CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Kenal Seluruh Keluarga, Azrel Ismail Tak Pernah Masam Muka Dengan Ruhainies

8-2-2021 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3687| Komen: 9

Pelakon Azrel Ismail, 37, mengakui dia masih menjalin hubungan baik dengan pelakon Ruhainies dan tidak pernah sesekali bermasam muka kerana mereka kekal bersahabat.

Menurut Azrel, tidak ada sebab untuk dia marah atau putus sahabat dengan Ruhainies berikutan gosip cinta yang pernah mengaitkan mereka dahulu.


Foto: IG
"Saya dan Ruhainies, kami masih bersahabat baik. Lagi pun, kisah dahulu itu hanya gosip sahaja. Jadi, buat apalah sampai nak simpan dalam hati hingga putus sahabat kerana itu.

"Bagi saya, kena profesional dan matang. Ditambah, industri hiburan di Malaysia ini pun tidaklah besar dan rugi kalau kita bergaduh atau bermasam muka. Untuk saya, kami tidak pernah bermasalah," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Azrel, selain Ruhainies, dia juga berkawan baik dengan kakak pelakon itu, Nur Risteena termasuk mengenali keluarga mereka. Katanya, dia juga lebih selesa mengekal hubungan baik dengan semua orang.



"Saya sukakan persekitaran kehidupan yang positif. Justeru, saya akan pastikan sentiasa berkomunikasi sebaik mungkin dengan semua orang. Saya memang elak mencari musuh.

"Malah, saya juga tiada masalah untuk bekerjasama lagi dengan Ruhainies dalam drama. Sekiranya, watak sesuai dan jalan cerita pun okay, saya terima. Bagi saya, setiap tawaran berlakon itu adalah rezeki," katanya.

Azrel yang lali dengan gosip percintaan berkata ia lumrah bagi insan seni sepertinya. Apa pun, hingga kini dia masih solo dan belum bertemu calon kekasih lagi. Katanya, pada ketika Covid-19 ini ramai orang terjejas pendapatan.



"Ekonomi saya belum cukup kukuh dan stabil. Jika nak berumah tangga, saya perlu pastikan sudah ada aset yang cukup buat keluarga. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga agak besar.

"Buat masa ini, saya masih lagi perlu berusaha untuk kukuhkan ekonomi sendiri. Saya mahu fokus dahulu pada kerjaya kerana urusan jodoh ini ketentuan Allah. Dah sampai masa, pasti ada," katanya.

Mengenai kerjaya lakonanannya, Azrel kini muncul dengan drama Melastik Ke Hatimu di TV3. Selain itu, dia juga membintang drama Halim Halimah termasuk satu filem berjudul Biko. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 8-2-2021 04:00 PM
@Kurex kemut!!!!
Quote mieymiey 8-2-2021 04:10 PM
Asal boleh nak kaitkan dengan si kemut.
Ingatkan si sepol yang bukak benang
Quote little_sis 8-2-2021 04:15 PM
37 ke umur si azrel ni.. mcm penah baca stil 20an, ke aku silap
Quote Mulotkoyak 8-2-2021 04:22 PM
Muke die ni dh ok... Tp sayang badan die rupe buah tembikai susu.. Bulat bulat kecik gitchu... Rohani ni pun bkn pandai berlakon pun kn... Ak tgk semua citer yg die berlakon abih sendu....
Quote slyfynx 8-2-2021 04:46 PM
Ade aje berita kemut ni.
Mane berita kangkang bersawang adik beradik?
X up lg ke?
Jering ke
Quote irvene 8-2-2021 05:07 PM
aku rasa dia dah putus dgn bf londong dia. ko boleh la try dia balik. tu pun kalau dia nak la
Quote Zeatyisaac 8-2-2021 05:08 PM
Ingatkan dia bekas pakwe Zara Zya
Quote kiyudi 8-2-2021 05:22 PM
Zeatyisaac replied at 8-2-2021 05:08 PM
Ingatkan dia bekas pakwe Zara Zya

iolsss pn slalu tertukar dia ngan ex tunang zara zya tuh..apa nama th...hafrezz ke apa..

yg muka jerawat batu tuh....


Quote Kurex 8-2-2021 05:29 PM
Apa sumbangan kau hah pompuan? Bakat langsung takde ditambah pulak muka tua. Cerita pasal kau asyik jantan sampai sudah tu tanda kau takde apa2 yg boleh dibanggakan. Nk bukak cerita pasal hasil kerja, apa sgt drama yg kau berlakon, tak diingati. Silap2 orang tak kenal kau sape. Reporter bodoh pemalas je yg bukak benang pasal kau utk nama kau diingati padahal nama kau langsung tak disebut marhaen. Sama dgn akak kau yg nampak lagi tua persis pompuan 50an. Memang korang adik beradik tersangkak tak berbakat cerita jantan utk kekal relevan. Padahal tahap sampah je korang ni. Lagi satu, melvins yg sama taraf sampahnya dgn kau. Melvins mokluuuuu!!! Muka berkerak tua sebelum usia perangai pprt berangan nak nama urban. Puihhhh dgn korang! Sama busuk dgn -98, busuk, hancing, jijik!!! Puihhhhh

Bodoh punya reput tak reti beza apa tu gosip dgn cerita sampah! Tak payah la bukak benang pasal benda remeh mcm ni. Dah la kau jugak bukak benang pasal fida msg mamat lagi, isu sama utk reti berbeza. Apa hinanya idea kau ni?! Takde akal fikiran ke nak bukak benang gosip? Kau tu kan wartawan, kau mesti ramai member dari industry hiburan, lepas tu tanya la member kau cerita luar dalam artis, bodoh! Tapi sebab kau genh sepol & mal, aku tak terkejut la kau jenis pemalas mcm dorang.

Puih dekat muka artis sangkak, reput pemalas & -98! Puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh biar muka korang busuk! Selayaknya utk korang yg luar dalam busuk!

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.032764 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top