CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Zarina Anjoulie Kawan Yang Beri Inspirasi, Banyak Sedarkan Saya," -Fathia Latiff

17-2-2021 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6664| Komen: 24

Biarpun dua tahun hubungan pelakon, Nur Fathia Abdul Latiff, 34, dan sahabat baiknya, Zarina Anjoulie, 34, renggang, namun tidak pernah putus sahabat.

Sekadar merajuk, berselisih faham dan bergaduh, itu perkara biasa dalam persahabatan yang sudah terjalin sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, perselisihan faham berlaku dua tahun lalu agak lama membuatkan hubungan mereka keruh dan dingin. Dilihat sering berbalas sindiran dalam laman Instagram (IG), namun hingga hari ini, khalayak tidak tahu punca pergaduhan tercetus.

Enggan mengungkit kisah lalu, Fathia berkata, dia bersyukur hubungannya dengan Zarina kembali jernih selepas dua tahun renggang.

Katanya, sungguhpun agak lama menjarakkan diri, namun, mereka tidak pernah putus sahabat.

Foto: IG


"Hubungan kami seperti adik beradik. Ada masa okay, ada kala dingin. Ada fasa turun naik. Saya dan Zarina juga manusia biasa, berselisih faham menjadi adat dalam persahabatan.

"Bagaimanapun, kami tidaklah sampai putus kawan. Zarina banyak mengajar saya mendapat kekuatan dalaman. Dia sering kali menasihatkan saya seperti apa yang selalu dilakukan dalam laman sosial.

"Jujurnya, saya merasakan Zarina adalah teman yang banyak memberi inspirasi. Banyak perkara yang boleh menyedarkan saya," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Fathia tidak menafikan hubungan kembali jernih juga berkaitan dengan berita perceraian Zarina bersama bekas suami, Eilyas Azhar, hujung bulan lalu.

"Saya akui, berita perceraian Zarina membuatkan saya sedih. Macam mana kami bergaduh sekali pun, Zarina tetap sahabat, jadi saya agak terasa.



"Kami sudah lama berkawan. Sebagai sahabat tentunya saya prihatin terhadap nasib menimpa Zarina. Bagaimana kuat dan cekal berdepan episod perceraian, saya percaya Zarina memerlukan seorang kawan.

"Jadi, tak salah saya memulihkan hubungan dengan Zarina. Kami kejar semula apa yang ditinggalkan sebelum ini sebagai sahabat baik," katanya.

Fathia dan Zarina mula berkongsi gambar dan video mereka meluangkan masa bersama sejak awal bulan ini.

Terdahulu, pertemuan dua pelakon kontroversi itu dikongsikan pendandan rambut selebriti, Ridzokimura menerusi laman IG.


Sementara itu, menerusi IG, Zarina mengatakan, dia dan Fathia bersahabat sudah lebih 10 tahun sudah pun bermaafan antara satu sama lain. Kini, persahabatan kembali jernih seperti sedia kala.

Dalam perkembangan lain, Fathia berkata, dia masih berlakon, cuma buat masa ini, fokusnya pada perniagaan.

"Saya masih nak berlakon. Bagaimanapun, rezeki mencurah-curah pula dalam bidang perniagaan. Saya sedar ramai yang menganggap saya sudah tidak mahu berlakon.

"Minat dalam lakonan tidak pernah mati. Insya-Allah, saya sentiasa berharap rezeki dalam bidang lakonan. Jujurnya, saya tidak kisah diberikan watak pembantu, asalkan saya dapat mengubat rindu.



"Bagaimanapun, saya sedar dalam keadaan sekarang agak sukar kembali berlakon. Jadi, saya fokus pada keluarga dan perniagaan minyak wangi serta tudung," katanya.

Selepas lebih dua tahun tidak memasuki lokasi penggambaran, Fathia berkata, dia turut membintangi drama Lelaki Lingkungan Cinta siaran TV3, tahun lalu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msel 17-2-2021 02:57 PM
Dah2. Dua-dua pegi mandi sekarang.
Quote stinger.baik 17-2-2021 03:34 PM
tiya ni msti pandai tonggeng

haaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote minguk 17-2-2021 05:19 PM
tak ada orang buka terid pasal ex zarina dah lama berbaik dengan mantannya dan itu dikatakan bukan punca penceraian mereka?
Quote ina_na 17-2-2021 06:25 PM
minguk replied at 17-2-2021 05:19 PM
tak ada orang buka terid pasal ex zarina dah lama berbaik dengan mantannya dan itu dikatakan bukan p ...

Aku pun tunggu gak.. Hahaha..
Quote kiah_mai_pulak 17-2-2021 06:46 PM
siyessssss ahhhgg????
Quote sarah_ary2 17-2-2021 07:49 PM
Apsal muka Fathia nampak pelik bibir atas terjongket...
Quote little_sis 17-2-2021 08:19 PM
Baru tau dua org ni sebaya rupanya...
Quote md_nana 17-2-2021 09:24 PM
minguk replied at 17-2-2021 05:19 PM
tak ada orang buka terid pasal ex zarina dah lama berbaik dengan mantannya dan itu dikatakan bukan p ...

mcm menarik mn nak baca???
Quote captainQUE 17-2-2021 09:32 PM
minguk replied at 17-2-2021 05:19 PM
tak ada orang buka terid pasal ex zarina dah lama berbaik dengan mantannya dan itu dikatakan bukan p ...

I pun Tunggu yang ni sebenarnya hahahahaha...
Quote Nenasketum 17-2-2021 09:35 PM
Kawen la depa dua ni baru netizen aman dari cerita sampah sarap depa nih.
Quote selipar_hijau 17-2-2021 09:38 PM
Bff forever ni
Quote Carcosa 17-2-2021 11:56 PM
Dua2 busuk bacin
Quote minguk 18-2-2021 10:58 AM
ina_na replied at 17-2-2021 06:25 PM
Aku pun tunggu gak.. Hahaha..

hahahahah kan... memang apa cerita lah tu... gerammmm

Quote minguk 18-2-2021 10:59 AM
md_nana replied at 17-2-2021 09:24 PM
mcm menarik mn nak baca???

tak tahu la you.. i baca pun dekat fb je. dekat sini tak ada lagi teridnya.

i suka baca kat sini banyak info. dekat fb merapu je


Quote minguk 18-2-2021 11:00 AM
captainQUE replied at 17-2-2021 09:32 PM
I pun Tunggu yang ni sebenarnya hahahahaha...

jadi dah ada ke belum? kalau dah ada mention-mentionlah i hehehehehe

Quote md_nana 18-2-2021 11:26 AM
minguk replied at 18-2-2021 10:59 AM
tak tahu la you.. i baca pun dekat fb je. dekat sini tak ada lagi teridnya.

i suka baca kat si ...

i pom lebih suka baca kt sini. fb info biasanya x panas mcm sini.

so si yas ke yg berbaik dgn ex nya? yas ni duda ke sebelum n8
Quote minguk 18-2-2021 12:30 PM
md_nana replied at 18-2-2021 11:26 AM
i pom lebih suka baca kt sini. fb info biasanya x panas mcm sini.

so si yas ke yg berbaik dgn e ...

yas la kot... tu i pun tak pasti lah.. yas duda ke tak. tapi sebelum ni dengar yas bujang.

Quote September14 18-2-2021 12:32 PM
Gittiew sumber inspirasi dia
Quote buapakperut 18-2-2021 04:22 PM
hey hidungnya dah mancung dah macam ape sekarang ni dh tigasegi sama

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:54 PM GMT+8 , Processed in 0.060141 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top