Terbaru, ada pula beberapa orang yang mengambil kesempatan dalam kesulitan untuk mencuri telefon bimbit pesakit di sana. Kejadian kecurian ini dikongsikan seorang wartawan TV3 iaitu Mohd Redzuan Abdul Manap menerusi laman Twitter.
Namun, polis berjaya menahan dua suspek di dalam pusat kuarantin tersebut. Selepas diberkas, empat telefon bimbit berjaya ditemui semula oleh pihak polis. Tinjauan di akaun TikTok asal milik Ayie Kefli mendapati, kedua-dua suspek tersebut merupakan banduan yang baru sahaja dibebaskan daripada hukuman. Nampaknya mereka bakal ke penjara semula atas kesalahan mencuri pula. Orang ramai mengecam tindakan kedua suspek berkenaan dan berasa berang dengan apa yang berlaku. Menurut mereka perkara itu tidak sepatutnya berlaku ketika semua orang sedang berjuang melawan virus berkenaan dan berharap ianya tidak berlaku lagi. Jadi kepada sesiapa yang sedang menjalani kuarantin di MAEPS, pastikan anda sentiasa menjaga barangan peribadi dan berhati-hati dengan semua orang ya. - CARI |
cyber_mania replied at 14-2-2021 02:57 AM
Sakit covid-19 ni teruk kan? Susah nak nafas, hilang sekejap deria rasa, bau. Camtu tu pun xleh nak ...
ADVERTISEMENT