CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Awie Gembira, Filem 10 Tips Tipu Bini Dapat Kutipan RM1 Juta.

10-2-2021 11:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3598| Komen: 15

Penyanyi, pelakon dan penerbit, Datuk Awie, 53, gembira dan bersyukur apabila filem pertama terbitannya 10 Tips Tipu Bini kini sudah memperoleh kutipan RM1 juta.

Filem terbitan syarikatnya, Rumah Produksi Merah mula ditayangkan menerusi saluran Astro First sejak 7 Januari lalu.


Foto: NSTP

"Saya amat bersyukur apabila filem ini dapat cecah kutipan RM1 juta dalam keadaan sekarang. Ia membakar semangat untuk kami teruskan lagi dengan projek seterusnya.

"Jika diberi peluang kita nak buat yang lagi terbaik. Terima kasih banyak-banyak kepada barisan pelakon dan semua yang menjayakan filem ini. Terima kasih juga kepada pengarahnya, Azizi 'Chunk' Adnan dan Rumah Produksi Merah kerana kerjasama ini," katanya kepada Harian Metro.


Awie turut mengucapkan terima kasih kepada media kerana memberikan promosi dan ulasan yang baik terhadap filem ini.



"Segala usaha ini berbaloi dengan apa yang saya dapat. Yang pastinya selepas ini saya akan tampil dengan filem kedua berjudul Sue-On, Hantu Korea Sesat Di Taiping akan ditayangkan.

"Saya sedang menunggu tayangannya di Astro First. Moga dapat sambutan yang baik apabila ditayangkan nanti," katanya.

Menurutnya, 10 Tips Tipu Bini masih ditayangkan di Astro First dan dia mendoakan agar filem ini terus ditonton.

"Saya harapkan ada penambahan kutipan. Mana tahu ada rezeki yang bagus. Insya-Allah," katanya.



Filem genre komedi hasil skrip tulisan Armada AI Haq ini menampilkan pelakon Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Elizabeth Tan, Jehan Miskin, Vicha, Nasir Bilal Khan dan Awie sendiri.

Sehingga kini rekod box office di Astro First dipegang filem Mael Totey The Movie dengan kutipan sebanyak RM6.4 juta. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 10-2-2021 11:28 AM
Tahniah...
Quote shida81 10-2-2021 11:30 AM
Time2 mcm ni org x leh tgk wayang..  Tayang la cite ape pun.. Laku je.. Cepat2 la grab opportunity buat duit
Quote Boomibulat 10-2-2021 11:32 AM
Boleh lawan mail kotey ke..?
Quote husna_amal 10-2-2021 11:49 AM
Biasa2 je kalau takat dapat 1juta je.
Quote Nenasketum 10-2-2021 04:04 PM
Kalau kena bayar RM8 la, aku tak tau berapa Astro charge tapi let’s say RM8, 125k penonton dari 20++ juta rakyat Malaysia. Ok lah kan dari kutip RM50k jer.
Quote dudaberhias 10-2-2021 04:11 PM
best ke? kalau best iols nak langgan...
tak pernah dengar pun filem ni mahupun nampak iklan kat tv sebab dah jarang tengok tv
Quote stinger.baik 10-2-2021 04:14 PM
bajet bape?

msti tak sampai rm100k

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 10-2-2021 04:15 PM
azizi adnan tu bkn lobai eskatologi ke

yg angkut minah2 tak tutup aurat dlm filem tu ko tk nk eskatologi ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote Jemahjemah 12-2-2021 09:04 AM
Tak tgk lg cite ni. Katanya mmg best
Quote enot_sibudak 12-2-2021 10:08 AM
stinger.baik replied at 10-2-2021 04:15 PM
azizi adnan tu bkn lobai eskatologi ke

yg angkut minah2 tak tutup aurat dlm filem tu ko tk nk esk ...

Uols try ckp gitu depan dia.. Xpernh nk menang... Gila nk up status 1 hari berpuluh status... Org smua xkna.. Dia ja pandai.. Sori iosl xleh ngan dia.. Up sbg bakal tenter imam mahadi..tp dok buat cite lagha
Quote Nurul_007 12-2-2021 10:46 AM
Family meols tengok cerita ni gelak habis penuh satu rumah
Quote stinger.baik 12-2-2021 12:03 PM
enot_sibudak replied at 12-2-2021 10:08 AM
Uols try ckp gitu depan dia.. Xpernh nk menang... Gila nk up status 1 hari berpuluh status... Org  ...

2019 dlu rjin gak dngr dia citer apa

ada la bnde yg btul

mcm dia kritik produksi bnyk ngambik ponen dan geiboi buat drama ngn filem

dia kritik puak2 makrifat yg belambak dlm youtube tu merepek meraban

tp bila dia mula kata bank yg sedaya upaya menumpas riba tu pun dia kata sebnarnya riba agenda dajal, ulama fiqah putar belit agama

aku mula la mnyampah ngn org tua tongong baru jejak masjid ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote enot_sibudak 12-2-2021 12:47 PM
stinger.baik replied at 12-2-2021 12:03 PM
2019 dlu rjin gak dngr dia citer apa

ada la bnde yg btul

Iols ikut jugak dia masa fb lama dulu.. Masa dia hentam si khalid 17 hari kegelapan bleh trima lg dia punya cara.. Skrg smua ulama yg xsebulu ngan dia, dia kta ulama tu ulama su'... Hbs smua dia kta salah.. Hbs dia ja la yg btl.. Xbleh aku ngan org gini
Quote Joysparta 12-2-2021 02:00 PM
Ok cite ni..kelakau juga..
Quote stinger.baik 12-2-2021 02:14 PM
enot_sibudak replied at 12-2-2021 12:47 PM
Iols ikut jugak dia masa fb lama dulu.. Masa dia hentam si khalid 17 hari kegelapan bleh trima lg  ...

itulah tu

semua jabatan agama kerja ngn gomen suma salah

nmpak sngt spanjang idup tk penah penah belajau agama

forum perdana pun tk penah tngk kt rtm

dah tua2 da kena kencing manis baru cari masjid

tu la payah belajau agama terus level 10

level 1 tak tempuh dia punya sembang level 1000

tongong

sbb tu jngn dengau sngt sembang si azizi gendut ni

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.082509 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top