Ramai golongan artis mula berniaga terutama perniagaan makanan bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam suasana pandemik Covid-19. Pelakon Emelda Rosemila salah seorang daripada mereka yang berjinak dalam perniagaan makanan. Bagaimanapun, dia akui pada mulanya melihat perniagaan makanan adalah sesuatu yang memenatkan. Justeru, dia tidak menyangka dirinya menceburi dalam perniagaan makanan. "Dah berhenti pergambaran hampir dua bulan, dengan PKP lagi, jadi tak senang duduk di rumah. "Memandangkan Mel suka makan pulut dgn rendang Perak, pehtu pulut dan rendang Mel mmg special sikit, buat pulut je lah. "Maka, terhasillah Pulut Nenek Kebayan," tulisnya di Instagram.
|
Cari-Mod replied at 12-2-2021 05:02 PM
kosser. ko jual je lah kat rakan2 kayangan ko tuh yang makan daging? kitorang ni kan makan ikan keri ...
fadz84 replied at 12-2-2021 05:12 PM
Kann dh ngata netizen ada hati lg nk jual pulut ko tu.. jual jela kat kawan2 kayangan ko tu je..
fadz84 replied at 12-2-2021 05:12 PM
Kann dh ngata netizen ada hati lg nk jual pulut ko tu.. jual jela kat kawan2 kayangan ko tu je..
samshik replied at 12-2-2021 07:57 PM
So far xjmpe agi retis niaga yg betui2 sedap.. Mostly promo hebat tp rega firaun.. Sedap blom tentu. ...
ADVERTISEMENT