Semakin banyak kisah tidak enak menyelubungi perkhidmatan kurier sejak kebelakangan ini. Selepas kisah staf kurier mencampak barang pelanggan, timbul pula cerita kotak pesanan bersarung seluar dalam oleh syarikat sama.
Kisah itu dikongsi pengguna Facebook Mamaayu Admia Ayunormaslinda, 32, tular sejak kelmarin. Katanya, kotak barang yang dipesan dari Station 18 di Ipoh itu diterima suaminya sekitar jam 7 malam dalam keadaan kemek, terbuka dan tidak dibungkus serta disarung seluar dalam berwarna merah jambu. “Pada mulanya suami tidak sedar yang itu adalah seluar dalam sebaliknya menyangkakan ia adalah stokin. “Dia sempat bertanya kepada pekerja syarikat berkenaan, mengapa kotak pesanan itu dalam keadaan sedemikian namun mereka mendakwa tidak tahu sebaliknya ia memang diterima dalam keadaan itu,” katanya kepada Utusan.
Menurutnya, dia ada berhubung dengan penjual di Station 18 berhubung perkara itu yang mana mereka memberitahu telah menghantar pesanan berkenaan ke Melaka dalam keadaan baik dan berbungkus. Katanya, dia juga ada merujuk mengenai perkara itu di pejabat syarikat penghantaran tersebut di Batu Berendam dan mereka memaklumkan akan menyiasat insiden berkenaan. “Sebagai pembeli, saya kecewa apabila menerima bungkusan yang dipesan dalam keadaan rosak tambahan lagi ia turut disarungkan dengan seluar dalam. “Sehingga sekarang saya tidak faham mengapa pekerja syarikat itu tidak menanggalkan terlebih dahulu seluar dalam itu sebelum menghantar pesanan kepada kami? Tindakan mereka sangat keterlaluan,” katanya. Sumber: UTUSAN ONLINE |
SepupuBen10 replied at 8-2-2021 10:55 PM
Susah handle drebar dan rider ni..sbb mentaliti diorg lain mcm sikit
hasniey replied at 8-2-2021 09:26 PM
Complaint nnt merintih "korang xpaham sakitnya keje courier.kami ditindas.hanya yg prnah keje je pah ...
notM replied at 8-2-2021 11:00 PM
Mim lam alif waw ya punya mentaliti.
SepupuBen10 replied at 9-2-2021 09:06 AM
Salah ejaaaa
ADVERTISEMENT