Uqasha Senrose menerima kritikan apabila didakwa terlalu banyak menggunakan filter dalam gambar yang dimuat naik di Intagram. Dalam satu perkongsiannya baru-baru ini, Uqasha ditegur agar mengurangkan penggunaan teknik tersebut sampai anak mata pun nampak tersembul keluar.
Namun menurut kekasih Kamal Adli ini, dia tidak menggunakan filter yang melampau pun cuma ingin menambah 'clarity' di bahagian mata agar kelihatan tidak kusam. "Saya langsung tidak menggunakan filter, sebaliknya cuma tambah kejelasan di bahagian mata supaya ia tidak kelihatan kusam." Selepas dikritik bertubi-tubi, Uqasha memuat naik foto yang sama dan kali ini tanpa sebarang filter.
"Jadi ini adalah gambar sebelum saya menaikkan kualiti warna lens sampai ternampak macam mata saya terkeluar. "Ramai sangat (netizen) yang prihatin. Saya sangat terharu. No hate guys, love you," tulisnya.
Amboi tajam sungguh mata netizen ya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|