CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kesian Member Nyanyi Di Tangga 'Rindukan Ex', Tak Sangka Boleh Tular

9-2-2021 01:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3374| Komen: 19

Video memaparkan seorang remaja sedang menyanyi di tangga sebuah kediaman tular sehingga menerima lebih 300,000 tontonan dalam masa kurang 24 jam.



Menurut individu yang berkongsi video itu, dia secara spontan membuat rakaman rakannya yang menyanyi sambil melayan perasaan kerana baru sahaja putus cinta.

Bercerita kepada mStar, empunya badan, Muhammad Ramadan Ramli, 18, mengakui apa yang diceritakan rakannya menerusi kapsyen pada video itu adalah benar dan bukan cerita rekaan.



Malah katanya, dia yang tak sedar dirinya sedang dirakam turut terkejut apabila video nyanyian lagu Bicara Rasa dendangan asal Arif Bahran dan Sarah Suhairi itu meraih perhatian ramai di TikTok.


"Video itu dirakam di tangga rumah kawan saya pada hari Sabtu. Saya memang suka menyanyi dari zaman tadika lagi.

"Saya tak sedar dia rakam video. Lepas tu bila dia post di TikTok, saya ingat biasa-biasa je, tiba-tiba ramai yang tengok.

"Saya putus cinta pada November tahun lepas. Tak ada pengganti, masih tak boleh move on.

"Di TikTok, ramai orang komen. Ada ramai perempuan cakap nak jadi pengganti bekas kekasih saya. Saya anggap mereka bergurau saja," ujarnya yang mesra disapa Ramadan.

Namun katanya, dia enggan mendedahkan lanjut mengenai identiti gadis itu serta punca kepada perpisahan mereka.

Menurut calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu, dia juga bersyukur apabila ramai yang mula mengenali dirinya serta bakat yang dimiliki selepas video berkenaan tular.

Malah kata Ramadan, dia tidak menolak rezeki seandainya diberi peluang untuk menjadi penyanyi suatu masa nanti.




"Selain menyanyi, saya juga boleh main gitar. Saya belajar gitar sendiri sejak tahun lepas. Dulu pun pernah saya buat persembahan nyanyian di sekolah.

"Kalau ada rezeki jadi penyanyi, saya tak tolak. Mak ayah pun bagi sokongan, mereka kata janji buat kerja halal.

"Saya bersyukur orang mula kenal bakat saya. InsyaAllah lepas ni akan buat banyak video cover nyanyian.

"Kalau ada orang request lagu pun, InsyaAllah saya akan cuba penuhi," ujarnya yang meminati Bruno Mars dan Zamani.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 9-2-2021 01:49 PM
nape la kisah bdk2 muda loser ni diupkan

takde ke berita2 penemuan saintis terbaru boleh diupkan?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote Boomibulat 9-2-2021 01:50 PM
X sedar org rakam kunun..
Quote Kurex 9-2-2021 01:52 PM
Ex bf kan? Mohon @dudaberhias & @Themilo scan
Quote dudaberhias 9-2-2021 02:20 PM
Kurex replied at 9-2-2021 01:52 PM
Ex bf kan? Mohon @dudaberhias & @Themilo scan

walaupun saja je nyanyi nak viral dan takde pun rindukan ex sebenarnya...
tapi sebab boleh tahan rupanya maka kita harus percayakan aje untuk jaga hati dia
orang macamni kita patut kesian mungkin kurang kasih sayang dan perhatian jadi itu adalah tanggungjawab kita bersama untuk berikannya kasih sayang
Quote mamajawie 9-2-2021 02:45 PM
ya amponnnn muka budak ni cm nak minta kaki..meluat
Quote husna_amal 9-2-2021 03:24 PM
publisiti murahan bbnu
Quote salmon-suki 9-2-2021 04:52 PM
Y ni laa duk viral tuh...n ramai laa bbnu gelenyar gedik komen kan,acah2 suwitsawit taik itik
Quote Youareyou788 9-2-2021 05:19 PM
Rezeki lah tu viral
Quote GigaMom 9-2-2021 06:52 PM
Ok la kreat8f sikit cara viral
Quote giyomi 9-2-2021 08:04 PM
dgn harapan adalah pencipta amik dia jadi penyanyi, khennn
Quote LadyCarefree 9-2-2021 08:19 PM
stinger.baik: nape la kisah bdk2 muda loser ni diupkantakde ke berita2 penemuan saintis terbaru boleh diupkan?haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?


Tadok. Tu la pasal. Bbnu smyang pun big news.
Quote farhani87 9-2-2021 09:03 PM
Sedap juga suaranya.
Quote gideoncross 9-2-2021 10:54 PM
Loser af, bru 18 thun dik, bnyk lgi bnda yg ko kna terokai lpas ni.
Quote supernaturalee 11-2-2021 02:30 AM
Nyanyi tmpt ada echoes2 mcm ni mmg best
Hehehe

Quote batmana 11-2-2021 11:58 AM
minda lemah cmni..

tgk negara bergolak, kanak2 18 tahun , mati mak pak, dorg hidup cmne?

putus gf cm putus nyawa la plak..
Quote grouper 11-2-2021 07:53 PM
Mcm ni sedap....
Quote belacan_gurl 12-2-2021 01:24 AM
Baru nak spm ....tapi cinta budak sekolah mmg lain mcm...kalo berpisah sedih dia kdg2 sampai rasa nk bunuh diri...
Quote black_handbag 12-2-2021 04:13 PM
sedapnya suara
Quote bakingsoda 12-2-2021 06:03 PM
nanti parents ko yg broken tengok slip spm ko tak pass

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.035688 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top