CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Forex disahkan haram kerana ada unsur riba

18-2-2021 01:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8705| Komen: 60


SHAH ALAM - Pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mata wang dan mengandungi unsur-unsur riba.

Pensyarah Kanan Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr Ahmad Sufian Che Abdullah berkata, proses tukaran mata wang asing dalam bahasa Arab disebut bay al-sarf dan Nabi Muhammad SAW ada memberi panduan berkaitan kaedah untuk menukar duit ini agar ia tidak menjadi haram.

Beliau berkata, mengikut panduan tersebut, jika hendak menukar mata wang berbeza, serahan mesti berlaku segera, jika tidak (ada penangguhan) dia akan pergi kepada hukum riba.

Malah katanya, melihat kepada kitab fiqh, para ulama meletakkan tukaran mata wang asing ini hampir kepada tajuk riba.


"Bahkan Imam Malik juga dikatakan sangat tidak suka perkara tersebut dan kalau boleh nak haramkan orang tukar duit kecuali dia bertakwa.

"Takwa dimaksudkan, seseorang itu perlu tahu hukum dan berusaha elak riba kerana riba dengan tukaran mata wang asing sangat dekat. Kenapa sangat dekat? Jika berlaku kelewatan tukaran mata wang asing maka akan berlaku riba yang merupakan dosa besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana al-Quran siri ke-86 bertajuk Forex: Fatwa Siapa Diambil yang disiarkan secara langsung di Kumpulan Media Karangkraf di sini pada Isnin.



Turut menjadi panelis program, Pengasas Tadbir Insan Training & Consultancy, Mustafar Mohd Suki, sementara Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail selaku moderator dan Qari, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali yang memperdengarkan bacaan surah al-Baqarah ayat 278.

Tambah Ahmad Sufian, riba juga adalah kunci kepada segala masalah ekonomi dan atas sebab itu Islam mengisytihar perang ke atas riba.

Menurutnya, dalam konteks perundangan, menurut para tabiin, ia memberi satu kuasa kepada kerajaan untuk menghukum sehingga mati bagi yang melakukan riba secara tegar.

Katanya, ada juga yang menceritakan, apabila riba dilakukan dalam forex, perkara itu akan ditanyakan ALLAH SWT di akhirat kelak.

"Jika sudah diberi nasihat tapi kita tetap melakukan (terlibat forex), kita degil dan cuba cari fatwa yang kata forex tidak haram, ALLAH akan isytihar perang dan perang di akhirat amat azab.

"Berhati-hatilah dengan dosa besar ini," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Sufian berkata, pendidikan fiqh muamalat juga dilihat sangat penting untuk diterapkan lebih awal di kalangan umat Islam iaitu seawal peringkat sekolah rendah.

"Ini kerana dapatan kajian yang dibuat ke atas mereka yang terlibat skim cepat kaya telah merumuskan orang Melayu terlibat riba kerana fiqh muamalat mereka lemah.

"Jadi pendidikan muamalat ini amat penting supaya mereka itu ada ilmu dan lebih berhati-hati. Jadi kalau ada orang ajak mereka buat forex sekalipun, mereka boleh buat semakan terlebih dahulu," katanya.



Sumber : Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 18-2-2021 01:38 AM
tak pernah minat forex sebab tak untung mana pun berbanding saham biasa... asb lagi untung...

forex ni kalau labur 3k habis gitu je kot... nak2 tak reti trade... masalahnya yang konon pro trade tu pun hancusss signal tak menguntungkan...
Quote LadyCarefree 18-2-2021 04:19 AM
Benda dh lama. Bank negara pun dh haramkan. Tp semua lek je main.
Quote FOTHER-MUCKER 18-2-2021 08:14 AM
Forum sebelah ramai lobai yang memorex, Macamana adakah mereka akan berhenti ataupun sanggup menggunakan pendapatan haram..sedangkan selama ini berbelas tahun menjadi lobai forum mereka sentiasa mementingkan yang halal dan mengutuk manusia lain yang tidak kisah dengan halal haram sebagai pendapatan untuk kehidupan.
Quote capiloton 18-2-2021 08:49 AM
Edited by capiloton at 18-2-2021 10:12 AM

yang keje bank bapak segala riba,
lobai tutup mata.

pengamal riba ni ramai bajet suci,
sibuk nak sekolahkan orang pasal riba, padahal dia sendiri loan bank sana sini.
yang bercakap pulak selalu nya ostad bank, gaji di bayar oleh bank.

bank isle pun praktis riba, interest kalah bank yahudi,
tapi nampak suci kerna istilah semua sudah di bunyi ereb kan

transaction in Islam is in CASH. currency in Islam is in gold and silver.
selagi pakai fiat money, kau orang pun sama terlibat dengan Debu Riba.

bajet suci


[youtube]95vui9vsZ2E[/youtube]



Quote c===8 18-2-2021 09:03 AM
dudaberhias replied at 18-2-2021 01:38 AM
tak pernah minat forex sebab tak untung mana pun berbanding saham biasa... asb lagi untung...

for ...

yg perasan pro tu sebenarnya buat duit dgn buat kelas je, sendiri tikam kalah
Quote Decaffeinated 18-2-2021 09:08 AM
Rasuah pun halal setakat forex apa lah sangat
Quote stinger.baik 18-2-2021 11:51 AM
tengok etis chong cheng pemakan daging kelawar tunjuk dia la yg pandai bab agama org lain dlm thread ni

da la busuk tk mandi

sewel lak tu suka borak ngn cipanzi dan burung

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote apam 18-2-2021 12:08 PM
capiloton replied at 18-2-2021 08:49 AM
yang keje bank bapak segala riba,
lobai tutup mata.


ye tu. bank isle katanya
Quote adm7 18-2-2021 12:21 PM
Isu hukum forex ni memang dah lama dibahas. Tapi macam biasa yang menyokong/main forex ni mesti akan pertahankan main forex ni. Bab duit ni memang ramai manusia dah tak kesah soal halal haram.
Quote bakingsoda 18-2-2021 12:33 PM
org sekarang ramai je yg tak peduli halal haram, asal tak sentuh arak makan babi kira sudah book tempat dlm syurga. berniaga sambil tunggang agama pon dah jd kebiasaan. jubah, hijab dan zikir memuji Allah semata2 jd alat menutup kejahatan.
Quote Abahmung 18-2-2021 12:39 PM
FOTHER-MUCKER replied at 18-2-2021 08:14 AM
Forum sebelah ramai lobai yang memorex, Macamana adakah mereka akan berhenti ataupun sanggup menggun ...

lobai2 teroris carigold ka

isle kehulu,isle kehilir..ujung2 makan duit haram jgk
Quote kakikuDibibirmu 18-2-2021 12:42 PM
Bank konvensional tersenyum sinis

Bank islam tersenyum sinis dengan murabahah
Quote AbukRokok 18-2-2021 01:49 PM
kakikuDibibirmu replied at 18-2-2021 12:42 PM
Bank konvensional tersenyum sinis

Bank islam tersenyum sinis dengan murabahah

sewa beli up 150% tak haram sbb bukan riba tapi sewa beli  kikiki

cuba kak kiah jual kuih naik harga 150% terus haram ni amik untung lebih 30% kikiki
Quote FOTHER-MUCKER 18-2-2021 01:54 PM
Abahmung replied at 17-2-2021 08:39 PM
lobai2 teroris carigold ka

isle kehulu,isle kehilir..ujung2 makan duit haram jgk

Betul tu.
Quote zjen 18-2-2021 03:17 PM
riba tu ada byk tapsiran ... bukan takat matawang je ... ASB pon boleh kira,   dulu penah dgr citer,  yg beri dividen semua pon boleh kira riba,   x kisah setinggi along atau seciput bank

yg main pasaran saham KLSE lagi toksa citer la




Quote zjen 18-2-2021 03:36 PM
pasal UMNO byk melibatkan riba bersama yahudi,   so negara dpt cash masa krisis kewangan 1997,   selepas krisis tu,  ekonomi dah lebih 20 tahun masih tak dpt pulih sepenuh nye
Quote Rogue98 18-2-2021 08:22 PM
Edited by Rogue98 at 18-2-2021 08:24 PM

Terpulang lah kalau rasa haram tu stop jer lah...kalau rasa dia buat cara betul proceed jer. Yang penting tu cari ilmu dulu...jangan terus cop haram halal sukahati....zaman sekarang ni nak harap kerja apa lah kalau kerja pun tak cukup. Nak berniaga pun tengoklah keadaan skrg yg tak menguntung kan....ekonomi jatuh , kerajaan skrg pun kerajaan haram..nak buat camner lagi....para ustaz pun lain2 pendapat pasal ni...buat lah solat istikharah ...nanti dapat lah jawapan dan petunjuk Nya.
Quote JokesCop 18-2-2021 08:59 PM
Bukankah benda ni ada khilaf? Sampai takwil gila2 kenapa?

Tetiba bijak ustaz ni sebut mazhab maliki yer? Bab doa qunut, bab zikir, bab talqin, bab baca bismilah kuat ke perlahan, lupa ada mazhab lain.

Kenapa xboleh cari fatwa yg benarkan perkara forex ni? Kenyataan bangang!!! Ko tolak ulama ke? Ko manusia ke iblis?

Bab zakat pendapatan, ko korek habis kitab untuk cakap zakat ni wajib. Walhal dalam mazhab syafie sendiri xterima zakat tanpa cukup tempoh dan nisab. Literally memang korek habis sebab pendapat zakat pendapatan ni sangat rare. Lepas tu boleh kutip kalau duit baitul mal kosong pulak tu. Toyol mana makan duit tu sampai nak wajibkan zakat pendapatan? Ko selak sokabar hari2 ada berita fakir miskin. Sampai ada fakir keluar Islamlah sebab bantuan xsampai. Ini bukan ke zalim?

Dan2 orang main forex xboleh, haram berat sampai kena perang dgn Allah. sandar hadith mana? Dulu pakai emas la, emas jelas ijma xboleh bayar dengan kadar beza. 1kg emas, 1kg emas. 1kg kurma, 1kg kurma. Kenapa cakap tukar GBP dgn MYR patut 1 dollar ke 1 ringgit? Haram hukum tukar harga lain2.

Eh, sedap haram benda yg ada qhilaf siap keluar hadith sendiri apa hukuman. Ingatlah,  ada seorang laki-laki yang berdiri dengan tangannya kemudian ada besi yang dimasukkan dari rahang hingga tembus ke pingangnya kemudian dilakukan hal yang sama dengan rahang lainnya hingga mencapai pinggang sebelahnya, demikian berulang-ulang terjadi. Inilah balasan kepada sang kazab.



Quote ina_na 18-2-2021 09:03 PM
dudaberhias replied at 18-2-2021 01:38 AM
tak pernah minat forex sebab tak untung mana pun berbanding saham biasa... asb lagi untung...

for ...

Ni btl.. Aku dah penah kn.. Mmg tak kemana2 forex ni.. Kaya kan company tu je.. Tu pun transfer duit tuk depo bl tgk sampai ke kedai hardware pg ye.. Saham senang skt.. Bl turun top up lg.. Nanti naik jual.. Asb x leh thn tgk duit tu terperam dlm bank.. Akhirnye peram kan kat shopping mal.. Hehehe

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.085280 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top