Pasangan dari Yogyakarta memberi nama unik untuk bayi mereka iaitu 'Alhamdulillah Rejeki Hari Ini'. Memetik laporan Detik News, Didit Saputro, 39, dan isterinya Meidiana, 35, dari Bantul memberi nama itu bagi meluahkan rasa syukur selepas tujuh tahun mencuba mendapatkan zuriat.
"Kami tunggu tujuh tahun sejak pernikahan pada 2012, tetap Alhamdulillah kami diberi rezeki bayi lelaki pada 7 September 2019," katanya. Didit yang merupakan jurufoto profesional berkata, isterinya menjalani kaedah rawatan kesuburan di hospital termasuk rawatan alternatif seperti perubatan tradisional. "Semasa dalam usaha mendapatkan anak, isteri ditimpa kemalangan motosikal pada 2018 hingga mengalami patah kaki. "Kerana isteri enggan menjalani pembedahan, kami memilih rawatan tradisional di Borobudur. Tukang urut memberitahu isteri mengalami masalah saraf dan sukar untuk hamil.
"Isteri perlu menjalani rawatan hingga November 2018 dan akhirnya pada Februari 2019, kami mendapat berita gembira apabila isteri disahkan hamil dua bulan. "Ya, saya benar-benar tidak menyangkakannya. Semua yang berlaku kerana izin daripada Allah SWT," katanya. Sebelum ini, kunikan nama bayi itu menjadi bualan hangat masyarakat termasuk warga maya selepas kad pengenalan diri bayi tersebut tular. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT