Sikap sesetengah netizen yang memberi komen jelik di media sosial mengenai berita Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dimasukkan ke hospital mengecewakan Setiausaha Agung Gerakan.
Mah Kah Keong menganggap perbuatan memberi komen jelik itu tidak bermoral dan menyalahgunakan kebebasan bersuara. Beliau mengakui terkejut apabila terbaca pandangan segelintir netizen berhubung kisah Abdul Hadi yang telah dikejarkan ke hospital selepas sesak nafas malam tadi. Jelas Kah Keong, komen-komen dalam bahasa Mandarin itu menyebabkan dirinya hilang kata-kata. “Ada beberapa contoh yang boleh saya cakap (terjemah), antaranya bermaksud “Cantik, dia (Hadi) sudah dekati penciptanya, harap tidak sampai sehingga Jumaat, selamat bersemadi dengan aman serta banyak lagi. “Apakah ini caranya? “Saya marah dan kecewa sampai tidak ada kata-kata hendak digambarkan sebenarnya. Saya langsung tidak sangka ada juga netizen berperangai buruk dan langsung tidak prihatin apabila mengeluarkan kata-kata kurang enak terhadap pemimpin sedang sakit.
“Walaupun mungkin berbeza ideologi politik sekalipun, mana perginya sikap kemanusiaan?” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. Hari ini, anak lelaki Hadi Awang, Muhammad Khalil Abdu berkata, bapanya dalam keadaan stabil dan memerlukan rehat secukupnya. Menurut beliau, bapanya mungkin kepenatan kerana jadual yang padat. Presiden Pas itu dikejarkan ke Hospital Putrajaya malam tadi setelah mengalami sesak nafas. Dalam pada itu, Kah Keong turut berdoa tahap kesihatan Hadi Awang akan bertambah dan sihat seperti sediakala. “Saya mohon kepada semua, jika tidak boleh berdoa atau bercakap baik-baik, anda tidak perlu berkata apa-apa jika bukan satu keperluan,” ujarnya. Sumber: MalaysiaGazette |
Abahmung replied at 16-2-2021 02:33 PM
same thing happen kalau yg masuk sepital tu lim kit siang..malah komen2 nya akn lebih 'suci murni'
dess402 replied at 16-2-2021 02:41 PM
ala hadi bawang pun bukan pernah cakap elok2 dengan kita . Di syaitan kan , di iblis kan di kapir ba ...
stinger.baik replied at 16-2-2021 02:56 PM
tk pe la ko bacakn la surah yassin kt telinga lobai kit siang ko tu
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ...
Abahmung replied at 16-2-2021 03:18 PM
sbb tu lah masa sihat mulut kena jaga,ckp yg baik2 je..kalo tak jadi lah mcm si hadi ni
arwah tok ...
dizekni replied at 16-2-2021 03:20 PM
Yang ajar hina parti lawan ni siapa?
DAP PAS PKR juga satu masa dulu
ADVERTISEMENT