Kanak-kanak dan permainan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, di usia ini mereka sangat aktif dan cederung meneroka sesuatu yang baru. Tapi, kalau sebut saja soal belajar, pasti ramai yang mula buat perangai seperti budak lelaki ini.
Menjengah ke sebuah perkongsian pengguna TikTok @mamisafwan, kedengaran suara seorang ibu menegur anak lelakinya untuk membaca buku. Tak semena-mena kanak-kanak berusia lima tahun itu terus berguling menangis sambil merajuk menghadap dinding. Si ibu pula masih tidak berhenti membebel tatkala melihat anaknya yang cukup pandai 'berdrama' bila diminta membaca buku.
Tidak cukup dengan itu, budak itu memberi alasan penat apabila perlu membaca buku yang banyak sambil mata masih mencuri-curi tengok handphone. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian berkenaan. Mana tidaknya, masing-masing juga mengatakan perangai budak itu tidak ubah seperti anak mereka. Panjang akal! Sumber: Kisah Dunia |
ADVERTISEMENT