CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Boleh - MILDEF Buktikan Syarikat Tempatan Mampu Hasilkan Kereta Berperisai Bertaraf Antarabangsa

13-2-2021 11:05 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2402| Komen: 7|Original author: Oleh: natrahn


Tahniah diucapkan kepada MILDEF Internation Technologies kerana telah berjaya mengangkat nama Malaysia dalam bidang kelengkapan ketenteraan ke arena antarabangsa.

Sekumpulan anak tempatan telah membuktikan mereka mampu menghasilkan sebuah kereta perisai bertaraf antarabangsa. MILDEF International Technologies (MILDEF) telah melancarkan sebuah kereta perisai mobiliti tinggi yang dikenali sebagai MILDEF HMAV 4x4.


Memetik laporan Astro Awani, menurut Khairul Hazwan Mohd Rasit, Ketua Jurutera MILDEF HMAV 4x4, kenderaan ini dilengkapi dengan teknologi, ciri keselamatan dan ruang untuk meletakkan senjata.


Kereta perisai ini telah memenuhi syarat Stanag 4569 NATO tahap 2A, 2B yang dilengkapi dengan fungsi artileri, grenad dan anti periuk api, serta turut dipasang dengan tenggekan senjata kawalan jauh yang membolehkan turet senjata kenderaan itu menembak secara 360 darjah semasa bergerak.

Ia juga mampu bergerak di atas pelbagai bentuk muka bumi dengan mencapai kelajuan 110km/j. 

Kredit Foto - Twitter RidauddinDaud

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF, Datuk Seri Mohd Nizam Kasa kereta perisai ini dibangunkan untuk membantu aset pertahanan negara dan memantapkan pertahanan negera untuk masa akan datang.

Kredit Foto - Twitter 

Kos penghasilan kereta perisai ini termasuk  R&D nya berjumlah sekitar RM16 Juta. Ia mengambil masa kira-kira 4 tahun untuk dilancarkan termasuk siap  diuji oleh Tentera Darat. Harga seunit adalah sekitar RM10 juta - RM14 juta bergantung pada varian.

Kredit Foto - Twitter @RidauddinDaud

MILDEF merancang untuk menjual 200 unit MILDEF HMAV 4x4 setahun. Setakat ini beberapa buah negara dari Timur Tengah dan Asean telah menunjukkan minat berikutan permintaan tinggi untuk kereta perisai jenis ini.

Syabas Anak Malaysia! -CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 13-2-2021 11:22 AM
nnti ada bangsa chong cheng kawad mengengkang nk tunjuk dia serba tau kritik hasil kerja anak org ni

hadoooooooooooooooooooooooooooooooooooooi
Quote awanearisu 13-2-2021 11:26 AM
Tahniah. Bakal mewujudkan peluang penyelidikan baru bagi para penyelidik dan jurutera tempatan.
Quote laksmanabentan 13-2-2021 11:36 AM
kalau boleh berjaya, alhamdulillah...

camna dengan DRB-HIcom tu... semua kontrak2 kerajaan pasal tentera ni semua kat DRB-Hicom tu...
hahahhahahaa.......

good luck ler ya kalau boleh pecahkan kekuasaan DRB tuh...
Quote selyusi 13-2-2021 05:32 PM
Ni aset darat, aset udara dengan laut dianaktirikan ?
Quote Supersirap 13-2-2021 08:57 PM
Tahniah diucapkan kepada mildef, lepas ni boleh fikir bagaimana hendak menghasilkan sut perisai persis seperti ironman atau gantz
Quote Xim 13-2-2021 09:12 PM
Berapa byk thread MILDEF nak bukak daaa....
Quote Radzor 13-2-2021 10:10 PM
perang ke 3 ni nuklear . Brg mcm ni buat sikit sudah. sekali bom habis semua. kereta, kapal, katebang. tak sempat nak naik pun.

labur samada buat nuclear jgk atau bunker (malaysia takda bunker utk rakyat, singapore ada) atau labur dlm pembuatan pedang dan panah dan latihan.

klu tak menang perang ww3 nuclear, sekurangnya  dah bersedia utk alqubro perang pedang dan panah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063165 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top