Sebelum ini, Dr Say Shazril, berkongsi khabar duka apabila isterinya mengalami keguguran di saat usia kandungan memasuki tempoh 12 minggu. Menurut doktor, jantung bayinya tidak kelihatan dan bayi itu juga tidak bergerak.
Terbaru, Dr Say memuat naik satu posting di Instagram mengenai berita kehamilan isterinya iaitu Dr Azura. Jelas Dr Say, isterinya kini sedang hamil anak kedua mereka. Tahniah! Menurut Dr Say, selepas tiga bulan isterinya mengalami keguguran, mereka dikurniakan rezeki sekali lagi. Tambahnya, dia percaya kata netizen apabila sekali keguguran, yang seterusnya akan senang untuk lekat. Ujarnya lagi, mereka tidak merancang dan menganggap ini rezeki sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga. Ini kerana, sewaktu PKP mereka banyak menghabiskan masa makan, tidur dan bersama setiap hari. Dr Say turut memberitahu waktu tiga bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal tujuh bulan sahaja lagi untuk dia dan isteri bakal menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dr Say turut memohon doa daripada semua agar kandungan isterinya itu sihat sejahtera. Mengenai soal jantina, Dr Say tidak kisah sama ada lelaki mahupun perempuan. Rata-rata netizen gembira sebaik sahaja mendengar berita gembira tersebut. Mereka turut mendoakan agar urusan Dr Azura sepanjang tempoh mengandung dan bersalin nanti dipermudahkan Allah. Sumber: OhBulan
|
friedfishsoup replied at 16-2-2021 11:42 AM
Adik ACE? Acehand?
mamajawie: baru tau doktor kuah melimpah ni apak super momod..
rotiban replied at 16-2-2021 11:51 AM
bersama pon nak bitau satu dunia ke?
org skang mmg tak tau malu eh
ADVERTISEMENT