Pengumuman kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sehingga 18 Februari ini nyata memberi kesan kepada peniaga kecil.
Begitu jugalah kisahnya dengan sepasang suami isteri ini apabila kedai makan yang diusahakan mereka sepi tanpa pelanggan sejak tiga minggu lalu. "Sedih tengok husband risau sales kedai makan dia makin kurang since Covid ni. Start PKP 2.0 ni lagi kurang customer. Area Ipoh yang nak makan tomyam dan western boleh datang Din Bukit," demikian ciapan si isteri di Twitter sehingga meraih 13,500 retweet. Ketika berkongsi cerita dengan mStar, suaminya, Muhammad Shazuwan Shamsuddin berkata, jualan kedai makan yang diambil alih daripada ibu bapanya sejak tahun lalu, merosot lantaran kekurangan pelanggan.
Malah dedah Shauzwan, ada ketika kedai makannya dikunjungi kurang daripada lima pelanggan sepanjang waktu operasi dibuka bermula 3 petang hingga 10 malam. "Tak boleh nak digambarkan rasa ketika itu... bayangkan buka kedai berjam-jam tapi pelanggan sikit je. Sejak PKP dikuatkuasa 13 Januari lalu, memang slow sangat. "Selepas isteri saya post dekat Twitter minggu lalu, Alhamdulillah boleh dikatakan keadaan bertambah okay. Walaupun slow tapi sedikit sebanyak ia lebih baik daripada sebelumnya. "Ada yang pesan untuk COD, ada pelanggan datang ke kedai selepas posting tu viral. Kami mengagak mereka dapat tahu daripada Twitter. Untuk COD, saya boleh hantar ke kawasan yang dekat-dekat sekitar Klebang dan Ipoh saja. "Untuk kawasan yang sedikit jauh, saya tak dapat COD. Sebab kami masih tiada pekerja. Sekarang ni hanya saya, isteri dan ibu bapa saja kerja. Ramai cadangkan untuk guna Foodpanda... buat masa sekarang masih dalam proses. Mudah-mudahan lepas dah selesai, permintaan pesanan meningkat," katanya. Bercerita lebih lanjut, Shazuwan berkata ini merupakan ujian kali kedua dilaluinya sejak kerajaan menguatkuasakan PKP, Mac tahun lalu. Namun ujarnya, ujian kali ini dirasakan sedikit mencabar memandangkan dia baru saja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu. "Selepas tamat degree tahun lalu, saya ambil alih kedai makan ini daripada ibu dan bapa. Tapi ngam-ngam saja saya ambil alih, terus PKP. Masa tu PKP pun lama hingga Jun. Memang slow sangat sales masa tu. "Kami pun cuti berniaga selama kira-kira empat bulan. Baru je mula berniaga semula, kerajaan umum PKP 2.0 pula. Tipulah kalau tak rasa nak putus asa. Lagi-lagi pula baru kahwin dan nak bina kehidupan. "Tapi kami suami isteri tak mahu duduk saja... kami jual burger naik motor sekitar Klebang dan Ipoh waktu tengah hari. Kami buat dalam 15 hingga 20 biji. Alhamdulillah, jualan selalu habis... cuma ada juga tiga jam pusing baru habis," katanya lagi. Tidak menyangka posting isterinya,Nurul Ain Assyikin Mohd Dzulkefly tular di Twitter, Shazwan berkata dia begitu terharu dengan maklum balas positif daripada netizen yang disifatkannya terlalu baik. "Ramai yang order, ramai juga bagi kata-kata semangat serta cadangan. Terima kasih banyak-banyak. Rakyat Malaysia ni sangat baik hati. "Saya tahu bukan saya seorang yang terkesan, ramai lagi alami nasib yang sama. Apa yang boleh saya katakan, janganlah kita putus asa dalam mencari rezeki. Teruskan saja... insyaAllah ada rezekinya nanti," katanya lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
prettyuglybabe: sedap ke tak sedap makanannya?kalau sedap sure akan dapat sambutan..kalau tak sedap, memang la agak sunyi sepi..tak ada return customer..
r_innalif: Kedai ni dh lama dah. Port pn cantik atas bukit kecik je tepi jln. Bersih plak tu. Tp sjak tkang msk Thai balik x dtg dh kot menu dia bkurangan. Mcm d ...
ADVERTISEMENT