CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Tempoh pemerhatian menteri pulang dari luar negara dikurangkan kepada 3 hari

8-2-2021 11:52 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2270| Komen: 16




KUALA LUMPUR: Tempoh pemerhatian bagi menteri yang pulang dari mana-mana lawatan rasmi luar negara dikurangkan daripada 10 hari kepada tiga hari, berkuat kuasa esok.

Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 2 Februari dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba itu disiarkan dalam portal rasmi e-Warta Persekutuan hari ini.

Dokumen pewartaan tersebut yang bertajuk ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021’ berkuatkuasa pada Selasa, 9 Februari hingga 1 Ogos ini.

Perintah itu menyebut, Dr Adham mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.



Syarat pengecualian akta dalam perintah tersebut juga menyebut menteri Kabinet yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

Untuk rekod, Seksyen 15 (1) akta tersebut memperuntukkan seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.



Sumber : Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 8-2-2021 11:56 PM
Curlasttt menteri PN low risk utk covid berbanding rakyat marhaen x perlu incubation period 14 hari, 3 hari jah covid dah mampus dlm badan muntri.... ini lah gomen yg ahlinya terdiri dari parti isele semalaya isele itu adil kihkihkih dasar penonggang
Quote merrissa 9-2-2021 01:38 AM
menteri dashyat kalis covid...giler

ikut gaji kot covid serang
Quote prettyuglybabe 9-2-2021 02:51 AM
semoga semua m****** kena covid and mampus...
Quote Nana_Man 9-2-2021 07:14 AM
HAHAHAHA!!! Jokers!!!
Eh kalau gitu, msian workers yg balik dari spore takyah quarantine lah....
Quote sawi_bayam 9-2-2021 07:51 AM
Mengundang makian nerakazen sangat! Moteeep 3 hari je? Rakyat pulak dikurung. Puih menteri
Quote Belibis 9-2-2021 08:23 AM
Ya lah..ya laah.menteri kerja untuk rakyat,tak boleh cuti lama2. Rakyat kerja untuk anak bini jer,biar kebulur pun takpe.
Quote Normabaru 9-2-2021 08:27 AM
Di pagi hari selasa yang xberapa nak bahagia ni kaka nk doakan semua menteri yang tamak haloba ni kehilangan orang tersayang disebabkan covid..

Mohon semua aminkan doa kaka.. Kita semua ni ditindas dan dianiaya oleh kaum kita sendiri yang jakun dapat jawatan

Kabinet paling besar tp kabinet paling xguna selepas PH..

Pfftt
Quote card_reader 9-2-2021 08:31 AM
makin lama makin menjadi2 double standard kerajaan PN nie
Quote kasibiman 9-2-2021 08:33 AM
Kebangangan dan kebangsatan apakah ini?

Fucking dumbass.
Quote notM 9-2-2021 08:52 AM
Sebab deyols mampu beli supplement Mahal2 kot
Quote rosasen 9-2-2021 09:12 AM
dia ulang lagi sama mcm menteri blk dr PRN sabah aritu..
Quote Abahmung 9-2-2021 09:43 AM
Edited by Abahmung at 9-2-2021 09:52 AM

Menteri hanya kuarantin tiga hari, Covid-19 ‘takut’ serang menteri?
Oleh FAZLI RADZIFebruary 8, 2021 11:41 pm 0


Jika tempoh kuarantin wajib 10 hari berdasarkan laporan saintifik semasa, entah atas hujah apa untuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melonggarkan prosedur itu untuk menteri.

Berkuatkuasa esok 9 Februari, jemaah menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari seperti ditetapkan sejak 14 Disember 2020.

Menerusi Warta Persekutuan hari ini yang ditandatangani Adham, kira-kira 70 orang menteri dan timbalan menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) menikmati kelonggaran tempoh kuarantin.


Perintah “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” itu menyatakan: “Menteri (Dr Adham Baba) mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian seksyen 15 Akta.

Ini merujuk kepada Akta (342) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.”

Seksyen 15 akta tersebut memperuntukkan: “Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan supaya mana-mana kontak menjalani pemerhatian di mana-mana tempat dan bagi apa-apa tempoh yang difikirkannya patut, atau menjalani pengawasan sehingga dia boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.”

Syarat pengecualian Akta 342 dalam perintah Adham juga menyebut, “Jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau menjalani pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.”

Perintah Adham itu muncul selepas 30 ahli politik termasuk menteri dijangkiti Covid-19 sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September 2020.


Kes jangkitan Covid-19 di Sabah kemudiannya merebak ke Semenanjung ekoran pendirian Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang beberapa kali menyatakan tidak perlu kuarantin untuk mereka yang pulang dari Sabah.

Akibatnya, negara terus bertarung dengan gelombang ketiga wabak Covid-19 yang telah mencatatkan 245,552 kes positif dan mengorbankan 896 orang setakat hari ini.
Quote nisako 9-2-2021 10:25 AM
3 hari je........ amboi double standard sungguh
Quote mamajawie 9-2-2021 11:53 AM
bodoh la ko anjerrr
Quote Artemesiaa 9-2-2021 01:01 PM
Nasib dia tak umum tak perlu kuarantin, ni umum tiga hari kuarantin pun ramai dah bising
Quote Jemahjemah 10-2-2021 01:39 AM
Kenapa eh org masih sokong dia ni. Byk menyusahkan rakyat. Kesian dr noor hisham nak kena bersihkan taik si baba ni buat

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 0.057600 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top