Seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditemui mati di dalam tong simpanan di bilik bawah tanah kediaman keluarganya. Kanak-kanak itu didapati kelaparan dan mengalami dehidrasi.
Roman Lopez ditemui mati di Placerville, California di Amerika Syarikat (AS), pada Januari 2020 ketika serbuan polis dilakukan. Laporan bedah siasat memperincikan keadaan fizikal mangsa yang mengerikan, dan polis dilaporkan mendakwa ibu tiri mangsa meletakkan racun di dalam air minumannya, Polis Placerville mengesahkan Lindsey Piper, 38, dan bapa mangsa, Jordan Piper, 36, ditahan dan didakwa melakukan penderaan dan penyeksaan terhadap kanak-kanak itu.
Menurut laporan Crime Online, Lindsey juga didakwa kerana meracun mangsa. Sementara itu, Jordan yang merupakan bapa kandung mangsa turut berdepan pertuduhan kerana gagal menyediakan perlindungan untuk anak. -CARI Sumber: mStar Online/ Daily Star
|
Artemesiaa replied at 8-2-2021 12:07 PM
Sama je kesnya walau dimana pun atas dunia ni tetap si anak selalu jadi mangsa
ADVERTISEMENT