Malaysia tidak perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika rakyat patuh sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP). Pengasas AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, pematuhan SOP terbukti berkesan membendung Covid-19 tanpa perlu kerajaan mengenakan PKP seperti ketika ini.
Jelas Fernandes, Korea Selatan membuktikan pematuhan SOP dan pengamalan norma baharu sudah memadai untuk membendung Covid-19 tanpa rakyat perlu dikenakan PKP. “Ramai yang merungut tetapi kita mampu memainkan peranan kita. Lihat sahaja Korea tiada perintah berkurung kerana rakyatnya patuh pada arahan. “Jika setiap daripada kita mencuci tangan, jaga penjarakan fizikal dan mengehadkan perhimpunan besar, kita mampu menanganinya,” katanya di media sosial, hari ini. PKP 2.0 disambung lagi buat kali kedua selepas pertama kali dikuatkuasakan pada 13 Januari lalu.
Berkuatkuasa sehingga 18 Februari, PKP 2.0 menyaksikan lebih banyak industri dibenarkan beroperasi dan gagal menurunkan jumlah jangkitan harian Covid-19. Sementara itu, Fernandes berkata beliau membantah pelaksanaan PKP penuh dan ia tidak perlu dijalankan jika semua pihak memainkan peranan masing-masing. “Saya fikir sudah tiba masanya kita melayan pekerja asing dengan adil dan melakukan reformasi penjara. “Bertahun kempen ini dibuat terutama terhadap pekerja asing. Ramai yang sudah membuat aduan,” katanya lagi. Sumber: ProjekMM |
Skuau replied at 8-2-2021 06:32 PM
melayan warga asing secara adil??? Kena mula dulu dgn warga asing tu sendiri....Jgn msk secara HARAM ...
ADVERTISEMENT