Jijik! Begitulah gambaran buat bekas penyewa yang selamba mengosongkan rumah yang disewanya dengan meninggalkan lampin bayi yang bernajis. Penemuan menjijikkan itu disedari oleh seorang gadis bersama adik perempuannya sewaktu kunjungan mereka ke sebuah rumah yang disewakan kepada sebuah keluarga.
Kekecewaan gadis tersebut diluahkan menerusi video di laman TikTok. Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan berkata, rumah tersebut adalah milik datuknya berusia lewat 60-an, yang disewakan kepada pasangan suami isteri bersama empat anak mereka. Hanya mahu dikenali sebagai Intan, rumah teres satu tingkat di Kota Tinggi, Johor itu dihuni oleh keluarga terbabit sejak 2016, manakala dia merupakan antara ahli keluarga yang diamanahkan oleh datuknya untuk mengutip bayaran sewa rumah berkenaan.
"Bagaimanapun, baru-baru ini kami sekeluarga didatangi oleh seorang individu yang bertanyakan tentang rumah tersebut untuk menyewa dan mahu melihatnya terlebih dahulu. "Kami pelik sebab rumah tu masih ada penyewa. Tapi kemudian kami dimaklumkan oleh jiran-jiran yang rumah tersebut baru saja dikosongkan dan penyewa sekeluarga itu telah berpindah ke tempat lain," katanya ketika dihubungi. Gadis berusia 19 tahun itu berkata, mereka kemudian menghubungi penyewa tersebut berhubung perkara yang berlaku dan memintanya untuk memulangkan kunci rumah. "Bila saya datang periksa rumah sewa tu, keadaannya tak seperti mula-mula mereka masuk menyewa. Ada banyak barang seperti perabot lama yang ditinggalkan dan tidak dibuang. "Dinding rumah luar dan dalam dipenuhi conteng budak-budak. Saya tahu mereka ada anak-anak kecil dan paling besar pun berusia enam tahun, tapi takkan pindah keluar tinggalkan macam tu saja... nak jadikan wallpaper (kertas dinding) untuk penyewa baru ke?" soalnya. Menurut Intan, di bahagian dalam rumah pula terdapat lampin bayi yang masih belum digunakan selain lampin bayi yang telah digunakan dengan dipenuhi air kencing. "Mereka tak kemas seluruh rumah sebelum pindah keluar. Lantai tak disapu, sampah merata-rata. Paling teruk di dapur, sampai ada longgokan sampah yang sudah berulat. "Bekas-bekas telur ditinggalkan. Bila kami alihkan, rupa-rupanya ada tikus buat 'sarang'. Banyak tahi tikus yang kami jumpa sana sini," ujar anak sulung daripada dua beradik itu. Namun, apa yang paling mengejutkan Intan adalah bil air berharga kira-kira RM224 yang dijumpai di tingkap hadapan rumah sewa berkenaan. "Bila saya kemas-kemas di bahagian dapur, terjumpa satu lagi bil elektrik bulan Januari 2021 dalam longgokan kertas yang mana jumlahnya adalah lebih RM3,300. "Kedua-duanya adalah bil pada bulan lepas dan saya tengok jumlahnya tinggi disebabkan tunggakan. Tapi kenapa dibiarkan saja dan tak bayar sebelum keluar rumah, takkan tuan rumah pula yang kena bayarkan tunggakan bil air dan elektrik mereka," katanya. Intan berkata, keluarganya kini cuba untuk berurusan dengan bekas penyewa berkenaan bagi melunaskan tunggakan bil yang tidak dijelaskan selain membayar kos untuk membaik pulih disebabkan beberapa kerosakan di rumah yang dihuni mereka selama bertahun-tahun. "Rumah bersepah, kotor dengan dinding penuh conteng itu satu hal, ada soket di dinding yang rosak dan perlu diperbaiki. Kami tuan rumah yang kena kemaskan untuk mereka. "Saya mahu ingatkan kepada penyewa-penyewa atau bakal penyewa di mana-mana, jadikanlah rumah sewa itu seperti rumah sendiri, ada rasa tanggungjawab. "Kalau mula-mula masuk rumah tu cantik dan bersih, macam tulah keadaannya bila pindah keluar. Bukannya dibiarkan teruk macam dah tak serupa rumah," katanya dengan nada kesal. -CARI Sumber: mStar Online
|
cyber_mania replied at 17-2-2021 01:09 PM
Yang tuan rumah mmg x check ke bil api bil air? Penting tu. Bukan Hanya sewa bulanan je. Isk isk.
...
cyber_mania replied at 17-2-2021 01:09 PM
Yang tuan rumah mmg x check ke bil api bil air? Penting tu. Bukan Hanya sewa bulanan je. Isk isk.
...
ADVERTISEMENT