CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duit Insurans Punya Pasal, Wanita Hamil Ditolak Suami Dari Tebing Lepas Selfie

17-2-2021 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6894| Komen: 32

Hakan Aysal, 40, ditangkap kerana membunuh isterinya Semra Aysal, 32, ketika bercuti di Butterfly Valley di bandar Mugla, Turki.

Lelaki dari Turki itu dilaporkan sempat bergambar dengan isterinya yang sedang hamil untuk gambar-gambar romantis di atas tebing beberapa saat sebelum menolak isterinya dari tebing supaya boleh menuntut wang insurans nyawa.




Menurut laporan dari Daily Mail, pendakwa menyatakan bahawa mereka berdua duduk di atas tebing tersebut selama tiga jam dan apabila lelaki tersebut menyedari yang tiada orang disekeliling mereka, dia dengan sengajanya menolak isterinya jatuh dari tebing.

Menurut pendakwaan terhadapnya, dia didakwa merancang pembunuhan isterinya dengan terlebih dahulu mengambil insurans kemalangan diri bagi pihaknya dengan jaminan 400,000 Lira Turki (RM 230,606.71) dan manfaatnya adalah untuk dirinya.

"Ketika kami pergi ke Institut Perubatan Forensik untuk mendapatkan mayat, Aysal sedang duduk di dalam kereta. Saya dan keluarga sangat sedih, tetapi Aysal tidak kelihatan sedih sama sekali."



Itulah ungkapan abang kepada mangsa iaitu Naim Yolcu. Beliau juga turut menyatakan bahawa adiknya itu sangat menentang pengambilan pinjaman. Namun, setelah dia meninggal dunia, mereka mendapati bahawa Semra mempunyai tiga pinjaman yang dibuat Aysal di bawah nama Semra. 

Malah, Naim Yolcu mendakwa Semra takut akan ketinggian dan mempersoalkan sukan ekstrem apa yang akan dia lakukan jika dia takut akan ketinggian.

Ketika Aysal ditanya mengenai insurans premium yang dipersoalkan, Aysal berkata bahawa beliau memang meminati sukan lasak sejak 2014. Itulah sebabnya beliau mempunyai insurans hayat sebelum berkahwin. 

Selain itu, Aysal turut dipersoal mengenai artikel dalam insurans peribadi kemalangan yang menyatakan bahawa dia akan menjadi pewaris sekiranya Semra meninggal. Namun, Aysal menepis dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa beliau tidak banyak meneliti polisi dan jurubank yang bertanggungjawab menyusun kertas kerja tersebut.

"Saya hanya membawa polisi insurans tersebut kepada Semra untuk mendapatkan tanda tangan beliau. Saya tidak menyedari bahawa ada tertulis seperti itu."



Itulah penjelasan Aysal berkenaan polisi insurans tersebut. Aysal juga menafikan beliau yang menolak Semra jatuh dari tebing kerana menurut beliau, setelah mereka selesai bergambar, Semra terus meletakkan telefon di dalam begnya dan kemudian Semra meminta Aysal untuk memberikan telefonnya.

Ketika saya berjalan beberapa langkah untuk mendapatkan telefon dari begnya, saya tiba-tiba terdengar isteri saya menjerit di belakang saya dan apabila saya berpatah balik, dia tiada di situ.

Walau bagaimanapun, siasatan masih diteruskan.



Sumber: OhBulan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 17-2-2021 11:23 PM
thread ini bakal dipenuhi etis2 forum berbangsa chong cheng

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote babynina30 17-2-2021 11:35 PM
Kasihan isterinya
Tergamak dia kalau btol tolak ?
Quote hareeeesah 18-2-2021 12:21 AM
Allah seramnya.  Tu dah macam jatuh gaung.. heartlessnya laki ni. Dah la pregnant anak kau
Quote Scheherazade 18-2-2021 01:15 AM
Klu betul la dia tolak, mmg jahat laki dia nih
Quote LadyCarefree 18-2-2021 01:29 AM
Entah2 dia dh plan semua dr awal dn pompan ni hanya mangsa dia. Jahat betul manusia ni kalau benar begini.
Quote ellejo 18-2-2021 02:05 AM
sian pempuan ni.
Quote faraway1 18-2-2021 05:27 AM
Jahat nak mampus, dua orang dibunuhnya..
Quote cmf_premierleag 18-2-2021 05:34 AM
ingatkan lelaki melayu je suruh bini buat loan  utk lelaki tp atas nama bini
rupanya ummah turki pun sama juga ya
since semra ni ada abang, better la letak penama insurans kat abang dia......tp letak gak nama somi,aysal nih
Quote sukacactus 18-2-2021 05:54 AM
Tinggi betul tebingnya
Jatuh kalu, mmg takde ampun
Quote me12345 18-2-2021 08:09 AM
Boleh percaya dia yg tolak...ada tokoh.
Quote Cassieopeia 18-2-2021 09:58 AM
Tinggi gile tu.. mmg gile kejam
Quote ikanmasin 18-2-2021 10:50 PM
dah lah isteri tgh mengandung kan..bole pl 3jam ddk situ jer..
Quote Manjahati 18-2-2021 11:59 PM
Moga ada keadilan utk suspek n mangsa..
Quote imanda 19-2-2021 12:02 AM
menipu giler xtau benefit insurans. org apply insurans ofcoz sb benefit.
Quote tumpanglalu74 19-2-2021 12:03 AM
Scheherazade replied at 18-2-2021 01:15 AM
Klu betul la dia tolak, mmg jahat laki dia nih

Cube tanye para somi.  Bila bini preknen ade ke bawak tempat2 bahaye camni?  Yang dia tak ngaku tau nama dia as pewaris duit insuran tu memang penipooooooo sesangat..
Quote tumpanglalu74 19-2-2021 12:15 AM
Edited by tumpanglalu74 at 19-2-2021 12:16 AM

Dailymail:

Prosecutors claimed that the only reason they sat on top of the cliff for three hours was so that he could make sure no one was around.

They allege that as soon as Aysal realised they were alone, he deliberately killed her by pushing her off the cliff.

39363562-9266679-image-a-28_1613494121077.jpg
Quote tumpanglalu74 19-2-2021 12:26 AM
0x0-son-dakika-katil-kocayi-yalanlayan-fotograf-semra-aysalin-cektigi-fotograf-d.jpg

Google Translate:

In the photo that Semra Aysal took minutes before her death, her husband Hakan Aysal, the orange bag is seen right at the bottom of the rock where they were sitting together. However, in his statement, Hakan Aysal said, "While sitting on the rocks, Semra said he wanted to take pictures. The phone was in our bags standing there in the bushes about two meters away. I went to get the bags. When I came back, Semra was not there." Semra Aysal's relatives submitted this photo frame to the court as evidence.

Semra Aysal (32), a 7-month-pregnant accountant living in Istanbul, died on June 18, 2018, when she went on vacation with her husband Hakan Aysal (38), falling into a 300-meter cliff from the cliffs above the Butterfly Valley.

THE BAG IS NOT 2 METERS AWAY, BUT WITH THE SIDE!

MORNING reached the photo, which is the evidence that reveals the lie of the murderer husband Hakan Aysal. In the photo taken by Semra Aysal minutes before his death, his wife Hakan Aysal, the orange bag is seen right at the bottom of the rock where they are sitting together. However, in his statement, Hakan Aysal said, "While sitting on the rocks, Semra said he wanted to take pictures. The phone was in our bags standing there in the bushes about two meters away. I went to get the bags. When I came back, Semra was not there." In the photo frame, it is seen that the bag is not 2 meters away. Semra Aysal's relatives submitted this photo frame to the court as evidence.

0x0-son-dakika-katil-kocayi-yalanlayan-fotograf-semra-aysalin-cektigi-fotograf-d.jpg
Quote MontanaHannah 19-2-2021 12:30 AM
Cara perempuan Turkey ,isteri dia xcantik langsung.

mungkin dia berkahwin dengan isteri dia sebab nak tumpang senang.

Quote sekngucing 19-2-2021 01:16 AM
cmf_premierleag replied at 18-2-2021 05:34 AM
ingatkan lelaki melayu je suruh bini buat loan  utk lelaki tp atas nama bini
rupanya ummah turki pu ...

Dah kalau namanya laki..yah cari yg berguna

Ummah ereb..pakistan afghan lagilaa..bangun nak makan..bini dan makcik2 bangun subuh lg sediakan breakfast
Dah bangun raja raja jin tu semua..makan..pompuan dok tgok jaa
Sialan betul arab dan paki bodoh ni

Ada parang mau aku tebas sekor2..hidup pun tak beguna

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.168880 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top