CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya boleh kembali kepada UMNO tapi... - Tun Mahathir

18-2-2021 01:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3937| Komen: 36



KUALA LUMPUR:Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau boleh kembali kepada UMNO.

Begitupun, ia hanyalah sekiranya UMNO kembali berpegang kepada dasar awalnya iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

“Saya boleh kembali kepada UMNO tapi orang yang 'penyangak-penyangak' semua minta maaflah, saya tak boleh bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ‘Bersama Tun M’ yang dikendalikan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar anjuran Sinar Harian pada Rabu.

Beliau turut mengakui masih sayangkan UMNO apatah lagi pernah menjadi presiden selama 22 tahun namun sayang itu tidak kepada pemimpinnya.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan beliau sudah mengambil keputusan untuk berehat daripada politik selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2003.

“Apabila saya letak jawatan pada tahun 2003, saya pun berharap akan dapat berehat, mungkin enjoy live sikit pergi jalan sana-sini tetapi selepas seminggu saya letak jawatan (ada) orang datang minta (tolong).

“Tun tolonglah buat sesuatu kerana mereka berpendapat bahawa yang menjadi Perdana Menteri ketika itu tidak menjalankan tugas dengan baik. Satu minggu sahaja sudah nampak berlainan keadaan (nya).

“Jadi mereka datang dan (seterusnya) rombongan demi rombongan datang minta saya buat sesuatu. Bagi saya, saya cuba nasihat (pemimpin terbabit) tapi nasihat tidak berkesan,” katanya.

Menurutnya, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO supaya mudah untuk menegur salah laku kerajaan.

“Akhirnya saya terpaksa keluar daripada parti (UMNO) dan menentang kerajaan (UMNO ketika itu),” katanya lagi.


Kredit: Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 18-2-2021 01:17 AM
Yg bermakna...dr tahun 1946-2016......UMNO tu memang parti yg Bersih,Cekap dan Amanah???????...Jadi...semua 'benda buruk' hanya bermula/berlaku dr tahun 2017-2021???????
Quote Normabaru 18-2-2021 01:21 AM
Kaka pernah tgk satu video Chef Hell Kitchen ni nk masak utk mantan PM kita.. Siap ada SB yang jadi tester, rasa dan jaga food dia, transport dia pakai etc masa kat public

So i wonderlaaaa

Adakah SB2 ni kena test vaksin on behalf of their subject yang dilindungi spt mumia96 ni

Quote ayahmasihkuad 18-2-2021 01:22 AM
bila lah nak berenti politik atuk ni. tak putus asa lah dia..patut rehat layan cucu lagi bagus.ayah dah separuh abad pun penat nak baca berita politik
Quote MadameOnion 18-2-2021 08:36 AM
sebagaimana acuan, begitulah kuihnya
Quote mamajawie 18-2-2021 10:38 AM
Normabaru replied at 18-2-2021 01:21 AM
Kaka pernah tgk satu video Chef Hell Kitchen ni nk masak utk mantan PM kita.. Siap ada SB yang jadi  ...

SB kan frontliner, so depa kena la jadi pelindung pak2 muntri..gituh

Quote dess402 18-2-2021 10:46 AM
penyangak2 rupa nya .

Quote kakakpositifker 18-2-2021 10:57 AM
pening betul lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. dah dah lah tu.
Quote white_musk 18-2-2021 10:59 AM
Krana saka tua ini sudah nampak yang UMNO akan menang PRU akan dtg...
Jadi dia berusaha untuk melobi
Quote stinger.baik 18-2-2021 11:00 AM
kesian ph

kena tipu ngn mahathir

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote Tinot7 18-2-2021 11:00 AM
Tak voley blah la citer dia ni
Quote dess402 18-2-2021 11:41 AM
Kasi awet sama dia .   Letak kat balai umno .

Quote kakikuDibibirmu 18-2-2021 06:25 PM
Dengan syarat BoBoiBoy galaxy jadi PM
Quote pokokbunga 18-2-2021 06:27 PM
Haishhh tak payah ler Tun... tinggal brp kerat jer nyawa tu, kumpulkan harta akhirat pls.. cukup2 lar harta dunia ni
Quote highcastle 18-2-2021 06:30 PM
Takde muka lain ke.......
Quote kakikuDibibirmu 18-2-2021 06:31 PM




Quote zjen 18-2-2021 06:53 PM
biar iols tuliskan after tapi ....   

...  tapi kasi dia jadi presiden UMNO la

susah la nyanyok,   last year punya kes Sheraton uols letak jawatan,  iols pon dah boleh agak ada unsur tipu helah dr pihak tertentu,   cuma iols tak dpt sangka abah begitu licik wat percaturan,  masa tu kat CI iols penah tulis senarai tokoh yg susah nak jadi PM ... termasuk :   bang non,  tokmat,  abah,  jemin,  kuli,  kj  ...  nama yg iols tulis paling dekat dgn PM :   boboi

langsung tak sangka drama nye tetiba turn pergi kasi abah jadi PM,   mesti abah dah plan lama secara senyap

Quote stinger.baik 18-2-2021 06:58 PM

letak muka ko la pulak

haaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote xy_daen 18-2-2021 06:58 PM
Dah nak Endgame dah... Korang je tak nampak2 lagi...
Quote stinger.baik 18-2-2021 07:00 PM
jadi saidin masuk umno balik la

cantik la leh geng ngn aku esok

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.042048 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top