CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Jarang Kongsi Gambar Anak Tiri, Mawar Rashid Minta Netizen Jangan Menggelabah Sangat!

8-2-2021 01:03 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3135| Komen: 8|Original author: Oleh: Saiful

Gambar yang dikongsi oleh Mawar Rashid baru-baru ini telah mengundang pertanyaan segelintir netizen.

Susulan itu Mawar telah memuat naik paparan skrin komen netizen yang mempersoalkan kenapa dia jarang berkongsi gambar bersama dua orang anak tirinya.


Kata Mawar dia tak pernah mengetepikan anak tirinya yang kini menetap bersama ibu mereka.

Foto: IG

"Saya terima beberapa komen kata kenapa tak post Rayyan dan Raysaa. Ni jawapan dia, pertama mereka duduk dengan mak mereka. Jadi, mereka tak ada kat rumah saya.

"Kalau setiap waktu mereka kat rumah kami, sudah tentu kami akan masukkan mereka. Ingat saya dan Raf ni, mak bapa yang kejam ke tak nak masukkan anak yang lain.


"Kedua, saya pun tak nak post banyak-banyak atau lebih-lebih. Saya tak perlu jelaskan perkara itu," jelasnya menerusi IG Story.


Foto: via mStar Online

Sementara itu Mawar juga berkongsi paparan skrin mesej positif daripada netizen yang memintanya mengabaikan sahaja perkara tersebut.

Bukan itu sahaja, Mawar juga menegaskan yang dia tak perlu memberi penjelasan untuk membuktikan kasih sayangnya.


"Apa-apa pun, saya tak perlu beritahu anda semua apa-apa tentang sayang saya terhadap keluarga saya, janji saya bahagia dengan kehidupan saya dengan suami dan anak-anak.

"Saya sayang mereka. Allah saja yang tahu. Jadi, tolong jangan nak menggelabah sangat. Bukannya tak post langsung gambar berenam. Cuba scroll bawah kat IG saya, jangan fitnah la!



"Cukup-cukup buat dosa. Jangan nak cepat hukum seorang ibu tiri. Besar pahala mak tiri ini... tolong besarkan, mendidik anak-anak sedangkan orang di luar sana mencaci.

"Besar pahala mak-mak tiri ini. Jangan risau mommies, saya bersama anda. Saya okey, gembira sebab Allah kan ada. Saya tak perlu bukti kepada sesiapa pun." -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 8-2-2021 01:23 PM
Tu pun nak bukak benang ke? Kau dgn -98 sama je level paling bawah
Quote tagas 8-2-2021 01:58 PM
Reporter sampah news pun sampah
Quote Mulotkoyak 8-2-2021 02:29 PM
Laaa.. Bitter bebenor makcik oiii.. Ingat kisah due dera anak tiri ke ape.. Setakat gambar je ke... Garu tetek je la nyah oiii
Quote missyL 8-2-2021 03:00 PM
I nmpk komen farahdonut tu xde la kecam die pn..
Just komen bese je...
Postpartum kot mawar nie..
Jgn la hadap sgt socmed...
Quote Thunderclouds 8-2-2021 06:46 PM
Mak kandung hidup lg kottt...bior ler budak2 tu..kang tiap2 kali menempel kt socmed kate minah ni try hard pulerk. Acah2 hepi family.
Quote TerataiMelur02 8-2-2021 07:07 PM
Ni je story seorang pemenang pelakon filem wanita aabp?
Quote lampor 8-2-2021 07:23 PM
Oo baru tau raf tu sebelum kawin dgn mawar gst ni duda anak 2. Tp x tau kenapa aku tetap x berapa gemor raf and fazley.... Unsur2 kepoyoan tu jelas terpancar di wajah... Hahaha.. maybe depan2 ok kot
Quote K_Lily 8-2-2021 07:30 PM
Bukan dia jaga pun anak tirinya. Duduk dengan mak diorangkan. Tak yah share lagi bagus sebenarnya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.029709 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top