Ramai orang terutamanya dikalangan kaki pancing di segenap pelusuk dunia mungkin tertanya-tanya, bagaimanakah agaknya suasana didalam dasar sebuah tasik atau sungai jika dilihat dari "mata seekor ikan" yang sedang berenang? Menarik juga kan kalau dapat tengok suasana itu kerana kalau manusia sendiri yang turun menyelam dan membawa kamera untuk membuat rakaman, sudah tentu keadaan dan hasil rakaman tidak akan sama kerana sudah pastinya hidupan air akan lari bila melihat manusia yang dianggap sebagai ancaman kepada mereka. Jadi salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan menggunakan ikan dan kamera! Untuk menjayakan misi rakaman ini, Youtuber yang dikenali sebagai Monster_Mike86 dan BryanTheCEO membuat eksperimen pada seekor ikan yang dipancing oleh mereka dengan memasang kamera GoPro pada badan ikan tersebut.
Ikan tersebut kemudian dilepaskan semula ke dalam sungai dan apa yang sangat mengujakan, dapat dilihat dari rakaman menunjukkan suasana di dasar sungai yang berhampiran kawasan perumahan itu sangat bersih. Turut kelihatan pelbagai jenis ikan sedang berenang-renang didalam sungai tersebut. MasyaAllah cantik sangat! macam dalam akuarium pula! Sehingga kini, video yang dimuatnaik pada Jun 2019 telah mendapat sebanyak 24 juta tontonan manakala video eksperimen kedua yang dimuatnaik pada Oktober 2019 mendapat 6 juta tontonan. Sudah pasti video-video ini menerima reaksi teruja dari para penonton kerana eksperimen ini sangat bermanfaat dan sesuatu yang baru untuk diterokai. Syabas Youtuber, anda membuat sesuatu yang sangat menakjubkan! - CARI |
Boomibulat replied at 17-2-2021 08:50 AM
Kamera tu burn ke cmana..?
Radzor replied at 17-2-2021 11:55 AM
Ikat ngan tali joranpastu ambik balik
Boomibulat replied at 17-2-2021 08:50 AM
Kamera tu burn ke cmana..?
Boomibulat replied at 17-2-2021 08:50 AM
Kamera tu burn ke cmana..?
ADVERTISEMENT