, Sulawesi Selatan pada hujung Januari lalu.
Katanya, mereka sanggup meredah hutan kelapa sawit dan mencari kenderaan menuju ke Krayan di Nunukan yang merupakan wilayah terdekat dengan Sarawak, Malaysia. Jelasnya, kebanyakan pekerja memilih laluan haram di kawasan sempadan adalah kerana ingin mengelak membayar kos ujian calitan Covid-19, menjalani kuarantin dan kehilangan kad pengenalan kerana dipegang majikan. “Sehubungan itu, kita meminta pasukan petugas khas Covid-19 mengetatkan pemeriksaan di kawasan sempadan kerana tidak mahu ada kluster import dari Malaysia,” ujarnya. Sumber: Utusan |
namieamuro replied at 6-2-2021 01:27 PM
so indon sini pon positive covid lps tu lari ke sane. yg tu lari nk balik. belum lg yg lain. sampai ...
spankee_fili replied at 6-2-2021 05:57 PM
Lahai sian
Yang kat forum ni beriya2 mengaku bangga keturunan indon, hebat segala2 berbanding Malay ...
ADVERTISEMENT