Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lalu telah memberi kesan besar terhadap kesihatan dan hampir semua sektor ekonomi. Disebabkan itu juga, ramai dikalangan pelajar universiti di negara ini mula terjebak dalam kancah "sugar baby-sugar dady" sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang bagi menampung kos sara hidup dan yuran pengajian. Memetik laporan FreeMalaysiaToday, platform temu janji "sugar daddy" terbesar di Asia mengumumkan peningkatan sebanyak 40% pelajar mendaftar untuk menjadi "sugar baby" sejak Januari dan alasan utama disebabkan krisis kewangan yang mereka alami. Lebih mengejutkan, platform itu turut mendedahkan senarai “top 10” universiti “sugar baby” di Malaysia yang kebanyakannya di Lembah Klang termasuk dua universiti awam, dengan seramai 12,705 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berkenaan terjebak dalam kancah itu.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook Darren Chan dalam kenyataan berkata, platform itu membantu meringankan beban pelajar berdepan masalah kewangan, pada masa sama mendedahkan mereka kepada golongan elit berpengaruh yang berpendapatan purata RM150,000. Menurut Sugarbook lagi, selain golongan pelajar dan graduan yang menduduki tangga pertama paling ramai menjadi "Sugar Baby', 9 lagi profesion yang tersenarai didalam top 10 profesion paling ramai menjadi sugar baby adalah usahawan, jururawat, guru, peguam, pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model dan ahli farmasi. Menurut SeekingArrangement laman “Sugar Dating” terbesar dunia, Malaysia menjadi “sarang” kepada 42,500 “sugar daddy”, ketiga paling tinggi di Asia selepas India (338,000) dan Indonesia (60,250), Senarai itu diikuti Jepun yang mempunyai 32,500 “sugar daddy”, Hong Kong (28,600), Taiwan (27,300), Vietnam (12,000), Korea Selatan (7,000) dan Sri Lanka (5,000). Ketua Pegawai Eksekutif Seeking Arrangement Brandon Wade berkata, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor. Amat mengejutkan sekali dengan laporan ini, namun difahamkan pihak berkuasa telah mengambil tindakan drastik dengan mengharamkan dan menyekat akses laman Sugarbook di Malaysia. - CARI |
totokreturn. replied at 16-2-2021 06:01 AM
sugar sugar ni adakah melibatkan aktiviti menutoh atau main geli2 je
totokreturn. replied at 15-2-2021 02:01 PM
sugar sugar ni adakah melibatkan aktiviti menutoh atau main geli2 je
ADVERTISEMENT