Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak 2016, pelakon Abby Abadi kini enggan terus berdiam diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160,000.
Jelas Abby, urusan pembelian tanah tersebut dilakukan bersama seorang individu dikenali sebagai Maslan Urmin, namun terpaksa dilupakan buat seketika kerana banyak manipulasi dan penipuan telah berlaku. Dia yang pada asalnya ingin mendirikan rumah di tanah berkenaan terpaksa melupakan hasrat tersebut apabila terlalu banyak putar belit, namun tidak juga selesai. Pelakon drama Gerak Khas ini turut memberitahu bahawa ada ramai pembeli turut terpedaya dan menjadi mangsa kepada individu terbabit.
Tambah pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia kini tidak mampu bersabar lagi memandangkan perkara tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun. Dia menjelaskan hanya ingin haknya dikembalikan kerana bersusah payah mencari rezeki bukan untuk ditipu dan diperdaya. Abby dalam pada itu turut meminta bantuan netizen mencari dimanakah lokasi individu tersebut. Setakat artikel ini ditulis, difahamkan lelaki berkenaan telah dijumpai hasil bantuan netizen yang menjejaki di mana keberadaan lelaki itu pada ketika ini. Sumber: BeautifulNara |
belilies: Mulut cam longkang, sbb tu rezeki ko masuk longkang jua.. takkanle dulu beli tanah xambik nombor ic si penjual. Kalo xsetel gak repot polis lah. Tungg ...
epal21 replied at 10-2-2021 10:15 PM
Ni lah yg macam dsv buat. Jual produk merosakkan buah pinggang orang & produk timbang kilo lepas tu ...
Nenasketum replied at 11-2-2021 08:31 AM
Pegi la saluran yang betul, menyalak kat soc med ko dapat apa? Tanah murah cam tu ko percaya, memang ...
ADVERTISEMENT