CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Shukri Yahaya Mengaku Cemburu, Tak Pernah Tengok Lakonan Sweet Suami Dengan Pelakon Wanita

13-2-2021 11:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7242| Komen: 27

Isteri pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan mengakui mempunyai perasaan cemburu apabila melihat adegan romantik yang dilakukannya suaminya bersama perempuan lain.

Justeru itu, Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 29, berkata, dia mengelak daripada menonton drama-drama lakonan Shukri yang ditayangkan di televisyen.


Kredit foto: IG


"Ya, jujur la ni. Cemburu je sebab saya bukan robot. Manusia biasa je kan, ada perasaan.

"Tapi macam saya cakap sebelum ini, saya memang tak tengok cerita suami saya. Saya elak je la daripada mata pandangan saya," katanya.


Kredit foto:



Tya memberikan kenyataan itu susulan menjawab pertanyaan netizen yang bertanyakan kepadanya menerusi sesi soal jawab di laman Instagram, baru-baru ini.

"Jujurlah takkan Tya tak cemburu Shukri berlakon sweet pegang dengan perempuan lain?" tanya netizen tersebut.

Tya turut bersyukur dikurniakan seorang suami yang sentiasa profesional apabila melibatkan hal berkaitan kerjaya dan urusan peribadinya.

"Suami saya pun seorang yang profesional. Dia tahu mana kerja, mana kehidupan sebenar. Mana rakan kerja, mana bini.

"Yang anda tengok dekat tv sweet-sweet tu cuba fikir balik belakang tabir tu berapa puluh orang tengok dekat sekeliling," katanya lagi.



Tya yang sebelum ini juga merupakan seorang pelakon sambilan mendirikan rumah tangga dengan Shukri, 33, pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena, 5, dan Maleeq Miqayl yang kini berusia tujuh bulan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 13-2-2021 12:31 PM
Justeru itu, Tya atau nama sebenarnya, Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 29, berkata, dia mengelak daripada menonton drama-drama lakonan Shukri yang ditayangkan di televisyen.


Dalam tatabahasa, penggunaan penanda wacana justeru berdiri di atas diri sendiri. X perlu perkataan itu.
Quote nmi 13-2-2021 12:41 PM
Shukri yahya nie Dalam drama mmg nmpk romantis, wangi, hensem kemain tapi in real life nmpk kepam Dan agak kahau..
Quote adelea 13-2-2021 12:46 PM
nasib baik kat malaysia xde bed scene and kissing scene...
klu ada , laki nyer suka laaa
yg si bini lagi la menjeruk rasa
Quote naina 13-2-2021 12:49 PM
Lawo betol tya ni. Ada dia promot krim apa tah..dh mcm minah saleh plak mukanya dgn mata grey kulit so flawless
Quote dedek12 13-2-2021 12:50 PM
Biasa la tu jeles...
Quote Kurex 13-2-2021 01:03 PM
Pendapat mcm ni pun boleh masuk gosip
Quote sfrnna 13-2-2021 04:32 PM
anak dia ni comel betul.  tapi perlu ke bukak thread untuk benda macam ni?
Quote belacan_gurl 13-2-2021 04:44 PM
Mestila jeles....bini kot...sian dia... atleast ko malam2 dpt tido sama dgn syukri dik...bangun pagi dpt tgk air liur basi laki ko dik...terapkan dlm minda gitu ok
Quote pencintaABC 13-2-2021 04:47 PM
Kurex replied at 13-2-2021 01:03 PM
Pendapat mcm ni pun boleh masuk gosip

Ingatkan kurex nak bersemoga dgn syukri yahya
Quote Addrianna 13-2-2021 06:08 PM
Psl cemburu pun boleh buka thread{:childlike
Quote primarikey 13-2-2021 06:22 PM
Dulu2 aku suka je tgk syuk yahya ni blakon..muka manis..skrg mcm dh ilang plak manisnye...dh kena sedut ngn tya adnan kot..
Quote Masukkeluar 13-2-2021 06:48 PM
primarikey replied at 13-2-2021 06:22 PM
Dulu2 aku suka je tgk syuk yahya ni blakon..muka manis..skrg mcm dh ilang plak manisnye...dh kena se ...


sama mcm aku. dulu rasa dia ni hensem sekarang dah kurang hensem..sejak pkp berlemuih betul dia ni dgn misai janggut tak trim, rambut tak gunting.
Quote stinger.baik 13-2-2021 07:01 PM
slyfynx replied at 13-2-2021 12:31 PM
Dalam tatabahasa, penggunaan penanda wacana justeru berdiri di atas diri sendiri. X perlu perkat ...

ko ni spupu adibah nor belah mana?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote primarikey 13-2-2021 07:05 PM
Masukkeluar replied at 13-2-2021 06:48 PM
sama mcm aku. dulu rasa dia ni hensem sekarang dah kurang hensem..sejak pkp berlemuih betul dia  ...

Mungkin dia dh bosan menjadi lelaki ensem
Quote slyfynx 13-2-2021 07:38 PM
stinger.baik replied at 13-2-2021 07:01 PM
ko ni spupu adibah nor belah mana?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Ala, ape salahnye berforum sambil belajar.
X kecam sape2 pun.
Just sharing.
If ramai yang x suke sorry ye
Quote MeliaAnney 13-2-2021 07:39 PM
Tya ni yg blakon jadi hantu kebaya merah dalam karak tu ke chuolls?
Quote Jemahjemah 13-2-2021 07:41 PM
stinger.baik replied at 13-2-2021 07:01 PM
ko ni spupu adibah nor belah mana?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

Hahahahaha adoii! Terbayang2 plak video adibah noor asyik nak betulkan org je
Quote Jemahjemah 13-2-2021 07:42 PM
MeliaAnney replied at 13-2-2021 07:39 PM
Tya ni yg blakon jadi hantu kebaya merah dalam karak tu ke chuolls?

Bukan.  Yg hantu kebaya merah tu bukan umi aida ke blakon? Wife shuk ni xberlakon. Jg anak je kat rumah. Tp mmg cantek orgnya
Quote stinger.baik 13-2-2021 07:50 PM
slyfynx replied at 13-2-2021 07:38 PM
Ala, ape salahnye berforum sambil belajar.
X kecam sape2 pun.
Just sharing.

suka je

gunakanlah bahasa kebangsaan kita marilah amalkan ramai2

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.055311 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top