CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Cedera Diseret Kereta Suami Yang Sedang Cuba Larikan Bayi Sendiri

9-2-2021 12:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2471| Komen: 9

Dungun: Suri rumah cedera di muka dan badan selepas diseret kenderaan dipandu suaminya dalam kejadian di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 32 tahun sebelum itu cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan berusia 32 tahun yang melarikan anak lelaki mereka berusia 14 bulan.


Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 11.30 pagi ketika mangsa berada di rumah bersama anak lelakinya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang menaiki Proton Exora.


Gambar Hiasan, Foto: NST

Menurutnya, suspek kemudiannya membawa bayi mereka masuk ke dalam kenderaannya sebelum cuba keluar dari kawasan rumah berkenaan.

"Mangsa segera menghalang tindakan suspek dengan mengetuk cermin pintu kenderaan namun tidak diendahkan suspek yang terus memecut.

"Akibat tindakan itu, mangsa yang terseret luka di pipi, sakit di bahu, luka di jari kelingking serta jari hantu dan luka di kedua-dua lututnya.

"Kejadian yang berlaku di hadapan rumah mangsa turut disaksikan abangnya yang secara kebetulan turut berada di lokasi kejadian," katanya.

Baharudin berkata, pasangan terbabit dalam proses perceraian dan suspek datang ke daerah ini bagi menghadiri perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Dungun pada hari kejadian tetapi ditunda.

Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manjahati 9-2-2021 12:23 PM
Baby 14 bulan tu si bapa betul ke nak jaga atau acah2 ego jer smpi nk bawa lari anak tu
Quote mehmet 9-2-2021 12:25 PM
Cuba seret Mak Jantan ini.
Quote CARI-MRO 9-2-2021 12:27 PM
Dungun: Suri rumah cedera di muka dan badan selepas diseret kenderaan dipandu suaminya dalam kejadian di sini, kelmarin.


Mangsa berusia 32 tahun sebelum itu cuba menghalang tindakan lelaki berkenaan berusia 32 tahun yang melarikan anak lelaki mereka berusia 14 bulan.


Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 11.30 pagi ketika mangsa berada di rumah bersama anak lelakinya sebelum dikejutkan dengan kehadiran suspek yang menaiki Proton Exora.




Gambar Hiasan, Foto: NST




Menurutnya, suspek kemudiannya membawa bayi mereka masuk ke dalam kenderaannya sebelum cuba keluar dari kawasan rumah berkenaan.


"Mangsa segera menghalang tindakan suspek dengan mengetuk cermin pintu kenderaan namun tidak diendahkan suspek yang terus memecut.


"Akibat tindakan itu, mangsa yang terseret luka di pipi, sakit di bahu, luka di jari kelingking serta jari hantu dan luka di kedua-dua lututnya.


"Kejadian yang berlaku di hadapan rumah mangsa turut disaksikan abangnya yang secara kebetulan turut berada di lokasi kejadian," katanya.


Baharudin berkata, pasangan terbabit dalam proses perceraian dan suspek datang ke daerah ini bagi menghadiri perbicaraan perceraian mereka di Mahkamah Syariah Dungun pada hari kejadian tetapi ditunda.


Katanya, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote farhani87 9-2-2021 12:31 PM
Ya Allah. Apa ke kejam sgt husband dia tu. Dah lah nak cuba bawa lari anak. Pulak tu seret isteri.
Quote Artemesiaa 9-2-2021 12:32 PM
Tengah bicara pun berani nak buat macam tu lagi bagi anak seusianya pasti si ibu yang akan dapat hak penjagaan.
Quote salmon-suki 9-2-2021 05:39 PM
Dah bt mcm ni,mmg hak penjagaan anak susah laa nak dpt kt kamu..dh bt kes jenayah haa..haih laa manusia..
Quote MontanaHannah 9-2-2021 07:12 PM
mehmet replied at 9-2-2021 12:25 PM
Cuba seret Mak Jantan ini.

Aku buang simpati aku.
Yes, aku setuju dengan komen ko!!!

Quote Megikari 9-2-2021 08:31 PM
Hahaha bodoh laki dia ni
Quote cap_ayam 9-2-2021 08:37 PM
Edited by cap_ayam at 9-2-2021 08:38 PM

So baby tu sekarang ada dengan ayah la ye?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054635 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top