CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mogok Baling Barang, MTUC Cadang Tubuh Kesatuan Bela Nasib Pekerja Kurier

9-2-2021 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1644| Komen: 2

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) melihat isu tular para pekerja syarikat kurier yang membaling barang disebabkan tidak puas hati terhadap majikan perlu ditangani.

Justeru MTUC mencadangkan penubuhan satu kesatuan sekerja melibatkan pekerja kurier untuk membela dan menjamin kebajikan mereka di seluruh negara selain membantu mengenalpasti beberapa isu berbangkit yang menyelubungi industri berkenaan.




Setiausaha Agungnya, Kamarul Baharin Mansor berkata, ketidakpuasan hati pekerja kurier telah diluahkan dengan cara sedemikian kerana mereka tidak mempunyai cara bagi menyampaikan ketidakpuasan hati mereka selain menggunakan aplikasi media sosial sehingga mendapat perhatian umum.

Katanya, kongres melihat isu itu seperti api dalam sekam terhadap beberapa sektor seperti perkhidmatan kurier, pembersihan dan penghantaran makanan.

“Sektor ini mendapat sambutan permintaan yang tinggi dalam suasana pandemik Covid 19 yang mana para pekerjanya adalah golongan B40 dan mudah terkesan apabila sesuatu perkara melibatkan implikasi kewangan.


“Biasanya, syarikat dalam industri ini akan memberi gaji yang minimum kepada pekerja tanpa faedah lain sehingga pekerja terpaksa membuat kerja lebih masa bagi mendapatkan upah yang tinggi.

“MTUC telah membawa isu sektor ini kepada pengetahuan Menteri Sumber Manusia pada perjumpaan 5 Januari lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru ujar Kamarul Baharin, MTUC berpendapat, beberapa isu yang perlu dikaji dan diberi perhatian serius seperti tiada kontrak perkhidmatan, tiada kenaikan gaji tahunan, pembayaran gaji lewat dan pelbagai lagi isu berbangkit.

Tambah beliau, pihaknya juga menggesa KSM memantau dan membuat pemeriksaan berkala kepada majikan dalam sektor ini supaya pekerja mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Menurutnya, inisiatif KSM untuk mengadakan saluran aduan secara atas talian adalah sangat baik dan membolehkan aduan di buat dengan cepat dan ia perlu disegerakan untuk memberi kemudahan kepada pekerja.

Bagi membantu pekerja-pekerja dalam sektor ini dalam mendapatkan faedah yang lebih baik, beliau turut mencadangkan supaya para pekerja dalam sektor berkenaan menganggotai atau menubuhkan kesatuan sekerja.

Malah katanya, MTUC juga bersedia untuk membantu dalam penubuhannya melibatkan pekerja dalam sektor penghantaran barangan memandangkan majoriti pekerja dalam sektor terbabit tidak mempunyai kesatuan sekerja.

“Pekerja-pekerja dalam sektor ini boleh menghubungi MTUC bagi tujuan penubuhan kesatuan sekerja dan ia adalah satu jaminan bagi pekerja untuk mendapatkan suasana kerja yang lebih baik di tempat kerja.

“Sehingga kini MTUC tidak menerima aduan secara bertulis daripada pekerja J&T Ekspres,” ujarnya.

“MTUC telah memaklumkan kepada KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia(JTKSM) berkaitan isu ini selepas tular di media sosial.

“JTKSM telah memaklumkan bahawa siasatan telah dilakukan untuk menyelesaikan isu tersebut. MTUC juga pada masa yang sama akan sentiasa berhubung dengan KSM untuk mengentahui punca atas tindakan tersebut dan penyelesaian pada isu yang menjadi viral ini demi kesejahteraan pekerja-pekerja tersebut,” tegasnya.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 9-2-2021 01:22 PM
naik la tambang delivery lazada nanti

hadoooooooooooooooooooooooooooooi
Quote uori 9-2-2021 01:34 PM
bistu apa gunanya menteri?

{:thief

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.188173 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top