CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Guna Agong Untuk Kekal Berkuasa - Tun M

16-2-2021 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4754| Komen: 41

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan yang ditadbir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk kekal berkuasa.


Beliau berkata, undang-undang darurat yang dilaksanakan adalah bagi mengekalkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.


Kredit foto: IG Istana Negara

“Ini kerana alasan yang diberikan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di bawah undang-undang darurat adalah satu pembohongan.

“Sejak darurat diisytiharkan, tiada satu tindakan yang diambil bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 di bawah undang-undang darurat, tetapi boleh dibuat di bawah undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, dengan pengekalan kuasa Perdana Menteri, maka hak untuk menasihati Seri Paduka Baginda dikekalkan.


“Ini bermakna apa sahaja yang dilakukan di bawah nama Yang di-Pertuan Agong merupakan nasihat Perdana Menteri. Termasuk rampasan harta, denda RM5 juta, penjara 10 tahun dan tidak boleh mempertikaikan segala tindakan mahkamah menjadikan kerajaan ini kerajaan kuku besi.

“Tindakan ini menggambarkan (seolah-olah) Seri Paduka Baginda sebagai diktator yang zalim, sebaliknya undang-undang ini diperbuat oleh kerajaan Muhyiddin,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, negara mengalami kemerosotan ekonomi yang amat teruk.

“Hutang negara sudah mencapai RM1.3 trilion dan pertumbuhan ekonomi merosot pada paras tertinggi sebanyak 5.6 peratus.

“Jumlah pengangguran pula meningkat kepada 773,00 orang dan tertinggi dalam sejarah Malaysia,” katanya.

Beliau turut mendakwa pengisytiharan darurat itu tidak mengikut undang-undang kerana Perlembagaan memerlukan Warta Kerajaan dikemukakan kepada Parlimen.

“Syarat ini tidak dihiraukan dan menyebabkan darurat ini tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan dari segi Perlembagaan negara kerana pemerintahan mengikut undang-undang sudah tidak ada,” katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsbob87 16-2-2021 11:14 AM
benda tak jadi, kalau sendiri tak letak jawatam...
Quote lovelytouch 16-2-2021 11:28 AM
Bosanlahh topik ni Tun... cari topik lain plissss boooosan!
Quote jazaa100 16-2-2021 11:32 AM
Ya Allah.....  tak hbis hbis lg ke....
Quote stinger.baik 16-2-2021 11:35 AM
ini suma salah dap

kalau dap tk paksa tun petik tarikh ltk jwtn

negara ni msti masih aman bwh ph

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote teky 16-2-2021 11:38 AM
aishhh org tua ni...
Quote axl_bach 16-2-2021 11:41 AM
Sembanglah Atok oiiiii
Quote epuepy 16-2-2021 02:25 PM
Tok, x kisah la guna Agong ke hape. Tp pm pn dh kata kan lepas covid ni setel, kite pru. Lagik 6 bulan je pn.

Quote aint 16-2-2021 02:28 PM
bole caya ke kata2 midin lps settle covid nk wat PRU??
Quote dizekni 16-2-2021 03:27 PM
Ko pulak guna Melayu untuk berkuasa det

adu domba sana sini

Melayu itu Melayu ini

bila dah berkuasa ko nampak kroni je

kutuk pulak Melayu malas la mudah lupa la ikat perut la

sudah la ko det
Quote bangcak 16-2-2021 03:41 PM
dizekni replied at 16-2-2021 03:27 PM
Ko pulak guna Melayu untuk berkuasa det

adu domba sana sini

kalu tak kerana atok, umngok 1988 hari nih tak wujud.
kalu tak kerana atok, umngok yg tersungkur pru14 takdpt berkuasa balik hari nih.

lepas diberi napas 3-4 kali.
macai2 umngok masih nak marah atoknya?

rilex,
tak lama je lagi
suara2 macai pengutuk atok bakal jilat ludah balik.
...tunggu dan lihat.


Quote Khadeeja07 16-2-2021 03:49 PM
win2 situation..kjaan & rakyat. rakyat dpt elak dr PRU.. kjaan dapat kekal berkuasa. pembangkang xdpt apa2..tu yg marah sgt..abis darurat nie. siaplah pilihanraya. pandai2 lah kita sebagai rakyat pilih siapa..
tapi bagi saya..muak dah ngan politik. hidup fokus utk cari makan & besarkan ank2!
Quote bangcak 16-2-2021 03:54 PM
acah2 bertekak cukup la sekali.

kalu nak try acah2 bertekak kali ke2,
org malas nak layan da.
macai umngok je yg masih layan drama org tua tu.

rakyat tgh sibuk covid, deyol dok berdrama politik.

Quote Simunggu 16-2-2021 05:52 PM
lagi lama PKP, PKPB lagi lama akan darurat....bijak bijak
Quote lostnfaun 16-2-2021 06:55 PM
Kalau moodin dgn jemin tak keluar PH, atok pun mesti tak letak jwtn..
Quote kakikuDibibirmu 16-2-2021 06:55 PM


Quote Abahmung 16-2-2021 07:40 PM


90 MP dari 7 negara gesa Parlimen M'sia kembali bersidang


Sejumlah 90 ahli Parlimen daripada tujuh negara Asean menggesa Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, mereka berkata persidangan Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama.

Kenyataan itu ditandatangani ahli Parlimen daripada Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura.

"Kuasa darurat Malaysia jelas tidak menepati piawaian antarabangsa yang sedia ada dan mewujudkan keadaan di mana kebertanggungjawaban kerajaan amat terhad, dengan salah guna kuasa mungkin berlaku.

"Sebagai badan yang menyuarakan kehendak rakyat, Parlimen mempunyai kedudukan utama dalam demokrasi yang berfungsi, dan penggantungannya pada masa ini telah menidakkan penglibatan awam dalam proses membuat keputusan.

"Ini membimbangkan terutamanya di saat sebarang keputusan kerajaan akan meninggalkan kesan berkekalan terhadap hidup rakyat," menurut kenyataan.

Kata mereka lagi, sekarang waktu yang amat penting untuk Parlimen berfungsi dengan cekap dan memantau terhadap sebarang risiko salah guna kuasa.


Susulan proklamasi darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bulan lalu, atas dasar melawan penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat, sidang Parlimen dan DUN digantung sehingga tempoh yang dirasakan sesuai oleh Agong.

Perintah darurat berkuatkuasa sehingga Ogos dan tertakluk kepada syor jawatankuasa khas yang dianggotai 19 ahli daripada pelbagai latar belakang, termasuk tiga ahli Parlimen pembangkang.

Mereka turut menyuarakan kebimbangan berhubung kuasa tambahan kepada angkatan tentera ketika tempoh darurat untuk menangkap warga asing tanpa dokumen di sempadan negara.

"Kami ingin mengingatkan pihak berkuasa, bagi menjamin darurat tidak digunakan untuk menekan hak asasi atau merampas institusi demokrasi, ia sepatutnya wajar dan bersekadar untuk menangani ancaman yang ingin dikekangnya, dalam hal ini bagi mengekang penularan Covid-19.

"Kuasa seumpama itu perlu bersifat sementara, teratkluk kepada pengawasan kehakiman dan legislatif yang berkesan, dan tidak menyasarkan golongan tertentu," kata mereka.




Quote MissYouSayang 16-2-2021 08:00 PM
Wowwww beraninye Tun det sound si payung kuning!

Nak harapkan nuar ,najib, zahid mmg depa semua ABOK PUN TARAK ..kutuk belakang2 je tp depan2 sokong abh sembab!! GTHHH PUII
Quote cm_matjawasp 16-2-2021 08:19 PM
Setuju dengan Atok tapi  setakat tu je la..tapi tetap tak sokong Atok kalau dia bertanding lagi.

Quote dedek12 16-2-2021 09:03 PM
Sabarrrrr hehehhe

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.284916 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top