CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bergurau Jadi Jue Aziz, Wanita Berniqab Teruk Dikecam

9-2-2021 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7971| Komen: 21

Gara-gara mendakwa dirinya memiliki wajah hampir sama dengan pelakon Jue Aziz, seorang wanita berniqab teruk dikecam netizen.

Dalam satu video tular, dia yang melayan guaraun seorang pekerja, kononnya sedang ditemubual sebagai pelakon itu tidak menyangka akan menerima reaksi negatif di media sosial selepas ia tersebar.


Menurut ahli perniagaan dikenali sebagai Nur Nazirah Aleeya itu, dia terkejut apabila video berkenan dikongsi di Twitter sehingga menyebabkan dia menggigil ketakutan.


Foto: mStar Online

"Ia merupakan gurauan antara saya sebagai majikan dengan staf saya. Jujur cakap tiada pertalian darah langsung dengan Jue Aziz.

"Cumanya saya biasa terima usikan staf yang memanggil saya Jue Aziz, saya layankan saja staf saya, Sarah yang rakam video berkenaan.

"Dialog pun spontan saja, sebab dah biasa kena paksa berlakon dengan staf. Sarah maklumkan video gurauan kami viral dan nasihatkan saya jangan tengok komen.

"Senyap-senyap saya siasat, MasyaAllah menggigil satu badan dibuatnya, rasa nak pitam," ujarnya yang mesra disapa Nur.

Tambah Nur, tiada apa yang perlu dirisaukan netizen memandangkan dia suka bergurau dengan pekerjanya sebagai salah satu cara untuk menghilangkan tekanan.

"Kita pun kadang-kadang kerja stres, jadi layankan saja.

"Dengan staf, ada masa perlu serius, ada masa layan mereka seperti sahabat," jelasnya.



Menurut wanita itu lagi, dia sedih apabila pemakaian Islamiknya turut menjadi bahan kritikan netizen.

Malah, ada individu di Twitter yang memberi komen kononnya dia berniqab sekadar mengikut trend semata-mata.

"Paling sedih sekali part tak pakai stokin walhal berniqab. Saya pakai stokin cuma warna skin colour.

"Mungkin juga saya baru sebulan dua berniqab jadi niatnya nak bergurau," jelasnya lagi.


Nur, Foto: mStar Online

Menerusi posting di Instagram, Nur turut membuat permohonan maaf kepada pelakon itu atas kekeliruan yang timbul.

"Saya bukanlah pelakon Jue Aziz. Ada juga yang kata macam Datin Seri Zizie Ezette. Cantik sangat tu.

"Apa pun saya nak minta maaf kepada Jue Aziz atau sesiapa saja yang tersinggung dengan gurauan kami.


Foto: Jue Aziz

"Yang baik datang dari Allah dan yang buruk datang dari diri saya sendiri," jelasnya lagi.

Jelas Nur lagi, dia juga dihujani banyak mesej dan panggilan daripada kenalan dan keluarga sejurus video itu tular di Twitter.

Sehingga kini, video pendek itu menerima hampir 15,000 tontonan di Twitter. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Rob07


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 9-2-2021 12:05 PM
Dah tu sume nk post harap kn viral.. Mendapat lah
Quote bungarose 9-2-2021 12:07 PM
Muka tak wajib tutup
Kaki ko tu wajib tutup
Quote cruz2 9-2-2021 12:08 PM
Iras ke?cer letak bukti yg org dok samakan hang dgn jue aziz dan zizie ezette tu.ni mcm tuan empunya diri jah ss
Quote JalaEmas 9-2-2021 12:14 PM
poyo nye.. tak skg ni mane yg same nye shiel..
Quote mieymiey 9-2-2021 12:25 PM
Gambar tu nampak runcing wajahnya. Dalam video tu, iols ingatkan orang yang berbeza.
Quote shuerin 9-2-2021 12:27 PM
jue aziz apa cerita skrg ye...

tadi pn mcm tetiba terigt psl dia
Quote Manjahati 9-2-2021 12:35 PM
Poyo sesangat ni
Quote wak_pijah 9-2-2021 12:37 PM
Lawanya jue aziz, sex bomb sangat.
Quote stinger.baik 9-2-2021 01:03 PM
tak padan ngn gemuk

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Nenasketum 9-2-2021 01:29 PM
Gelang, jam, cincin sarat barat tu yang tak menahan. Produk sampah sarap mana plak ni
Quote minguk 9-2-2021 02:22 PM
set-set niqab. emmmmm
Quote jijilaaa 9-2-2021 03:56 PM
jue aziz terlebih makan ada lah..jauh beza, nangis tepi bucu katil jue aziz bila dia disamakan dgn si gemok ni...hahaha
Quote whadda 9-2-2021 06:04 PM
Kembang je.. jauh beno ngan jue aziz.. tp suara ade la akan2 sama
Quote kikiharris 9-2-2021 06:08 PM
Jue aziz tu pakai baju kurung pun sexy..
Sorrylah sis..cuba lagik lah ya.
Tak sama lsg
Quote grouper 9-2-2021 06:20 PM
Jual produk apa..nk beli ni
Quote jfq 9-2-2021 06:24 PM
Berniqab tp overnya makeup
Quote mistified 9-2-2021 06:26 PM
Pakai niqab tp mekap mata sekati. What's the point.
Quote lattehazelnut 9-2-2021 06:33 PM
Knp netizen suka viralkan vid bodo
Kompen dia nk viral produk timbang kilo dia..
lepas tu acah2 kne aniaya dgn netizen..
Quote biozipstar 9-2-2021 11:02 PM
viral 15minit for fame

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.105232 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top