CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muka Seiras, Amy Nur Tinie Selalu Disalah Anggap Sebagai Puteri Aishah Dan Che Ta

8-2-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16576| Komen: 82

Barangkali nama Amy Nur Tinie Abdul Aziz tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang permodelan dan ratu cantik kerana sudah banyak kejayaan yang dikecapinya.

Gadis yang membahasakan dirinya dengan panggilan Tinie ini, sudah meraih pelbagai kejayaan antaranya gelaran Miss Malaysia Kebaya 2016, Juara Projek Bliss Bintang Bliss 2016, Juara Pencarian Ratu Festival Kerja Kahwin Utara 2015, 16 peserta akhir Miss Perak Tourism 2015, Juara KBJ Ratu Kebaya 2015, Pemenang Ngam Bersama Clean & Clear 2014, Pemenang Pencarian Model Festival Pengantin Taiping 2014, Pemenang kedua Dream Car Expo Model Search 2014 dan Juara Gadis Metro 2011.


Foto: IG

Bagaimanapun, kini Tinie turut menyerlah dalam kerjaya seninya sebagai hos program Tumit Tinggi dan Santai Jer untuk RTM.


Gadis berdarah kacukan Arab di sebelah bapa dengan ketinggian 173 sentimeter ini, mula melebarkan langkah dalam lakonan pula apabila terbabit membintangi filem 10 Tips Tipu Bini terbitan Rumah Produksi Merah milik Datuk Awie yang disiarkan menerusi Astro First sejak 7 Januari lalu.

Tinie, 25, berkata, dia gembira apabila dapat melangkah masuk ke dalam bidang lakonan, selepas aktif mengacara program TV.



"Ikutkan memang tiada keyakinan dalam lakonan kerana bakat saya lebih terarah kepada bidang pengacaraan dan model peragaan.

"Namun, kebetulan saya kenal dengan pengurus produksi filem ini. Dia minta saya cuba nasib datang uji bakat yang diadakan oleh pihak penerbit.

"Saya pergi dan tak letakkan harapan yang tinggi pun. Ini kerana, dalam fikiran tertanya-tanya bolehkah saya berlakon dengan baik?" katanya.



Ternyata rezeki menyebelahi Tinie apabila seminggu selepas itu dia mendapat jawapan diterima berlakon dalam filem berkenaan.

"Saya fikir positif sahaja, mungkin ini permulaan untuk cuba nasib dalam lakonan. Bila dah mula berlakon, saya rasa insya-Allah boleh buat.

"Cuma banyak lagi nak kena belajar untuk menghayati watak dan serlahkan bakat yang ada," katanya yang melakonkan watak Eisya, seorang pelajar pelatih dalam filem itu.

"Alhamdulillah, ada kesannya bila saya berlakon filem 10 Tips Tipu Bini terutama peningkatan pengikut di media sosial.




"Tawaran berlakon dengan produksi lain pun dah mula datang. Syukur alhamdulillah, saya juga baharu selesai penggambaran drama untuk TV AlHijrah dan selepas ini terbabit pula dalam satu telefilem dan hos program RTM.

"Saya orang baharu dan masih banyak kena belajar. Namun, saya bersyukur kerana penerimaan peminat kini sangat bagus dan di luar jangka.

"Paling penting, mereka dapat faham watak saya sebagai 'gadis blur' dalam filem itu. Saya jadi budak muda 'intern' yang ada rupa tapi macam lambat nak menangkap sesuatu maksud.



"Ia amat penting, kerana apabila berlakon kita nak sampaikan watak supaya diterima. Bila dapat maklum balas yang bagus, saya dikira berjaya," katanya yang turut membintangi drama Mak Abang Nak Kahwin dan filem Sue On.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Begitulah juga dengan rezeki diperoleh Tinie yang mana, bakat lakonannya kini menyerlah 'sekelip mata'.

Meski dia sering disalah anggap sebagai pelakon Puteri Aishah dan Rozita Che Wan kerana memiliki iras wajah sama, setakat ini Tinie pernah melakonkan beberapa watak sebagai percubaannya iaitu 'gadis blur', pontianak dan wanita kepoh.

Apapun, dia kini teruja akan melakonkan watak antagonis dalam satu lagi filem terbaharunya akan datang.




"Bagi saya, setiap watak ada cabarannya sendiri. Kalau diberi peluang saya teringin nak berlakon pelbagai genre filem atau drama aksi.

"Bagaimanapun kalau nak lebih cepat dikenali, memegang watak antagonis adalah salah satu caranya. Saya tidak menolak, jika terus diberikan watak sebegini.

"Selalunya yang kerap dibenci dan dikecam itu yang cepat dikenali. Tapi, biarlah dengan cara yang betul," katanya yang mempunyai sikap 'happy go lucky' dan ramah berbicara. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jiddin 8-2-2021 09:42 AM
Ye la! Wow....mmg mcm mix P Aishah dan RCW. Honestly, aku buka nak bacs thread ni dgn sceptical. Bila tgk gambaq Amy ni, mcm blown away pulak jadinya
Quote kikuri 8-2-2021 09:45 AM
cantiknya oiii...
Quote fadz84 8-2-2021 09:46 AM
Owh ni Miss Eco International 2019 kn (mula2 dpt 4th runner up pastu jadi juara lps kemenangan juara ditarik balik & Miss Philippines tolak untuk jd juara).
Quote bottombikini 8-2-2021 09:47 AM
cantiknye dia..

tapi menyeksi
takde beza dgn si sopia
Quote nanasno 8-2-2021 09:50 AM
lebih kepada muka puteri aisyah. tapi muka dia lembut sikit. tinggi nyaa sheolsss. teringin jadi tinggi tapi apakan daya iols membesar setakat 160cm sajo.
Quote papadomku 8-2-2021 09:50 AM
cantiknyaaa la hai
Quote Boomibulat 8-2-2021 09:50 AM
Cmana boleh disalah anggap sbg Che Ta pulak..
Quote sarah82 8-2-2021 09:55 AM
Aku rasa dia lagi cantik.
Quote Kurex 8-2-2021 09:56 AM
Ohhhhhh penting tau gosip ni.. iols nak screenshot, takut terlupa utk hari mendatang
Quote doubleA 8-2-2021 10:09 AM
Whoareyussss

Tapi all the best la ya, walaupun iols tak kenal. Cun boleh la jadi talent mv, lesson learnt toksah la hadap talent psycho
Quote Nnasda53 8-2-2021 10:10 AM
cantik dia ni.
Quote mummydarling 8-2-2021 10:11 AM
comel tapi kadang2 nampak tua pulak..
Quote deebiz14 8-2-2021 10:12 AM
Penah tgk kat tv. Tinggi, cantek ... tapi petak melebar sangat mukanya.

Tang petak tu cam Puteri Aisyah.... tang make-up dan anggun tu cam CheTa.
Quote mieymiey 8-2-2021 10:20 AM
Muka petak dia sama dengan Puteri Aishah.
Quote MontanaHannah 8-2-2021 10:31 AM
Mengarutnya sekor sekor forummer yg kata minah senget ni lawa


xtengok ke dia  filter mata smapai tumbuh awam dengan petir nak bagi nampak kesan comel ...nakharom


xde lawa minah ni

sejenis minah try hard sungguh sungguh nak goda jantan  

murahan ,picisan dan  sengkek
Quote nanies 8-2-2021 10:38 AM
hahahahhaa tak kenal. banyak nau bbnu - sendu skrg ni
Quote rayna_raynes 8-2-2021 10:39 AM
dia ni cantik tp kena buang imej rempit. muka comel dah
Quote Buritan 8-2-2021 11:17 AM
nanasno replied at 8-2-2021 09:50 AM
lebih kepada muka puteri aisyah. tapi muka dia lembut sikit. tinggi nyaa sheolsss. teringin jadi tin ...

Eloklaa tak brp cantik dan tak brp tinggi.. senang nak berjln.. cantik sgt kangg dirogol di indon.. cthnya kucing lawa.. asyik kena kidnap je.. kucing kurap kucing kg warme itam tompok tompok jln laa mana pun.. tadak sape mau..
Quote sofyayra 8-2-2021 11:21 AM
Kuingatkan si aleya zailan td

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038063 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top